Assalamualaikum!
Pendita mohon maaf kerna lama tidak menulis.
Kali ini Pendita ingin membincangkan suatu perkara yang sangat misteri di dalam silat. Apabila kita sebut silat maksudnya kaedah tarung orang-orang di nusantara. Di Malaysia sahaja terdapat beratus jenis silat dengan berbagai nama. Masing-masing dengan gaya dan kaedah yang sungguh unik. Oleh kerana peredaran zaman, ada silat yang digabung-gabungkan dengan kaedah dari timur jauh. Silat-silat ini, pada pandangan Pendita, adalah silat moden. Pembaca sekalian sudah arif dengan silat-silat ini. Oleh itu, skop perbincangan kita tidak termasuk tentang silat moden.
Hipotesis:
1) Adakah silat itu kaedah tarung milik jin mutlak?
2) Adakah silat itu kaedah tarung milik manusia mutlak? atau
3) Adakah silat itu kaedah tarung milik bersama manusia dan jin?
Mengikut al-Quran, sebelum manusia ditabalkan pemerintah di bumi, dunia sedang diperintah oleh kaum jin. Berlaku beberapa siri peperangan sehinggakan malaikat bimbang manusia juga akan melakukan kerosakan juga nanti.
Adam A.S. diberikan sejumlah ilmu sebelum diturunkan ke bumi. Walaupun turun tanpa pakaian, beliau sudah diberikan ilmu dari langit. Pergaduhan yang pertama berlaku apabila dua anak Adam berebut seorang wanita sehingga berlaku kematian. Pertarungan adik-beradik sehingga maut sudah tentu menggunakan kaedah tempur yang efektif. Jikalau bergusti biasa mungkin setakat terkehel atau tergeliat sahaja.
Dengan kata lain, manusia dan juga jin berpengetahuan di dalam ilmu peperangan. Berbalik kita kepada isu silat. Kita pernah mendengar cerita lama daripada orang-orang tua tentang pendekar dulukala.
Seorang pendekar setelah memanjat pokok tinggi di belantara tidak turun semula sepertimana naiknya. Beliau akan bertenggek di dahan dan memangkasnya. Jadi junamlah ia bersama dahan tadi. Apa yang berlaku? Apabila menghampiri tanah beliau pun melompat. Konsep: "Apabila melompat jadilah seperti kucing, mendarat dengan kaki jua." Persoalan: Adakah ini ilmu jin? Sudah tentu tidak. Ia adalah sebuah kepakaran.
Tatkala masa dahulu di Perak, berlaku pertarungan dua pendekar di permukaan sungai Perak. Orang beramai-ramai menyaksikannya. Bagaimana pula pendekar-pendekar ini boleh berpijak diatas air? Mengikut hukum sains moden sudah tentu peristiwa ini dianggap dongeng. Mana boleh manusia berdiri atas air. Adakah ini ilmu jin? Ya dan juga tidak. Ya, jika amalan yang dipakai menyeru bantuan hantu air. Tidak, jika zikir digunakan. Bagaimana pula zikir boleh menjadikan manusia terapung? Badan manusia terdiri daripada 60% air. Molekul air pula berubah-ubah mengikut getaran.
Mengikut riwayat, suatu ketika semasa peristiwa 13 Mei 1969. Pendekar-pendekar berkumpul di sebuah rumah di Melaka. Masing-masing memperagakan kehebatan. Terbang, keluar api dan bermacam kehebatan. Apabila sudah selesai demonstrasi, para pendekar ini bertanyakan apa pula kehebatan tuan rumah. Dengan selamba tuan rumah mengalihkan cawan tehnya. Selepas itu tahi cicak pun jatuh tepat pada kedudukan asal cawan itu. Kata beliau inilah yang aku tahu. Kaedah: "Boleh menilik peristiwa akan datang". Adakah ini ilmu jin? Sudah tentu tidak kerana jin tiada upaya menilik masa depan dengan tepat. Mereka hanya meneka. Begitulah yang berlaku waktu Nabi Sulaiman meninggal dalam keadaan menongkat. Segala jin dan syaitan tidak tahu bahawa nabi sudah pun wafat.
Di dalam pengajian silat turun-temurun, matapelajaran di peringkat mula tiada kena-mengena dengan perkara berunsur ghaib. Kalau pun ada semata-mata mandi limau berisi doa-doa biasa. Namun adakah ini ilmu jin? Tidak tahu pula Pendita bahawa jin beriya sangat dengan limau purut yang harum itu. Air limau mempunyai kimia yang mampu menceraikan molekul minyak disamping memilik gelombang yang menyampaikan harumannya.
Moyang Pendita semasa darurat terpaksa berjalan di dalam air untuk mengelak gerombolan komunis. Bagaimana pula boleh bernafas di dalam air? Bukankah ini tak logik. Jikalau ikut hukum fizik seperti yang dibincangkan di dalam buku-buku fizik terbitan Prentice-Hall, dah tentu kita menolak semua ini. Dan adakah ini ilmu jin? Jin tak perlu ilmu bernafas di dalam air kerana ada satu jenis itu memang hidup dalam air. Bagaimana pula dengan Mahaguru Omar Din boleh ditanam untuk beberapa lama? Bukankah itu ilmu roh seperti kata-kata imam Ghazali apabila "burung keluar dari sangkarnya"?
Wah! Betapa hebatnya ilmu-ilmu ini. Dan seorang akan bertanya, "Jikalau hebat-hebat belaka pendekar kita kenapa Melaka ditawan dengan mudah pada 1511?" Ini persoalan yang cukup terkenal. Sebenarnya sejarah 1511 itu sendiri penuh muslihat. Cuba tuan-tuan dan puan-puan singgah di negeri Melaka ini sambil menyertai SUKMA XIII yang akan berlangsung pada 10-19 Jun 2010 ini. Opps, untuk pengetahuan acara silat akan berlangsung di Dewan MITC berdekatan tol Ayer Keroh. Carikan sebuah masjid yang di bina dalam tempoh 1430-1511. Masjid lama yang terkenal di Melaka rata-rata dibina sekitar 1760 dan ke atas. Persoalan sekali lagi adakah benar lokasi Kota Melaka di Banda Hilir? Pendita percaya Banda Hilir itu tapak penjajah Eropah membina kota. Kota Melaka yang sebenar mungkin di tempat lain. Lihat peta di bawa dari rujukan Itali tahun 1572. Terdapat sebuah laluan seperti selat. Kota Melaka sebenarnya terletak di daratan.
Jika benar sekalipun peperangan Melaka dengan Portugis berlangsung, ia mungkin berlaku di sebuah kawasan di semenanjung Melaka kerana Ulu Melaka adalah di Langkawi. Lihat peta bertarikh 1747 oleh Eman Bowen di bawah ini. Terdapat "Malacca Dutch" merujuk Banda Hilir. Sedangkan seluruh semenanjung adalah "Malacca".
Jadi logiklah masjid lama di Melaka ini kebanyakannya dibina pada 1760 dan ke atas. Tak jumpanya kita masjid zaman Sultan Muzaffar Syah di negeri Melaka ini. Oleh itu, sejarah 1511 itu mestilah disemak semula kerana mengikut sejarah Ayuthia, pada tahun 1511 Portugis meminta izin untuk membuka penempatan di jajahannya. Mengikut sejarah Patani pula Portugis banyak membantunya menentang musuh. Sejarah Ayuthia juga mengatakan Belanda mula menggugat jajahannya mulai abad ke-16. Dengan itu, cerita 1511 Melayu jadi belasahan Portugis mestilah dibuka untuk semakan semula. Adakah benar perang besar telah berlaku?
Hang Tuah dikatakan telah mengkhatamkan Mahaguru Meor di hutan Menam-sebuah hutan di utara semenanjung. Kenapa Hang Tuah berada di hutan Menam? Kenapa tidak di gunung Ledang sahaja? Ada seorang hamba Allah berkata beliau pernah bertemu seorang tua di hutan Endau-Rompin yang mengaku beliau Hang Kasturi. Jika Hang Tuah menjaga utara semananjung, Hang Kasturi menjaga kawasan selatan, Hang Jebat di Pulau Besar maka cukuplah jajahan Melaka dikawal mengikut peta Eman Bowen itu. Manakala Lekiu dan Lekir tidak pula diketahui kawasan jagaannya.
Mahaguru Meor dengan ilmu Tuah di hutan Menam, Mahaguru Omar Din dengan ilmu Jebat di Pulau Besar. Kedua-duanya ada kaitan ghaib. Adakah ini ilmu tarung jin? Pendita tiada ilham tentang hal ini. Namun, sedikit sebanyak komunikasi dengan alam jin berlaku. Apakah hukumnya? Tiada hukum apa-apa kerana ada beberapa manusia pilihan sememangnya hidup di alam jin.
Untuk mencapai tahap tertinggi ilmu silat seseorang mestilah bergraduat dari akademi di alam ghaib. Itulah ciri-ciri silat purba. Namun begitu, alam ghaib ini sama juga seperti alam nyata kita. Terdapat daerah-daerah baik dan juga daerah-daerah jahat. Seseorang boleh bergraduat dari akademi di alam ghaib tetapi boleh jadi yang jahat dengan ilmu sihirnya.
Selain dari hutan Menam dan Pulau Besar, terdapat beberapa lagi kawasan sepertinya di semenanjung ini. Pendita mendapat tahu sebuah tempat ini (maaf nama tempat rahsia) di dalam laut Selat Melaka. Pintu masuknya di kawasan pantai negeri Johor. Pendita pernah bersemuka dengan seorang daripadanya sedikit masa dahulu. Di dalam akademi ini beberapa calon dipilih untuk mendalami ilmu silat. Selebihnya Pendita tidak diberitahu. Banggalah kita kerana akademi ini masih wujud. Tahulah kita bahawa Tanah Melayu ini sememangnya berdaulat kerana masih ada pendekar-pendekar yang mengawal. Menurut orang kampung di Kuala Linggi, sebuah kapal tentera Jepun pernah dikaramkan oleh pendekar yang mengawal Kuala Linggi.
Berbalik kita kepada hipotesis di atas tadi:
Pendita bersetuju mengatakan bahawa silat adalah ilmu tarung milik bersama alam jin dan manusia. Jadi, mana-mana Melayu yang berdarah pekat pahlawan segeralah mendalami ilmu yang satu-satunya di dunia ini mempunyai akademi di alam ghaib yang masih aktif!
-Tiga alam, Tiga buah, Tiga Pendekar-
-Takkan Melayu hilang di dunia!-
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
dengar kata hang tuah orang pahang? mungkin dulu bila sebut melaka, sempadan radius ia lebih besar dari sekarang.
BalasPadamye ke org pahang..
BalasPadambanga nye sy jd org pahang..
hehhehehee..
tp mak sy da cete msa sy skolh rndh..
mak ckp..da org pernh jumpa hang tuah..
kadaan dia tenat je..
btol ke x.x tau la
Dikatakan nama sebenar Hang Tuah adalah Tun Saban. Seorang kurator muzium negara yang menjaga manuskrip-manuskrip lama pula tidak percaya wujudnya Hang Tuah. Pendita yakin Hang Tuah wujud.
BalasPadamMahaguru hj Omar Din. Tuan guru sy suatu ketika dulu. Wlaupun tidak prnah mendapat ajaran terus dr beliau,ttp semangat Jebat yg diperjuangkan beliau masih tersemat dlm diri sy. Insya Allah.
BalasPadam