Benarkah terdapat manusia yang tinggal di dalam perut bumi?
'Tuhan yang mentadbirkan tujuh petala langit dan bumi serta apa yang ada di antara keduanya, Tuhan Yang Maha Pemurah, tidak ada sesiapapun diberi kuasa berkata-kata denganNya (untuk memohon pertimbangan tentang balasan atau pengurniaan itu).' (Surah An Anba’ ayat 37)
'My dear King, beneath this earth are seven other planets, known as Atala, Vitala, Sutala, Talatala, Mahatala, Rasatala and Patala..' (Bhagavata Purana 5.24.7)
Edmund Halley (1692) mencadangkan bumi terdiri daripada beberapa sfera didalamnya.
Di dalam Hikayat Sulalatus Salatin di bawah tajuk 'Hendak Mengetahui Isi Laut' itu menceritakan:
#####################################################
Maka Raja Suran fikir dalam hatinya, "Bahawa isi darat telah aku ketahuilah, dan segala isi laut bagaimana gerangan rupanya? Jika demikian, baik aku masuk ke dalam laut, supaya aku ketahui betapa halnya." Setelah baginda berfikir demikian, maka baginda pun menyuruh menghimpunkan segala pandai dan utus, maka dititahkan baginda berbuat sebuah peti kaca berkunci dan berpesawat dari dalam.
Maka diperbuatlah oleh segala utus itu sebuah peti kaca seperti kehendak Raja Suran itu, dan diberinya berantai emas. Setelah sudah maka dibawanyalah ke hadapan Raja Suran; maka baginda pun terlalulah sukacita melihat perbuatan peti itu, maka baginda memberi anugerah akan segala hakim dan utus itu, tiada terkira-kira banyaknya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam peti itu, maka segala yang di luar semuanya habis kelihatan; maka dikuncikan baginda pintu peti itu dari dalam.
Maka dihulurkan oranglah ke dalam laut, maka peti itu pun Teriggelamlah, maka Raja Suran pun terus melihat dari dalam peti itu, pelbagai kekayaan Allah subhanahu wa taala dipandang baginda, moga-moga dengan takdir Yang Amat Kuasa, maka peti Raja Suran itu jatuh ke dalam bumi yang bernama Dika.
Maka Raja Suran pun keluarlah dari dalam peti itu, lalu berjalan me1ihat segala yang indah-indah; maka baginda bertemu dengan sebuah negeri terlalu besar, lagi dengan teguhnya. Maka Raja Suran pun masuklah ke dalam negeri itu, maka dilihat baginda dalam negeri itu suatu kaum Bu Sum namanya, terlalu amat banyak, tiada siapa mengetahui bilangannya ; tetapi mereka itu seterigah Islam dan seterigah kafir.
Setelah mereka itu memandang rupa Raja Suran itu, maka sekalian orang itu hairan tercengang-cengarig dan takjub memandang pakaian baginda itu. Maka oleh segala mereka itu akan Raja Suran dibawanya kepada rajanya. Adapun nama raja mereka itu Raja Aktabu'l-Ard. Setelah raja itu melihat rupa Raja Suran itu, maka ia bertanya pada orang yang membawa baginda itu, "Orang mana ini?" Maka sembah orang itu, "Baharu datang tuanku orang ini, dari mana-mana datangnya, kami sekalian tiada tahu." Maka Raja Aktabu'l-Ard bertanya kepada Raja Suran, "Orang mana kamu ini? Dan dari mana kamu datang ke mari ini?" Maka sahut Raja Suran, "Adalah Hamba ini datang dari dalam dunia: Hambalah raja segala manusia, nama Hamba Raja Suran."
Maka Raja Aktabu'l-Ard pun terlalu hairan mendengar kata Raja Suran itu; maka katanya, "Adakah dunia lain daripada dunia kami itu?" Maka sahut Raja Suran, "Bahawa alam itu terlalulah sekali banyak, pelbagai jenis di dalamnya." Setelah Raja Aktabu'l-Ard mendengar kata Raja Suran itu, terlalu amat takjub ia, seraya mengucap subhana 'llahu'l malikul'l jabbar. Maka oleh Raja Aktabu'l-Ard akan Raja Suran dibawanya naik duduk di atas takhta kerajaannya.
####################################################
Mengetahui hal ini, Kapten Symmes pada tahun 1818, meminta pihak berkuasa memberinya sebuah geran penyelidikan untuk membuktikan bahawa terdapat laluan untuk ke dalam bumi melalui Kutub Utara.
Perkara yang sama dilakukan oleh Laksamana Byrd pada tahun 1947 apabila beliau tak semena-mena masuk ke dalam bumi semasa melakukan rondaan biasa di Kutub Utara. Beliau menceritakan perihal penduduk di situ.
Di dalam lagenda Hindu tempat ini disebut sebagai Agartha. Dikatakan terdapat beberapa terowong untuk ke tempat ini. Kebanyakannya terdapat di kawasan tinggi.
Persoalan: Mengikut Sejarah Melayu, Seri Nila Pahlawan dari keturunan Iskandar Zulkarnain muncul di Bukit Siguntang Mahameru bersama dua saudaranya, Seri Nila Utama dan Seri Krishna Pandita.
1) Adakah mereka menaiki pesawat atau permaidani terbang, mendarat di puncak Bukit Siguntang Mahameru? atau
2) Adakah mereka keluar melalui terowong bawah tanah dari Kerajaan Raja Aktabu'l-Ard itu?
Manakala peti berpesawat yang dinaiki Raja Suran itu mungkinkah improved design pesawat UFO? Kerana pesawat sebegini ini boleh terbang dan mendarat secara menegak. Dengan itu, sesuai melalui gua-gua yang terdapat di gunung-ganang.
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
journey to the centre of the earth
BalasPadam