Rabu, Julai 27, 2011

Raja-Raja Kedah

Pada 22 Julai 2011 iaitu Jumaat minggu lepas, Prof. Madya Dr. Zahir bin Ahmad, Universiti Malaya telah membentangkan hasil terjemahan sebuah teks lama ke dalam versi teks rumi. Tajuk teks lama tersebut adalah "Kitab Peringatan Raja-Raja Kedah". Isi kandungan teks tersebut adalah berkaitan adat dan budaya Melayu turun-temurun di negeri Kedah.



Apa yang menariknya ialah ia berkenaan adat tata-susila bangsa Melayu. Maksudnya, istana Kedah sejak Tuanku Merong Mahawangsa (naga dari keturunan raja-raja besar) mengamalkan budaya Melayu.

Menarik lagi sebelum kedatangan Islam Nabi Muhammad, raja-raja Kedah menggunakan gelaran "Phra Ong" bunyi "fera ong". Bolehkah kita sebut sebagai "Fir aun" seperti yang tercatat di dalam teks-teks purba?

Tetapi jangan terkejut beruk! Atau kata orang Kedah buta perut. Seorang raja Firaun yang mengejar Nabi Musa itu sahaja yang betul-betul kena laknat.

Raja-raja Firaun yang lain ada yang baik lagi taat. Contohnya, Nabi Yusuf mengambil isteri puteri Firaun bernama Asnat. Walaupun baginda dari puak Israel namun baginda adalah seorang Nabi Allah jua.

Berbalik kita di semenanjung Tanah Melayu yang berkat ini. Tanah Melayu bukan tentang tanah Siam. Kalau Siam juga maka kitab-kitab Undang-Undang Kedah dan Peringatan Raja-Raja Kedah mestilah di dalam teks Siam yang berbelit-belut itu. Ya, ada dua-tiga kerat orang Kedah berkereta pacuan 4-roda sampai ke Luang Prabang pasai nak buktikan pengaruh Siam di dalam istana Kedah.

Depa ingat kalau betoi buleh besaq kepala kot.

"Ya Tuanku Merong Mahawangsa! Patik hendak mengadu kepada Tuanku bahawa ada beberapa ketoi rakyat Kedah ini buat onar, kununnya keturunan Tuanku ini Siam. Manakala Melayu itu puak menumpang di Tanah Melayu ini. Patik pohon Tuanku nasihatkan mereka supaya berbudi bahasa sedikit."

Di negeri Melaka, negeri Sembilan dan Kelantan terdapat bilangan besar masjid lama yang berbumbung rekabentuk piramid. Pada puncak bumbung masjid-masjid ini terdapat suatu tanda yang unik. Dan tanda ini diletakkan pada tempat paling tinggi pada masjid. Tanda ini adalah sesuatu yang perlu dikaji. Apa tanda itu?

Mereka kata, rekabentuk masjid lama di negeri Melaka adalah rekabentuk China. Pendita kata ia bukan rekabentuk China. Ya, orang-orang China telah membina tembok besar dari batu-batuan, tetapi mereka tidak mahir mengukir dan membina dari bahan kayu-kayan.

Hipotesis Pendita ialah rekabentuk masjid ini boleh dikatakan sebagai "the Malay temples" atau kuil-kuil Melayu sebelum kedatangan Islam Nabi Muhammad.

Pun begitu, kita tahu Islam adalah sejak Nabi Adam. Kita masih belum ketemu bukti Islam syariat nabi-nabi sebelum Nabi Muhammad di Tanah Melayu ini. Pendita yakin majoriti Melayu zaman dahulu penganut Islam sekurang-kurangnya syariat Nabi Ibrahim dan hampirnya Nabi Musa.

Sebelum Tuanku Merong Mahawangsa tiba di negeri Kedah, penduduk-penduduk asal selain orang-orang asli telah hidup bertamaddun. Buktinya adalah penemuan arkeologi di lembah Bujang oleh pakar-pakar dari Universiti Sains Malaysia.

Musykil, mereka menerima Tuanku Merong Mahawangsa dengan tangan terbuka. Baginda adalah dari keturunan raja besar iaitu Iskandar Zulkarnain yang disebut di dalam surah al-Kahfi. Baginda Iskandar sangat diketahui oleh puak Yahudi ketika mereka cuba membuktikan kenabian Muhammad dengan bertanyakan tentang Zulkarnain. Kerana Raja Iskandar pernah membantu puak-puak Israel pada suatu ketika zaman dahulu.

Jangan hairan, Bani Israel dan Yahudi itu dua perkara yang berlainan. Sila rujuk surah al-Baqarah. Ya, saintis di USM Kubang Kerian pernah membuat ujikaji DNA orang-orang Kelantan. Hasilnya, mereka mempunyai sekitar 30% DNA trait Mediterranean, peratusan yang agak besar. Trait Mediterranian ini juga dimiliki orang-orang Arab Syria, Palestin dan Yahudi. Tetapi beranikah kita mengaku sebagai Bani Israel walaupun ramai para nabi dari puak ini? Lupakah kita sebuah doa Nabi Ibrahim tentang keturunan baginda?

Kajian sarjana Yahudi mengatakan terdapat sebuah puak Israel yang hilang tinggal di semenanjung Tanah Melayu ini. Puak ini tidak tahu-menahu bahawa mereka itu puak yang hilang, dengan itulah definasi "the lost tribe".

Dan kita tidak pernah tahu punca bangsa Malayu ini. Kita tidak tahu bahawa sarjana barat sedang mengkaji kita. Kita juga tidak tahu apakah yang mereka bincangkan tentang kita.

Apa ni, semua tak tau?

Ya, ada satu perkara yang kita sangat tahu. Para pendakwah Islam syariat Nabi Muhammad dengan mudah mengIslamkan orang-orang Melayu termasuk rajanya. Perkara ini tidak berlaku di India, China, Jepun, Korea, hatta negeri-negeri Arab. Tidak perlu bala tentera Islam datang ke Tanah Melayu ini untuk memperkenalkan Islam. Apakah ini berkat doa Nabi Ibrahim?

Sekian.

4 ulasan:

  1. Salam,

    mohon pencerahan. Setahu saya, kajian DNA yang tuan kemukakan itu sendiri telah disanggah oleh USM yang terdapatnya satu ujian DNA telah diadakan dan menunjukkan 30% trait mediterranian.

    Kalau betul ada kajian tersebut, perlulah dikemukakan secara fizikal, atau bukti menunjukkan bahawa sememangnya terdapat kajian atau ujian DNA tersbut diadakan untuk menghilangkan segala kemusykilan

    Terima Kasih :)

    BalasPadam
  2. Ia berdasarkan kajian oleh Ainoon dan rakan-rakan pada 2002. Mereka mendapati terdapat 26.7% nt 563 C>T(G6PD Mediterranean) di kalangan Melayu kelantan.

    Mungkin Pendita belum jumpa sebuah kajian lain oleh pakar-pakar USM menyanggah kajian ini.

    Pendita tahu bahawa terdapat sebuah bank data genome Melayu yang telah disediakan.

    Manakala hasil kajian oleh Oppenheimer dan rakan-rakan pada 1993, terdapat jumlah G6DP Mediterranean yang tinggi pada puak Yahudi Kurdis.

    Oleh kerana pergerakan manusia begitu dinamik sejak 600 sebelum Nabi Isa dilahirkan, wujud beberapa bangsa baru di serata dunia.

    Pendita tidak membuat kesimpulan bahawa Melayu itu dari kalangan Bani Israel cuma masalahnya Melayu itu sangat misteri dan tiada punca fizikal yang Tuan Aryamehr perlukan. Melayu itu seolah-olah puak yang 'hilang'.

    Yang pastinya Melayu itu Islam. Sesiapa yang murtad bukan lagi Melayu. Kenapa bangsa ini begitu tegas dengan agamanya? Bangsa-bangsa lain tidak ambil kisah tentang agama. Ini perkara aneh.

    Manakala maklumat lain kabur. Dan apakah maksudnya pula, "Takkan Malayu hilang di dunia" itu...

    Rujukan:

    O. Ainoon, Y.H. Yu, A.L. Amir Muhriz, N.Y. Boo, S.K. Cheong, and N.H. Hamidah, Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD) Variants in Malaysian Malays, HUMAN MUTATION Mutation in Brief #574 (2002) Online.

    Ariella Oppenheim, Corrine L. Jury, Deborah Rund, Tom J. Vulliamy and Lucio Luzzatto, G6PD Mediterranean accounts for the high prevalence of G6PD deficiency in Kurdish Jews, Human Genetics, 1993, Volume 91, Number 3, 293-294, DOI: 10.1007/BF00218277.

    BalasPadam
  3. Ini yang diperlukan. Terima kasih atas pencerahan Tuan Pendita. Harapnya, setiap artikel yang dikeluarkan oleh Tuan selepas ini disusuli juga dengan rujukan khusus untuk mereka yang ingin mendalami penulisan Tuan.

    Moga berada dibawah Rahmat Allah sentiasa dan Selamat Berpuasa :)

    BalasPadam
  4. Sama-sama kepada Tuan Aryamehr.

    Umumnya penulisan di blog adalah untuk bacaan warga umum sepertimana pada majalah-majalah ringan. Sebaliknya, artikel ilmiah untuk warga akademik dan pengkaji. Dengan itu perlu format dengan rujukan.

    Pendita sengaja tidak meletakkan rujukan kerana blog ini bukanlah untuk rujukan ilmiah jua. Ia menyediakan artikel-artikel pencetus idea dan pemikiran. Manakala para pembaca perlu menyemak semula kebenaran maklumat yang disalurkan...Ya, selamat berpuasa.

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...