Ketika seorang pemuda dianiaya oleh pemerintah Tunisia, rakyat bangun memberontak. Kemudian di Mesir pula rakyat memberontak. Suasana di kedua-dua negara ini adalah contoh rakyat amuk dek kekejaman pemerintah. 
Inilah dia cetusan yang merebak di negara-negara Arab. Akhirnya, ia akan sampai ke tanah yang dijanjikan, Malaysia. Seperti yang Pendita katakan, mulai hijrah 1432 pemuda-pemuda mulia mula mendapat isyarat untuk bersiap siaga. Pemuda-pemuda ini mungkin si rempit di Tampin atau adik penjual burger di Slim River.
Di negara kita pula, wakil-wakil rakyat nampaknya pendek umur. Beberapa siri pilihanraya kecil sudah berlangsung. Kini di Merlimau Melaka kerja-kerja pembersihan parit sedang giat dijalankan. Biar ribut taufan hujan lebat, kerja-kerja mencantikkan kawasan Merlimau ini tetap berjalan. Sehinggakan pokok-pokok jagung milik anak tempatan yang menumpang tanam di tanah kerajaan dicantas juga!
Tahun 2011 ini kehangatan bangkitnya pemuda-pemuda berhati kepingan besi mulai terasa. Kita tidak akan tahu siapa mereka dan di mana ibupejabat mereka. Mereka akan menerima isyarat entah dari mana. Tak perlulah pihak berkuasa bersusah payah menapis laman-laman blog untuk mencuri jawapan. Kami sendiri pun tak tahu!
Sekian.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
 
- 
Sedangkan Yahudi yang dilaknat Allah itu, sedangkan kitab Injil yang berbahasa Hebrew itu, pun mereka tidak mahu menganut Kristian. Apatah l...
- 
Pendita telah menziarahi sebuah penempatan terpencil di Hulu Terengganu sekian masa dahulu. Tempat tersebut dikenali sebagai Kampung Jenagor...
- 
Pada 14 hingga 15 November 2011, di negeri Melaka akan berlangsung sebuah konferen antarabangsa mengenai tamaddun Islam serta kaitannya deng...
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan