Isnin, Februari 24, 2014

Tanetjer...Tanahair

Ta netjer (sebut: ta net tier) memberi maksud "land of the god" atau tanah dewa-dewi. Itulah gelaran yang diberikan oleh bangsa Mesir purba terhadap sebuah tanah yang dihormati iaitu Pwenet atau Punt.
Pwenet adalah sebuah tanah besar yang jauh dari timur lembah Nile. Dahulukala, bangsa ini mengatakan bahawa mereka berasal.."from the south, from a land across the Great Sea." Kata mereka, nenek-moyang kami berasal dari selatan, dari sebuah tanah nun jauh merentasi lautan yang luas.
Ahli sejarah barat sepakat mengatakan Pwenet adalah Somalia.
Semasa sebuah ekspedisi diRaja tiba di Pwenet, pemerintah Pwenet ketika itu adalah Raja Perahu (Prahu) dan Permaisuri Hati (Ati).
Gelaran "Pharaoh" atau Firaun yang kita kenali bermaksud "Great House" atau Mahawangsa, adalah gelaran raja bagi bangsa Mesir purba. Di dalam ramai-ramai raja di dalam dinasti Firaun ini, seorang daripadanya ingkar dengan perintah Allah semasa dakwah nabi Musa AS.
Di Kedah purba, terdapat dinasti raja yang memakai gelaran "Phra Ong" sebelum menganut Islam syariat nabi Muhammad SAW.
Setelah kembalinya ekspedisi tadi ke tanah Mesir, mereka memahat lakaran Pwenet di dinding piramid.
Menariknya, terdapat lakaran yang tidak dapat ditentukan kesahihannya pada dinding di dalam gua Badak, Lenggong, Perak.
Dari darah manakah Raja Tutankhamun?
Perbandingan di antara senibina piramid dan bumbung masjid lama di nusantara. Siapakah para tukang yang mewarisi ilmu senibina piramid itu?
Tanetjer, Tanahair?
-Pendita-

4 ulasan:

  1. entri yg menarik... smoga bro dpt menambh entri2 sebegini pd masa2 yg akn dtg... dptlh kita smua beroleh manfaatnya :)

    BalasPadam
  2. Terima kasih di atas pandangan saudara. Ya, setiap artikel Pendita selalunya berdasarkan kajian yang terperinci dan lama. Namun, pembentangannya dibuat secara santai untuk pengetahuan umum supaya maklumat yang disampaikan mudah difahami...

    BalasPadam
  3. Ramai yang tahu Nhyang Nuh diarah tuhan untuk membina perahu bagi menyelamatkan orang2 beriman dari bah besar...jadi pendita adakah ada benarnya sangkaan yang nabi nuh itu lah yg mula2 dikenali sebagai raja perahu(phraho/phraong/pharoah)?

    BalasPadam
  4. Pendita pernah membincangkan perihal bahtera nabi Nuh. Mereka mengatakan bahawa bahtera tersebut mendarat di Turki. Pendita kata ia mendarat di Himalaya. Mengikut kajian barat, terdapat dua negara besar dahulu kala sebelum banjir besar, iaitu Lemuria dan Atlantis. Sekira benar salah satunya berpunca di Pentas Sunda maka pelayaran nabi Nuh tentulah terjumpa puncak Everest kerana ia puncak tertinggi dunia. Juga sekira benar jemaah ini mendarat di Everest, mungkin benar nabi Nuh membina tamadun semula di tanah tumpah darah iaitu di Asia Tenggara setelah surut banjir. Mungkin Nuh A.S. adalah Raja Prahu di Tanetjer!

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...