Jumaat, Februari 18, 2011

Zuriat lelaki Iskandar Zulkarnain memimpin 'pemuda-pemuda berhati besi'

Ya, KRU mendapat tugasan daripada langit untuk membuat sebuah filem epik 'Hikayat Merong Mahawangsa'.



Kerana pada tahun 2011, dunia akan tahu bahawa zuriat Iskandar Zulkarnain yang hilang rupa-rupanya berada di Malaysia.

Filem tersebut mungkin ada sedikit penyelewengan. Namun, mesej yang hendak disampaikan adalah pemuda-pemuda Mala-yu bakal memimpin pasukan yang dikenali sebagai 'panji-panji hitam'.

Rahsianya hanya satu - Tabut as-Sakinah atau the Lost Ark of the Covenant.



Apabila peti ini dikeluarkan, maka bermulalah era pemerintahan seorang Raja Mala-yu yang berdaulat. Semua ahlul-kitab, Bani Israel akan tunduk mengiyakan daulat ini. Puak Yahudi akan terlopong apabila peti ini dikeluarkan!

Jadi, Muhammad Alexander dengan bukunya 'Armagedon 2012' akan sedar bahawa tilikan beliau tersasar. Armagedon sebenarnya adalah mula era baharu. Nabi Isa. A.S. bakal melengkapkan kitaran sebelum bumi ini hancur kiamat.


Sekian.

11 ulasan:

  1. Menghurai hal ini sangat rumit. Apabila Nabi Muhammad menyarankan kita membaca surah al-Kahfi untuk berlindung daripada fitnah Dajjal, sudah pasti maksud surah itu perlu kita selami. Jikalau dibaca sekali harung, surah ini menumpu kepada cebisan kisah-kisah beberapa personaliti yang direstui Allah. Salah seorang adalah Zulkarnain, penguasa timur dan barat.

    Apa pula kena-mengena dengan fitnah akhir zaman ini?

    Kita tahu askar Yakjuj dan Makjuj akan aktif semula. Dikira pengalaman, hanya bala tentera Zulkarnain mampu berdepan dengan gerombolan Yakjuj dan Makjuj. Kini peristiwa yang sama bakal terjadi. Darah kesyatria Zulkarnain sahaja yang mampu berdepan mereka dengan iman. Keturunan Zulkarnain di sini. Mereka menggelar diri Mala-yu. Keris ditangan bermaksud penguasa Naga. Tiada lagi hujung di Timur. Yang paling hujung di Timur dengan Islam hanyalah kita bertulang empat kerat ini. Mahu atau tidak janji Allah sudah tetap. Namun begitu, ini hanya spekulasi hasil kajian Pendita berbelas tahun.

    BalasPadam
  2. adakah angkatan perang Zulkarnain ini akan dipimpin al-mansur dr timur bersama PBT yg dikatakan dr keturunan zulqarnain dan pemuda bani hashim dgn bantuan al-harith al-harath...

    BalasPadam
    Balasan
    1. PBT dgn Al Mansur adalah individu yg sama...PBT akan dibantu oleh Pemuda Bani Hashim..tenteranya adalah dikalangan insan yg dipilih oleh Allah..mereka adalah Waliyullah yang akan berjuang bersama tentera ghaib dikalangan para malaikat, para wali @ rijalul ghaib dan jin Islam...

      Padam
  3. Kita temui beberapa hadis dan kata orang tua-tua perihal mereka ini. Namun, hingga sekarang tidak ada seorang jua yang mampu memberi jawapan yang padu. Masing-masing berkias. Kerana inilah rahsia yang Allah pelihara. Jikalau maklumat konkrit sudah tersedia sudah tentu perisikan Dajjal melakukan ops pencegahan. Tetapi janganlah kita berharap peristiwa ini bakal terjadi seperti dahulukala. Di zaman ini proses perjuangan lebih ke arah pembuangan undi atau tunjuk perasaan. Peperangan pula terjadi melalui sebuah kerajaan, bukan kaedah gerila. Tentera Allah mestilah tampil dengan penuh gaya yang menggerunkan hati para musuh. 'Panji-panji hitam' mungkin bermaksud bendera hitam atau mungkin alat atau laluan lain yang berlatarkan warna hitam. Yang 'hitam' itulah yang paling konkrit setakat ini. Nama-nama pemimpin masih diselubungi misteri.

    BalasPadam
  4. Raja Iskandar hidup antara 2 nabi iaitu Nabi Isa dan Mahamada. Beliau menganut agama Asalama dan berdakwah mengembangkan penguasaan Asalama keseluruh dunia dgn nabi Khaidir. Raja2 Malayu adalah dari keturunan beliau dan raja Malayu kemudiannya mengikuti syariat nabi Mahamada di dlm agama yg sama serta dikatakan raja Aceh memberikan perlindungan kepada keturunan nabi Mahamada di nusantara ini. Jadi, kebangkitan dari Timur sesuatu yg mengikut kehendak tuhan yg maha mengatur segala sesuatu.

    BalasPadam
  5. Al Tabawata (peti) menyimpan batu yg ditulis oleh Tuhan yg di dlm bahasa al quran. Org2 Yahudi beranggapan ianya di tulis dlm bahasa hebrew manakala org Islam tidak memahami apa2 ttg tabut ini. Raja Iskandar memperoleh sebahagian dari harta raja Sulaiman yg di bawa oleh bangsa Jana yg memelihara harta tersebut. Di akhir zaman, tabut ini akan di jumpai semula oleh keturunan raja Iskandar dan sesiapa yg menjumpainya pasti akan diikuti oleh org2 agama yahudi kerana sudah pasti sesiapa yg berupaya menjumpai tabut membawa kebenaran.

    BalasPadam
  6. Pendita mendapat tahu daripada orag-orang tua bahawa masa sudah dekat apabila 'khazanah' dari perut bumi akan dikeluarkan. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang berurusan dengan hal ini. Jadi kita tidak perlu hairan apabila Jepun dan British tidak berdaya melupuskan sistem ber-Raja di semenanjung ini. Kerana sudah ditentukan Allah bumi ini dimakmurkan oleh orang-orang kafir demi persiapan untuk menabal seorang Raja yang memegang Tabut as-Sakinah!

    BalasPadam
  7. Mengapa nabi pesan supaya melihat surat al kahfi utk elak fitnah akhir zaman? Siapakah yg menerangkan kpd nabi ttg kisah lengkap raja Iskandar Zulkarnain? Satu watak yg hampir kpd nabi iaitu Ibnu Abas dan siapakah beliau? Di dlm hikayat zulkarnain, semasa nabi khidir hendak di tangkap tentera raja iskandar, beliau berdoa kpd tuhan dan kemudian mendengar satu suara dari langit memanggil beliau dgn nama Abana Abasa (Ibnu Abas). Maka tidak hairanlah nabi mengetahui ttg kisah iskandar dgn lengkap kerana ianya di ceritakan sendiri oleh nabi khidir alayaha al salama. Dan sudah pastilah nabi mengikuti agama nabi Ibrahim iaitu Asalama sebagaimana di firmankan di dlm al quran.

    BalasPadam
  8. juga ada diceritakan kisah berkaitan dgn Keturunan Iskandar Zulkarnain, iaitu Raja Sulan di Temasik dlm Sulaltus Salatin

    BalasPadam
  9. Ya, benar kata Tuan Zul. Memang ada maklumat tentang Raja Suran di dalam Sulalatus Saltin atau Sejarah Melayu itu.

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...