Sehari demi sehari, dari dahulu hingga hari ini. Orang-orang kita tidak habis-habis "mengenang nasib diri" dengan 3 perkara:1) Miskin dan kekal miskin
2) Kurang cerdik dan tak mahu licik
3) Merempat dan tiada dapat tempat
Miskin dan kekal miskin
Miskin adalah hidup dengan suasana kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Maksudnya, hidup dengan semuanya serba sedikit. Jikalau kita berniat untuk juhud, apa salahnya. Dengan syarat kita orang berada, mana-mana yang lebih disedekahkan. Supaya orang-orang di sekeliling kita mendapat manfaat.Tetapi malang, kebanyakan kita bukan orang yang berada. Kebanyakan kita orang yang melukut di tepi gantang, ditambahi pula dengan tidak berduit. Kenapa tidak berduit? Seolah-seolah segala peluang pekerjaan tertutup rapat untuk orang kita secara protokol terancang.
Kalaupun mendapat pekerjaan, orang-orang kita dihenyak psikologinya. Hingga dia seperti bersetuju bahawa dia malas, tak pandai, lembab. Jadi hidupnya serba tak kena bagai zombi yang tiada identiti.Setiap detik tanpa letih dan lesu, orang kafir menjadikan jatuhnya orang kita sebagai sukan dan motivasi kejayaan. Jikalau kedai orang kita diseberang jalan gulung tikar, mereka berparti gembira. Yes, We did it again!Jikalau orang kita bersosial seperti golongan dajjal, mereka menyokong dengan segala dana dan kata-kata pujian. Mereka senyum girang, We welcome more of these progressive people...Mereka tahu itulah Kungfu atau Silambam terhandal untuk mempertahankan kemiskinan orang kita. Mereka berjaya lagi, oleh sebab kita kurang cerdik dan tak mahu licik.
Kurang cerdik dan tak mahu licik
Ia tiada kena mengena dengan gred pendidikan. Jikalau seorang pelajar UiTM Seri Iskandar mendapat keputusan 4-flat bagi semester 3, beliau adalah seorang yang pandai. Namun, beliau mungkin boleh dikhayalkan dengan perjuangan "tembak-menembak tak tentu fasal" itu.Di rumah ibadat agama kafir terutamanya pada hari Ahad, mereka berkumpul dan bersosial dengan tenang aman dan damai. Dari umur pencen hingga umur taska, they minggle around. Mereka mengukuhkan network pada hari cuti umum. Ya, mereka istimewa di negara umat Islam! Apa yang anda fikirkan topik-topik perbincangan mereka, jika benar mereka bersangka baik?
Apa pula aktiviti orang kita pada hari Ahad?
Network mereka yang tersimpul rapi itu adalah hasil British yang menyediakan foundation yang solid. Segala peluang-peluang strategik diagih-agihkan sesama kafir dan munafik.Seperti mengasingkan durian mengikut gred, orang kita mendapat peluang-peluang "durian longgok." Ia menambahkan lagi perit merempat dan tidak mendapat tempat.
Merempat dan tiada dapat tempat
Ia tidak bermaksud orang kita tidak mendapat peluang langsung di dalam persaingan ekonomi dan pekerjaan. Ia adalah suasana kita diberi peluang di dalam pasaran tetapi ada beberapa pasaran yang "engkau tak boleh sentuh."Seperti Lembaga Jurutera Malaysia yang menepis permohonan dengan penuh keangkuhan bagi pemohon yang tidak memenuhi syarat. Bukankah anak Melayu mendominasi bidang teknikal dan vokasional?
Siapakah yang memimpin universiti awam? Sehinggakan tergolek-golek anak kita belajar, sakit dada pensyarah-pensyarah kita mengajar di dalam bahasa asing? Organisasi yang berdaftar sebagai perkhidmatan awam dan "Menurut Perintah Yang dipertuan Agong" itu sewenang-wenangnya mengenepikan kepentingan bangsa demi menurut perintah protokol terancang kafir dengan alasan QS World University Rankings.
Perkhidmatan awam bermaksud awam dengan dasar dan amalan turun-temurun di tanah ini. Kepentingan awam tiada kena-mengena kepentingan asing lagi pendatang malah kafir.
Cuti Jumaat jika mahu kembali jantan
Pada jaman dahulu, anak Melayu dikira jantan jika dia pandai bersilat, bijak berbahasa, beragama dan boleh menjana ekonomi. Oh! Tidak semudah itu. Dia perlu menjalani latihan-latihan anak jantan dengan prinsip face your greatest fear.Jikalau bersilat, dia perlu berdepan seekor samseng Jin di kaki bukit, beradu tenaga dan menguji taktik pada waktu malam gelap. Jikalau mengaji, dia perlu menghabiskan bacaan al-Quran dengan menghadiri konvokesyen majlis khatam al-Quran. Jikalau berniaga dia perlu mengikut kapal dagang dan membantu perniagaan di pasar-pasar Melayu di merata nusantara.Itu adalah takrifan Jantan di dalam budaya orang kita.
Apa pula kaitannya dengan cuti Jumaat?Cuti pada hari Jumaat adalah aktiviti minggle around bagi umat Islam. Bermula pada Khamis senja sehingga Jumaat petang, orang kita yang masih Islam boleh berkumpul dengan penuh ketenangan, aman dan damai. Dari umur pencen hingga umur taska, kita minggle around. Kita kukuhkan network pada hari Jumaat. Ya, kita sepatutnya istimewa di negara sendiri!Jikalau kerajaan-kerajaan negeri Melaka, Selangor, Sembilan, Pahang, Perak dan Perlis malah Putrajaya tiada upaya menjadikan Jumaat cuti hujung minggu, pengusaha-pengusaha swasta milik orang kita boleh jadikan Jumaat cuti hujung minggu mereka. Mulakan budaya Jumaat cuti. Supaya para pekerja boleh menumpukan usaha memperkuatkan saf di dalam masyarakat di tempat mereka tinggal.Para-para guru silat, ustad, ustazah, dukun, bomoh, profesor, doktor, saintis, jurutera, arkitek, ahli politik boleh memilih masa untuk melangsaikan agenda mereka mengikut haluan masing-masing.Kerana pada hari itu orang kita sudah berkumpul didalam barisan keluarga atau rakan-rakan! Ekonomi siapakah yang akan runtuh jikalau cuti Jumaat?Sehari demi sehari, dari sekarang hingga nanti. Orang kita tidak habis-habis dengan "protokol terancang orang sendiri" dengan 3 perkara:1) Berada dan zuhud yang berpatutan
2) Makin cerdik lagi licik
3) Menakluk dan membina empayarSetiap detik tanpa letih dan lesu, orang kita menjadikan jatuhnya orang kafir sebagai sukan dan motivasi kejayaan. Jikalau kedai orang kafir diseberang jalan gulung tikar, kita kenduri kesyukuran. Yes, We did it again!Jikalau orang mereka bersosial seperti golongan dajjal, kita dakwah atau hanya biarkan mereka hanyut dengan dunia mereka. Kita senyum girang, We hope that you insaf...Kita tahu itulah gayong terhandal untuk mempertahankan kedudukan orang kita. Kita berjaya lagi, oleh sebab kita makin cerdik lagi licik.
Jikalau orang Melayu mahu kembali JANTAN, cuti Jumaat.
-Pendita-
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan