Menurut guru Pendita, di zaman dahulukala anak muda akan mendayung ke hulu sungai menuntut bermacam ilmu terutamanya silat. Guru-guru yang tinggi ilmunya tinggal makin ke hulu sungai. Sudah tentulah yang lagi tinggi ilmunya tinggal di gua-gua gunung di hulu seperti Gunung Ledang. Bayangkan di sepanjang sungai-sungai yang panjang di alam melayu ini seperti Sungai Perak,Sungai Pahang, Sungai Muda, Sungai Muar, Sungai Mekong, Sungai Musi dan banyak lagi. Jaguh-jaguh boleh dikesan di sepanjang sungai-sungai ini.
Mengikut guru Pendita, apabila seseorang murid tamat berguru ada sebuah upacara yang aneh. Iaitu sang guru dan si murid akan bersalaman membelakang diri, tidak bertembung muka. Syarat yang mesti dipatuhi ialah si murid tidak boleh menetap lebih hulu daripada gurunya dan tidak boleh berjumpa selama tiga tahun. Apakah sebabnya sedemikian? Namun, masa berubah. Hari ini tidak ada lagi syarat-syarat sedemikian di dalam persatuan-persatuan silat.
Tetapi menurut rasa Pendita, ada kemungkinan perguruan begini masih wujud di kalangan orang-orang tertentu sahaja iaitu pemegang amanah ilmu tua Melayu. Menurut beberapa orang yang Pendita pernah temui, orang-orang Melayu mewarisi ilmu yang disebut ilmu tua. ilmu ini tidak dimiliki oleh orang-orang Arab. Apabila orang-orang Arab berdakwah, banyaklah ilmu tua ini dikatanya haram walaupun tiada unsur syirik. Maka itu, pemegang-pemegang amanah ini merahsiakan diri. Pernah suatu ketika golongan ini muncul pada peristiwa 13-Mei. Terbeliak mata bangsa lain melihat kehebatan ilmu orang-orang Melayu ini. Apa tidaknya, merangkak lagak Spiderman di bangunan-bangunan sekitar Chow Kit.
Amanat Pendita, telanlah sifat Melayu ini yang dicipta sedemikian rupa. Kita adalah golongan Keshatriya yang bakal membela agama. Kita disimpan di penjuru dunia yang paling hujung serta di kepulauan yang berselerak ini. Ada sebabnya iras kita tidak seperti orang benua India dan orang benua China. Ada sebabnya kita berdaulat dan Islam. Ada juga sebabnya kita dikurniakan ilmu tua. Belajarlah dari guru-guru pondok buruk di kampung tuan-tuan..
Rabu, Januari 27, 2010
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan