Ahad, Julai 28, 2013

Tunduk membongkok kepada kafirun?

Akhir-akhir ini kecoh satu negara tentang orang-orang kafir lantang mengutuk agama Islam dan pengikutnya. Kenapa begitu berani mereka berkelakuan begini? Apakah sebenarnya mereka mengutuk Islam atau menjadikan Islam sebagai medium untuk mengutuk bangsa Melayu?
Nabi Muhammad berpesan kepada kita jangan sesekali menghina agama lain. Begitu juga tidak boleh memaksa sesiapa menganut agama Islam. Namun begitu, adakah orang Islam sahaja perlu berkelakuan baik?
Keberanian yang menjadi-jadi puak kafir terhadap orang-orang Melayu adalah kerana orang-orang Melayu itu sendiri yang hidup di dalam kebodohan yang nyata lagi terang. Kebodohan yang nyata itu ialah:
i) Menjadikan perbezaan politik sebagai alasan kukuh untuk bermusuh sesama sendiri. Dengan itu, puak kafir "menangguk di air yang keroh."
ii) Menjadikan wang, kedudukan dan wanita/lelaki sebagai bahan yang disembah. Dengan itu, jalan rasuah terbentang luas.
iii) Gagal menyediakan masa, wang, tempat dan tenaga untuk mentelaah, mengkaji dan mengkritik tentang apa-apa jua permasalahan semasa. Dengan itu, terima apa jua maklumat secara membuta tuli.
iv) Mengamalkan salah-tafsir maksud "dunia itu sementara". Dengan itu, menggunakan ia sebagai alasan untuk menutup kesusahan yang menimpa hasil perbuatan tangan sendiri.
v) Tidak mengenali asal-usul keturunan diri sendiri. Bagi yang Melayu, apabila membuang bangsanya, maka tiadalah jati diri. Sesiapa pun boleh mengatakan mereka itu siapa-siapa saja seperti bangsa campuran induk India-Yunnan. Dengan itu, hak istimewa yang dibina oleh nenek-moyang dicabar tanpa disahut.
vi) Mengatakan bahasa Melayu yang asalnya hanya terdapat tiga perkataan iaitu "batu" dan dua lagi. Selainnya, diadun dari pelbagai bahasa dunia. Fakta ini terkenal dari kalangan ustaz-ustaz kampung dan mamak. Dengan itu, membungakan perasaan rendah diri orang-orang Melayu.
vii) Menggagalkan cerdik-pandai Melayu di dalam semua bidang. Hal ini bukan sahaja berlaku di dalam ruang puak kafir tetapi lebih banyak berlaku di dalam persekitaran orang-orang Melayu sendiri.
viii) Lemah-lembut dan berbudi bahasa tidak kena pada tempatnya. Dengan itu, dikhianati terus-terusan.
ix) Cenderung terhadap ajaran rahsia. Ajaran Tuhan Harun, Syiah dan bermacam lagi jadi ikutan. Dengan itu, hidup sentiasa dibelenggu pemikiran kolot lagi negatif.
x) Tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. Mengutuk, mengecilkan hati, memperolok masalah dan tidak menghormati privasi adalah di antara sikap yang melukakan. Dengan itu, sentiasa ada prasangka dan curiga.
Kesimpulannya, orang-orang Melayu hidup di dalam platun-platun kecil. Perpecahan ini tidak akan sembuh dengan majlis bacaan Yasin atau kenduri-kendara. Perpecahan ini akan sembuh hanya apabila orang-orang Melayu keluar dari sifat bodohnya!
Adakah tunduk membongkok kepada kafirun seenak dan semanis kuih Bongkok di bawah ini?
Atau orang-orang Melayu perlu garang, berdiri tegap di dalam membela bangsa dan tunduk membongkok sebagai tanda baik dan hormat?
Sekian.
-Pendita-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...