Pasukan bolasepak kita bagaikan lemah lutut baru-baru ini.
Ya! Mereka dikritik hebat oleh semua.
Namun, Pendita tetap percaya kepada kesemua pemain termasuklah yang duduk di bangku simpanan.
Ramai antara kita mabuk dengan
todi kejayaan. Magika apa yang mereka hendak, Pendita tak tahu. Ingat, keserasian sedang dijalinkan. Mereka masih terbawa-bawa dengan rentak pasukan negeri atau kelab masing-masing.
Bagi yang gila dengan kelab Inggeris, mereka buat-buat
tak tau bahawa England bukanlah pasukan yang terkuat. Walaupun dibarisi oleh bintang yang mereka
puja dengan lilin itu.
Kita sedar sifat kita, sifat tumbuhan dan binatang bumiputra di semenanjung. Orang kita, itulah orang kita. Apabila belajar, pemalas. Kena
belasah minda baru dapat CGPA 3.7. Apabila berniaga, lingkup. Kena
sergah seranah baru jadi jutawan. Apabila bersosial,
enjoy sakan. Kena tindas, mengamuk sampai melimpah darah. Ya, itulah orang kita. Apabila hilang kesan todi itu, barulah sedar...
Perjuangan Melayu kununnya. Alahai, baru
perasan.
Yes, my time is now!
Now, this is you.
Kepada pemain, Pendita yakin penuh mereka sudah bersiaga-siaga untuk mempertahankan maruah negara.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan