Khamis, Ogos 05, 2010

Ramadan yang mulia

Assalamualaikum!

Minggu hadapan kita akan berpuasa. Ibadah yang sangat dinantikan orang yang abdi kepada Allah. Namun, ia pula ibadat yang sangat digeruni oleh orang yang menyembah perut. Sebulan ini tempoh penyelenggaran tubuh dan roh. Peluang untuk mendampingi Allah, sihat jasmani dan rohani.

Pendita tidak pasti apa yang bakal berlaku kepada Saka yang melekat pada tubuh tuannya itu. Adakah ia juga dirantaikan? Kalau ia dirantaikan juga, inilah masa yang sesuai untuk memisahkan ia secara total. Saka mencipta kerosakan yang sangat teruk terhadap keperibadian tuannya. Pendita bimbang jika Saka penyebab tuannya mengidap gastrik hanya pada Ramadan.

Pendita mendapat sebuah artikel daripada pengalaman seorang kita di Amerika bersembang dengan seorang paderi Jesuit. Paderi tersebut mengatakan lagi 2 tahun adalah masa umat Islam mengerjakan haji yang terakhir. Jikalau benar, maka ia akan berlaku pada tahun 2012!

Tetapi sebelum kita hampir ke 2012, Ramadan dan Syawal ini bakal memberi jawapan siapakah teman, saudara kita.

Ketika kita kronik lapar dan dahaga berpuasa, siapakah yang mengetuk pintu rumah kita menghantar kuih-muih atau mengajak kita berbuka bersama atau mengucap kata-kata yang menyenangkan atau mengajak terawih bersama-sama?

Ketika kita riang gembira berhari-raya, siapakah yang datang mengunjungi rumah kita, atau mengucapkan kata-kata yang menyenangkan atau mengajak sunat Aidilfitri bersama-sama?

Di bulan Ramadan ada orang-orang yang kita kenal berbuka sendirian, berbuka dengan makanan fakir-miskin, tidak bersahur, kempunan kuih-muih kegemaran...tetapi malu hendak menceritakan, hatta, kepada rakan sepejabat...kerana mereka mungkin tiada teman rapat, tiada keluarga, anak yatim yang dahulunya bayi ditemui di dalam tong sampah penuh semut api itu...

Menjelang Aidilfitri, mereka teringin berkumpul seperti cerita dalam drama TV3 masak lemang ramai-ramai, merebus ketupat, berkumpul adik-beradik...

Waktu ini mereka mungkin merayau-rayau mencari ketenangan di mana-mana saja...

Di subuh Aidilfitri mereka tidak ada baju Melayu baru kerana tak mampu membelinya atau tiada sesiapa menemani mereka memilih baju yang cantik...jadi mereka bersunat Aidilfitri dengan kopiah buruk, baju kemeja lama dan seluar panjang pejabat...

Setelah solat, mereka pulang ke rumah sewa tonton siaran hariraya TV3 untuk menumpang kegembiraan...kemudian tidur sampai petang.

Bagi ayah yang bergaji kecil memendam rasa kerana anak-anaknya tiada kasut, baju, seluar, skirt, beg tangan kecil untuk megah berhari-raya ke rumah jiran. Ayah pula tak pernah tukar baju Melayu...Ibu pula menyorok di dapur, malu sebab langsir tak pernah bertukar..

Pendita mendapat satu cerita yang kabur kesahihannya iaitu dahulu di kawasan Chow Kit, Paderi-Paderi membuat jamuan di pagi Aidilfitri khas untuk mereka yang merempat di situ! Jikalau ini benar, maka ramai-ramai kita ini akan berdepan dengan Allah untuk menerima habuan kerana lalai dalam mengambil berat kehidupan seMuslim.

Untuk Ramadan dan Syawal kali ini Pendita menyeru kita pantau rakan-rakan, teman-teman, saudara-saudara dan orang-orang Muslim kalau-kalau mereka rindukan sesuatu di bulan-bulan ini. Berikan mereka sedikit kegembiraan...

Sekian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...