Jumaat, Oktober 24, 2014

Di kayangan bangsa ini hanyalah sebahagian daripada bangsa-bangsa yang malang...

Kononnya pandai berpolitik, orang-orang Melayu di Malaysia hidup di dalam keadaan "tengkorak di muncung senapang." Besok lusa bangsa ini mungkin akan mengalami nasib seperti bangsa Bosnia suatu ketika dahulu.


Mereka tidak percaya jikalau dikatakan "mudah lupa." Sebab mereka tersangat yakin bangsa ini hidup di tempat yang paling selamat di dalam dunia.

Dikelilingi oleh kafir yang sangat harbi, bangsa ini tiada apa-apa perasaan syak dan sangka kepada puak pemakan benda hasil haram kongsi gelap di tanah naungan langit ini. Gamaknya hari ini, sudah tiada naungan dari langit kerana sahih bangsa ini tersangat-sangat mabuk lalai malah nampak ditipu hidup-hidup.

Isteri-isteri, anak-anak gadis mereka sanggup bergolok-gadai demi sebuah fesyen tudung yang anggun dengan harga yang bukan alang kepalang.

Disebabkan kepingin hidup mewah seperti contoh di dalam siaran Astro atau media sosial, bangsa ini dikurniakan dengan ulama' yang berurusan dengan sistem politik demokrasi. Hasilnya, hukum-hakam diperbolehkan mengikut suasana politik dan kehidupan berbilang iman, kepercayaan.

Sedangkan iblis boleh berhujah dengan al-Quran dan hadis, inikan pula ahli politik dan ustaz berbayar.

Disebabkan percaya pada bilangan undi itu penentu nasib, maka bangsa ini menurut segala macam arahan ulama' atau pemimpin mereka yang sudah lama hidup dengan virus politik yang kesudahannya mungkin mencetus bala ataupun menjadikan mereka gelandangan ekonomi.

Apabila "tengkorak di muncung senapang." Anak-anak muda kita mungkin boleh bertahan dengan bekal tongkat selfie.


Mereka merekodkan sejarah ratapan bangsa yang tidak lagi disayangi penduduk di kayangan. Seperti meratapi MH370 yang tiada hujung-pangkal. Mereka sudahpun melupai peristiwa ini dan kembali lupa seperti biasa.

MH370 dan MH17 itu bukti Melayu sedang dilanyak. Itupun jikalau bangsa ini reti bahasa.

Bangsa ini bukan lagi menjadi dendangan oleh penduduk di kayangan apabila kafir tidak lagi gerun terhadap bangsa Melayu pembela Islam.

Di langit, Melayu hanyalah sebahagian daripada bangsa-bangsa di bumi yang malang...

-Pendita-

2 ulasan:

  1. Assalammualaikum tuan pendeta. Bagaimana cara menjadi anggota Penditas? Apakah syaratnya? Terima kasih.

    BalasPadam
  2. Assalammualaikum tuan pendeta. Bagaimana caranya menjadi anggota PENDITAS? Apakah syarat-syaratnya? Terima kasih

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...