Isnin, November 15, 2010

Sahabat Buffet

Sudah lama Pendita perhatikan modus operandi orang-orang kita berkawan. Akhirnya, kesimpulan yang dibuat adalah, Pendita gelar, sebagai Sahabat Buffet.

Perkataan "Buffet" yang Pendita maksudkan ialah "hidangan pelbagai juadah" seperti yang kita saksikan di hotel-hotel yang menyediakan pakej berbuka puasa. Manakala frasa "Sahabat Buffet", Pendita cadangkan ia bermaksud:

Sahabat yang ingat pada kita ketika dia sangat memerlukan (Indonesianya-membutuhkan) kita untuk kepentingan diri tatkala didalam kesempitan sahaja. Apabila selesai keperluannya, maka dia akan melupakan kita buat sementara waktu.

Sahabat yang begini selalunya berpenampilan manis, ceria bak jurujual insuran/takaful atau budak penjual kalender yang kita jumpa di stesen-stesen minyak. Mereka bersikap optimis dan sentiasa tidak ada apa-apa masalah.

Apabila kita memerlukan mereka, maka mereka dengan budi-pekerti, sopan-santun, pijak semut pun tak mati, wajah kesian mengelak seribu alasan supaya tidak dapat membantu ataupun meluangkan masa together-gether.

TETAPI apabila mereka didalam sesusahan, kesempitan, kesunyian dengan apa cara sekalipun kita MESTI membantu atau meluangkan masa sibuk kita untuk mereka.

JIKA TIDAK dengan kata-kata sedih dan sayu serta dengan wajah penuh kasihan dipersembahkan kepada kita. Kita pula tak senang duduk, rasa bersalah kalau tidak dapat memenuhi kehendak mereka.

Berikut adalah kaedah menyelesaikan kemelut untuk maknusia ini macam:

(a) Padam atau tapis nombor telefon dan email mereka
(b) Mengelak sepertimana lagak mereka
(c) Tiada peruntukan masa atau wang untuk mereka
(d) Bersimpati dengan kesusahan mereka tetapi biar mereka selesaikan

KERANA jika kita masih memberi muka kepada mereka, maka kita akan:

(a) mendapat penyakit kerana memendam perasaan
(b) mewarisi perangai mereka
(c) kehilangan reputasi disebabkan bergaul dengan mereka
(d) kehausan tenaga atau lesu disebabkan penat melayani mereka
(e) rasa tertipu

Cadangan Pendita ialah kita bersikap terbuka namun berpagar. Semak siapa rakan-taulan kita demi kemakmuran hidup ini.

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...