Hari ini Pendita kepingin hendak berbincang tentang "Skrip turun-temurun yang merimaskan".
Pendita perasan perkara ini kerana ia seolah-olah skrip yang diturunkan sejak dahulukala. Dimana-mana di semenanjung ini serupa.
Skrip yang Pendita maksudkan ialah soalan-pertanyaan apabila seseorang itu samada sudah lama atau baru berjumpa.
Selalunya skrip ini dimiliki oleh ibu-ibu. Dan selalunya milik mereka yang tinggal di kampung, rumah pangsa atau kos rendah, dan juga golongan elit yang berasal-usul daripada golongan-golongan tadi. Bahkan juga seseorang itu dengan penampilan "ahli surga", sama saja.
Akibat
Terdapat dua pendapat mengenai skrip ini:-
(a) Berniat baik: Untuk beramah-mesra, prihatin, peduli.
(b) Berniat jahat: Untuk membuat kudis pada hati, memendam rasa.
Mari kita lihat skripnya.
Skrip 1: "Bila nak kawin?", "Bila kami boleh makan nasik minyak..?"
Individu yang ditujukan: Bujang lapuk, anak dara tua
Jawapan: "Insyaallah bila ada pilihan...", "Belum ada jodoh..."
Respon: "Itulah kau memilih sangat...". "Kau tu tak pandai mengurat.."
Individu: Terkedu. Memendam rasa. Rendah motivasi. Biokimia badan mula bergolak.
Skrip 2: "Bila nak dapat anak?"
Individu yang ditujukan: Pasangan yang sudah lama berkahwin
Jawapan: "Insyaallah..belum ada rejeki.", "Kami sedang mencuba.."
Respon: "Laki/Bini kau mandul tak..?", "Kalau bini kau mandul, kawin je lain.."
Individu: Terkedu. Terpengaruh. Biokimia badan mula bergolak. Marahkan pasangan.
Skrip 3: "Bila hang nak dapat menantu ni..?"
Individu yang ditujukan: Ibubapa
Jawapan: "Nantilah dulu..anak belum dapat kerja..."
Respon: "Jangan lama-lama nanti anak kau tak ada orang yang hendak."
Individu: Terkedu. Terpengaruh. Memberi tekanan kepada anak.
Skrip 4: "Bila hangpa nak timang cucu? Cucu kami ramai..."
Individu yang ditujukan: Mertua
Jawapan: "Belom ada rejeki.."
Respon: "Jangan sampai dah masuk kubur kempunan nak timang cucu."
Individu: Sedih. Memberi tekanan kepada menantu.
Skrip 5: "Bila nak kawin lagi?"
Individu yang ditujukan: Ibu tunggal, duda
Jawapan: "Insyaallah bila dah ada jodoh nanti.."
Respon: "Nak aku tolong carikan?"
Individu: Terkejut. Privasi terganggu.
Skrip 6: "Bila kau nak kerja ni..dah lama menganggur. Kau kan ada degree?"
Individu yang ditujukan: Graduan menganggur dan berhutang PTPTN
Jawapan: "Aku dah apply tapi belom dapat la.."
Respon: "Nanti aku cuba guna kabel untuk tolong kau ye"
Individu: Gembira. Tak perlu penat lelah berusaha lagi.
Berdasarkan skrip-skrip diatas, boleh dikatakan ada dua kemungkinan tujuan bagi orang yang bertanya iaitu berniat baik atau jahat.
(a) Berniat baik JIKA bertanya memang sebab prihatin serta bersiap sedia untuk memberi apa-apa bantuan atau sokongan TANPA meminta balasan.
(b) Berniat jahat JIKA bertanya sebab saja nak tahu serta tidak berhasrat untuk memberi apa-apa bantuan atau sokongan SERTA mengejek di belakang.
Bagi mereka yang didalam kategori (a), Pendita hormat. Namun, Pendita berharap skrip diatas diolah supaya lebih merdu dan lembut bunyinya.
Bagi mereka yang didalam kategori (b), hentikanlah perbuatan itu. Ia merosakkan hati orang. Beri ehsan kepada mereka. Jikalau tidak berhasrat untuk membantu diamkanlah diri.
Disebabkan golongan (b) ini orang-orang Melayu terpaksa bertarung dengan perkara remeh-temeh sedangkan manusia lain kenyang perut menikmati kemudahan dan rezeki yang melimpah disini.
Kita juga ada dua pilihan apabila berdepan dengan golongan ini:
(a) Boikot mereka
(b) Berikan pantun ini: Limau purut tiga serangkai; buta perut tak dak akai.
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan