Semakin hari semakin panas dek terbongkarnya rahsia purba nenek-moyang kita. Makin dilayan makin asyik membayangkan bangsa yang mulia ini dengan megah mereka teguh berdiri hingga sekarang.
Walaupun sesekali kita diusik dengan isu laungan azan subuh dan isu paria di dalam Interlok, namun kita tetap teguh! Kerana kita bangsa yang mulia tidak sesekali menganiaya bangsa lain. Itulah resam nenek-moyang kita.
Pun begitu, nenek-moyang kita pernah terlalai dan kita pernah melalui zaman dianiaya para pendatang-pendatang yang tamak dan rakus.
Oleh yang demikian, demi mempertahankan daulat bangsa Mala-yu ini, Pendita menjemput adik-adik, tuan-puan untuk ramai-ramai kita hadir ke Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melaka. Pendita juga akan hadir.
-Sekian-
Tentatif Program
-Sabtu 29 Januari 2011-
8.00 – 8.30 pg
Pendaftaran Peserta
8.30 – 9.30 pg
Pembentangan 1 – “Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka”
oleh YBhg. Prof Dr. Nordin Husin
9.30 – 10.00 pg
Kehadiran VVIP / VIP
10.00 – 10.45 pg
Majlis Perasmian – Ucapan Alu-aluan dan Perasmian
10.45 – 11.00 pg
Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta
11.00 – 12.00 tgh
Pembentangan 2 – “Kejatuhan Melaka Satu Tragedi kepada Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam”
oleh YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka
12.00 – 1.00 ptg
Pembentangan 3 – “Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam”
oleh Al Fadhil Ust Mohd Fauzi Asmuni Naib Presiden ISMA
1.00 – 2.00 ptg
Rehat / Makan / Solat
2.00 – 4.00 ptg
Dialog : “Mengambalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam”
Pengerusi : Y. Bhg Hj Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA
Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad
YBhg. Dr Sidik Fadhil
4.00 – 5.00 ptg
Majlis Penutup / Ucapan Penangguhan dan Bersurai
oleh En Abdul Rahman Mat Dali, Timbalan Presiden ISMA
5.00 ptg
Majlis bersurai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Hamba setuju dgn perbincangan ttg sejarah bangsa Malayu tetapi apabila ianya cuba di kaitkan dgn Islam, tak kemana le nampaknya. Hang Tuah sendiri bukan org Islam tetapi penganut Asalama iaitu agama nabi Ibrahim dan sememangnya segala kehebatan milik umat Allaha. Hamba akan bukakan kisah Hang Tuah yg sebenar melalui manuskrip yg ditulis oleh moyang bangsa Malayu dan jika bangsa Malayu mahu mengecapi kegemilangan Malayu hanya satu saja jlnnya iaitu kembali ke agama nenek moyang kita.
BalasPadamDahulukala, terdapat pondok di setiap hentian laluan pengembara. Pondok ini dinamakan surau, tempat ibadat. Dengan rekabentuk yang kosong, nenek-moyang kita beribadat disepanjang perjalanan. Apabila datangnya syiar Nabi Muhammad, penggunaan surau diteruskan kerana kaedah ibadat yang sama. Namun, hari ini ramai tidak gemar dengan 'surau' tapi ditukarkan dengan musolah, bahasa arab. Begitu juga 'sembah hyang' bermaksud 'sembah yang satu' juga mahu ditukarkan dengan solat. Syiar Muhammad tidak pernah memusnahkan budaya bangsa-bangsa ajam. Yang memusnahkan budaya Mala-yu ini adalah golongan yang tidak berbangsa tetapi mengaku 'Melayu'. Bagi mereka bangsa itu tidak penting, raja tidak penting. Apa mereka ingat Mala-yu dan raja-nya tiada apa-apa sumbangan terhadap Islam? Pernahkah mereka mengetahui nenek-moyang mereka bercerai tubuh demi mempertahankan agama Allah?
BalasPadamBayangkan semasa zaman nabi kita (Mahamada) al quran di dlm bentuknya tanpa baris. Dari situ pula lahir bangsa Malayu dgn tulisan jawi yg meminjam huruf arab yg tanpa baris. Kemudian mereka mengecapi kegemilangan menegakkan agama tuhan dan beberapa ratus tahun yg lalu Islam di cipta dgn rosakkan al quran. Jadi, adakah org Malayu hebat sebab Islam atau Asalama? Adakah JAWI lebih tua dari bahasa Al quran yg berbaris itu? Malayu tetap unggul dlm bentuknya yg asal dan kebangkitan akhir zaman di pelopori bangsa Malayu yg kembali ke bentuk asalnya. TAKKAN MALAYU HILANG DI DUNIA.
BalasPadam