Selasa, Januari 14, 2014

Selamat Maulid Rasul

Puji-pujian ke atas Rasullullah Muhammad SAW.
Kita sangat keseorangan mengikut skop keagamaan. Manakan tidak? Pada masa Nabi SAW hidup, para-para sahabat dan orang-orang kampung boleh mengadu kepada baginda. Sikit-sikit jumpa Nabi. Dan mereka mendapat segala jawapan umpama transaksi online banking.
Hari ini kita mengharapkan para-para alim. Mereka pula mempunyai latar belakang yang pelbagai. Jawapan yang diberikan adakalanya mengelirukan bagi orang-orang awam. Akhirnya, masing-masing mendalami ugama secara online. Dan akhirnya, datanglah pihak-pihak yang membawa pandangan yang makin mengelirukan.
Maka, si tua Andrew berkata kalimat Allah sesuai di dalam ajaran Kristian Katolik. Maka, sebilangan budak-budak dan orang-orang tua Melayu bersetuju. Ini adalah peristiwa yang paling pelik di Tanah Melayu.
If the Christians believe in Allah, what about Muhammad PBUH (peace be upon him)? If Andrew insists on Allah, he must also insist on Muhammad PBUH. Allah the father and Jesus the son? Like Zeus and Hercules? Oh! Please.
Kalaulah kemaruk sangat puak Katolik dengan kalimat Allah. Pendita kata boleh. 1) Sekarang, masuk Jawi dan bersunat atau 2) kemudian, apabila Jesus sudah mendarat di bumi.
Apabila Nabi Isa AS sudah menampakkan dirinya, si tua Andrew dan semua Kristian di dunia bolehlah mengadu kepada Nabi tentang kalimat Allah dan bagaimana umat Melayu Islam di Malaysia menganiaya mereka. Nanti baginda segera menjawab serta menghukum umat Melayu Islam dan Raja-Raja mereka.
Bagi puak Melayu Islam yang sangat bersetongkol dengan Katolik Herald ini, semak semula pandangan anda terutamanya bagi situasi di Malaya. Jikalau dibandingkan dengan suasana dan sejarah di tempat dan era lain, maka anda telah memilih untuk mengiyakan istilah pasangan Allah-Jesus atau father-son. Jika istilah pasangan ini disetujukan di dalam lubuk hati yang dalam, bagaimana pula dengan syadah?
Ucapan salam kepada Rasullah SAW.
-Pendita-

2 ulasan:

  1. ALLAHUAKBAR..ALLAHUAKBAR...
    belajar agama online lebih murah dan mengikut kesesuaian masa sendiri...kerana bebanan kehidupan bagi golongan berpendapatan rendah seperti saya tidak mampu untuk membayar yuran penyertaan yang agak mahal untuk menyertai ceramah mahupun kursus-kursus yang ditawarkan oleh penceramah-penderamah terkenal...

    Teringat kata-kata seorang tua yang hanya sempat belajar sekadar didalam darjah 3 sahaja kerana perlu menyara adik2 yang masih kecil (adakah budak darjah 3 sudah besar?) Ulamaq zaman sekarang sudah tiada karamahnya kerana meletakkan nilai dalam setiap dakwah mereka..

    BalasPadam
  2. Zaman sekarang adalah zaman yang sangat kompleks lagi mencabar. Sekiranya benar ini adalah zaman yang dikatakan Nabi SAW sebagai "akhir zaman", maka apa yang berlaku seperti belajar ugama secara online dan penceramah meletakkan bayaran konsultansi itu adalah perkara yang diterima umum. Untuk pencerahan, hadis-hadis akhir zaman boleh membantu.

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...