Ahad, Julai 28, 2013
Tunduk membongkok kepada kafirun?
Akhir-akhir ini kecoh satu negara tentang orang-orang kafir lantang mengutuk agama Islam dan pengikutnya. Kenapa begitu berani mereka berkelakuan begini? Apakah sebenarnya mereka mengutuk Islam atau menjadikan Islam sebagai medium untuk mengutuk bangsa Melayu?
Nabi Muhammad berpesan kepada kita jangan sesekali menghina agama lain. Begitu juga tidak boleh memaksa sesiapa menganut agama Islam. Namun begitu, adakah orang Islam sahaja perlu berkelakuan baik?
Keberanian yang menjadi-jadi puak kafir terhadap orang-orang Melayu adalah kerana orang-orang Melayu itu sendiri yang hidup di dalam kebodohan yang nyata lagi terang. Kebodohan yang nyata itu ialah:
i) Menjadikan perbezaan politik sebagai alasan kukuh untuk bermusuh sesama sendiri. Dengan itu, puak kafir "menangguk di air yang keroh."
ii) Menjadikan wang, kedudukan dan wanita/lelaki sebagai bahan yang disembah. Dengan itu, jalan rasuah terbentang luas.
iii) Gagal menyediakan masa, wang, tempat dan tenaga untuk mentelaah, mengkaji dan mengkritik tentang apa-apa jua permasalahan semasa. Dengan itu, terima apa jua maklumat secara membuta tuli.
iv) Mengamalkan salah-tafsir maksud "dunia itu sementara". Dengan itu, menggunakan ia sebagai alasan untuk menutup kesusahan yang menimpa hasil perbuatan tangan sendiri.
v) Tidak mengenali asal-usul keturunan diri sendiri. Bagi yang Melayu, apabila membuang bangsanya, maka tiadalah jati diri. Sesiapa pun boleh mengatakan mereka itu siapa-siapa saja seperti bangsa campuran induk India-Yunnan. Dengan itu, hak istimewa yang dibina oleh nenek-moyang dicabar tanpa disahut.
vi) Mengatakan bahasa Melayu yang asalnya hanya terdapat tiga perkataan iaitu "batu" dan dua lagi. Selainnya, diadun dari pelbagai bahasa dunia. Fakta ini terkenal dari kalangan ustaz-ustaz kampung dan mamak. Dengan itu, membungakan perasaan rendah diri orang-orang Melayu.
vii) Menggagalkan cerdik-pandai Melayu di dalam semua bidang. Hal ini bukan sahaja berlaku di dalam ruang puak kafir tetapi lebih banyak berlaku di dalam persekitaran orang-orang Melayu sendiri.
viii) Lemah-lembut dan berbudi bahasa tidak kena pada tempatnya. Dengan itu, dikhianati terus-terusan.
ix) Cenderung terhadap ajaran rahsia. Ajaran Tuhan Harun, Syiah dan bermacam lagi jadi ikutan. Dengan itu, hidup sentiasa dibelenggu pemikiran kolot lagi negatif.
x) Tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. Mengutuk, mengecilkan hati, memperolok masalah dan tidak menghormati privasi adalah di antara sikap yang melukakan. Dengan itu, sentiasa ada prasangka dan curiga.
Kesimpulannya, orang-orang Melayu hidup di dalam platun-platun kecil. Perpecahan ini tidak akan sembuh dengan majlis bacaan Yasin atau kenduri-kendara. Perpecahan ini akan sembuh hanya apabila orang-orang Melayu keluar dari sifat bodohnya!
Adakah tunduk membongkok kepada kafirun seenak dan semanis kuih Bongkok di bawah ini?
Atau orang-orang Melayu perlu garang, berdiri tegap di dalam membela bangsa dan tunduk membongkok sebagai tanda baik dan hormat?
Sekian.
-Pendita-
Ahad, Mei 12, 2013
Malaysia diambang peperangan?
Assalamualaikum!
Sejak selesainya PRU-13, Pendita lihat suasana di dalam negara kita menjadi panaz.
Apa tidaknya, komen-komen di dalam blog dijadikan tempat melepaskan marah yang tak boleh disabar-sabarkan lagi.
Terdapat aktiviti ketenteraan di beberapa tempat yang tak pernah dilihat sebelum ini. Dan ia pula tidak diwartakan sebagai latihan.
Gambar-gambar di bawah berlaku di jambatan Sungai Linggi, Negeri Sembilan-Melaka.

Apakah Tanah Melayu diambang peperangan?
-Pendita-
Rabu, Mei 01, 2013
Jerusalem penuh minat pada Malaysia
Assalamualaikum!Sudah lama Pendita mengkaji tentang Yahudi dan al-Masihi (Kristian) serta ramalan mereka. Terutamanya misteri kehilangan peti tanda daulat dari langit itu, "Ark of the Covenant" atau Tabut as-Sakinah. Pendita yakin peti itu di dalam simpanan kerajaan Melayu. Dan Yahudi tahu. Begitu juga sang Inggeris.Kita dikejutkan dengan video "Malaysia Prophecy from Jerusalem" yang dibuat oleh Living Bread Church. Apabila menontonnya, kita dapat satu kepastian bahawa Yahudi menganggap Melayu saudara mereka. Kerakyatan Israel untuk Melayu telah tersiap sedia!Mengapakah begitu? Jika bukan Melayu itu, boleh jadi, puak Manasseh yang hilang di timur? Kita tahu Bnei Manasseh adalah dari susur-galur Nabi Yusuf yang menjadi Menteri di Mesir. Apakah tanda Manasseh di Tanah Melayu ini, kalau bukan tiga lapis piramid pada bumbung masjid-masjid tua?
Mengapa pula secara tiba-tiba Living Bread Church bersungguh benar mendeklamasi sajak khas untuk Malaysia dan "kerajaan baru"-nya? Mengapa pula DAP evangelist dan PAS islamik tiba-tiba boleh bersatu di dalam perjuangan politik? Kita pasti dari sumber video tersebut mereka menganggap BN sebagai "enemy". Mereka berkata juga, "Seorang raja akan ditabal."Apakah semua ini?-Pendita-

Mengapa pula secara tiba-tiba Living Bread Church bersungguh benar mendeklamasi sajak khas untuk Malaysia dan "kerajaan baru"-nya? Mengapa pula DAP evangelist dan PAS islamik tiba-tiba boleh bersatu di dalam perjuangan politik? Kita pasti dari sumber video tersebut mereka menganggap BN sebagai "enemy". Mereka berkata juga, "Seorang raja akan ditabal."Apakah semua ini?-Pendita-
Isnin, April 22, 2013
PRU 13: Ular, 7 kerabat diraja dan lelaki-lelaki tua
Assalamualaikum!
Lama benar Pendita tidak menulis. Sebenarnya, Pendita khusyuk meneliti suasana panas pilihanraya. Jadi, tak ada mood hendak menulis.
Menurut pendapat ramai, PRU kali ini sengit dan bakal mengundang suatu peristiwa yang digeruni. Fitnah berleluasa sehingga kita keliru terhadap segala maklumat dalam hidangan.
Menurut kalender Rembulan Cina, tahun ini adalah tahun "ular". Apakah signifikan "ular" bagi negara Malaysia?
Menurut seorang pakar Angin Air (Feng Shui), tahun ular mempunyai ciri-ciri berikut:
1) Warna: Biru, hijau, ungu
2) Bintang: Taurus, bintang ke-6 Menurut kaji nombor India dan Barat, nombor 6 ada kaitan dengan bintang Kejora. Tarikh pilihanraya jatuh pada 5-5-2013 (kafir) atau 24-6-1434 (Islam). Jikalau diambilkira kaji nombor, hasil tambah tahun hijrah: 2+4+6+1+4+3+4=24:2+4=6. Jikalau diambilkira kaji nombor bagi tahun Gregorian: 5+5+2+0+1+3=16:16=7. Oleh kerana tahun ini tahun Ular Air berdasarkan kepercayaan Cina, maka peristiwa penentu di negara ini sudah tentulah PRU. Jadi, nombor 6 dan 7 mempunyai hubungkait dengan PRU ke-13 ini! Namun begitu, terdapat sesuatu yang sangat misteri. Misteri yang tidak dapat ditafsir oleh Barat tentang tahun 2013 apabila disebut ramalan Nostadamus: quatrain IX: "Snakes to waste in an iron cage,"Ular-ular dibiarkan di dalam sebuah sangkar besi" Where to put seven children of the King.Di manakah kedudukan 7 kerabat diRaja" The old men come out of the depths of hell."Lelaki-lelaki tua menjenguk dari lubang kejahatan" To see how their children are dying / their fetus / death and screams.""Melihat anggota-anggota mereka yang tenat/ anggota pelapis / kematian dan jeritan." Inilah 3 personaliti yang menjadi misteri bagi para pengkaji Barat. Sebabnya ramalan ini betul-betul berada didalam jujukan peristiwa di Syria sebelumnya dan peristiwa di Mesir selepasnya. "Ular-ular dibiarkan di dalam sebuah sangkar besi": Boleh jadi maksudnya sebuah kuasa yang tidak berbaloi untuk diganggu. Mempunyai motif berbentuk ular.
"Di manakah kedudukan 7 kerabat diRaja": Boleh jadi maksudnya kuasa raja-raja ini tidak lagi signifikan.
"Lelaki-lelaki tua menjenguk dari lubang kejahatan": Boleh jadi ahli politik yang sangat tua tetapi masih bernafsu.
Jadi, peristiwa apakah yang akan berlaku? Kita tunggu. Sekian.
Sabtu, Mac 09, 2013
BOM Nephi 3:21-30
1 Nephi 3:21
21 Maka aku telah berjaya memujuk saudaraku supaya tetap patuh pada perintah Tuhan.
1 Nephi 3:22
22 Maka kami kembali ke tanah asal usul, dan kami berjaya mengumpul sebilangan emas dan perak serta barangan berharga.
1 Nephi 3:23
23 Setelah itu, kami kembali ke rumah Laban.
1 Nephi 3:24
Maka kami ke rumah Laban dan memohon padanya supaya diberikan rekod yang terukir pada kepingan loyang itu. Kami akan berikan kepada Laban segala emas, perak dan barangan berharga sebagai ganti.
1 Nephi 3:25
25 Maka, apabila Laban terlihat pada harta kami, dia menjadi tamak. Laban mengarahkan para pengawalnya menghalau kami serta memerintahkan kami dibunuh supaya segala harta kami boleh dirampasnya.
1 Nephi 3:26
26 Maka kami sempat melarikan diri dan terpaksa meninggalkan harta kami. Maka Laban memilikinya.
1 Nephi 3:27
27 Maka kami melarikan diri ke pedalaman, para pengawal Laban tidak dapat mengesankan kami. Kami bersembunyi di celah-celah batu-batuan besar.
1 Nephi 3:28
28 Maka Laman teramat marah padaku (Nephi) dan bapaku. Begitu juga halnya dengan Lemuel sebab dia bersekongkol dengan Laman. Justeru, Laman dan Lemuel memarahi kami, adik-adik mereka. Mereka juga merotan kami dengan batang kayu.
1 Nephi 3:29
29 Maka semasa kami dirotan, tiba-tiba muncul malaikat di hadapan mereka dan berkata, "Mengapa kamu memukul adik-adikmu? Tahukah kamu bahawa Tuhan memilih dia (Nephi) sebagai ketua kamu atas sebab kamu berkelakuan buruk? Sesungguhnya kamu diperintah untuk kembali ke Baitulmagdis dan Tuhan akan menguruskan si Laban ke tanganmu."
1 Nephi 3:30
30 Dan setelah itu, malaikat segera meninggalkan kami.
Selasa, Mac 05, 2013
Apabila Suluk mencabar Malayu
Punca utama Malaysia makmur dari dahulu sehingga kini adalah kerana sifat orang Malayu semenanjung.
Mereka bangsa yang bertolak ansur dan belas ihsan. Jikalau Sabah dibawah pemerintahan bangsa Suluk ini, Pendita pasti mereka akan membuat onar ke atas Indonesia dan juga Sarawak serta Brunei.
Ditakdirkan mereka kehilangan segala-galanya. Hidup di dalam kemiskinan dan dibawah telunjuk kafir Katholik.
Alangkah malunya puak Suluk ini. Janganlah berselindung dengan nama Nabi dan Allah. Jikalau Islam, peperangan di Lahad Datu tidak mungkin berlaku.
Puak Tausug dan Suluk memang mahir bermain senjata. Tetapi mereka bukanlah satu-satunya puak yang kenal senjata.
Kita tahu keturunan mereka ini memang dari dahulukala profesional di dalam membekalkan hamba abdi yang diculik serata nusantara. Ekonomi mereka adalah hasil dari pemerdagangan manusia.
Kini, ditakdirkan mereka hilang punca ekonomi. Dengan itu, rampas Sabah.
Apabila Suluk-Tausug mencabar Malayu...jom saksikan keris siapa yang paling bisa!
-Pendita-
Isnin, Januari 14, 2013
BOM Nephi 3:11-20
1 Nephi 3:11
11 Dan kami membuat undi-siapa yang akan ke rumah Laban. Maka undian jatuh pada Laman; dan Laman pergi ke rumah Laban, dan dia berbual dengan Laban di dalam rumahnya.
1 Nephi 3:12
12 Dan Laman menyatakan hasratnya untuk mendapatkan rekod salasilah yang tertulis pada plat loyang, juga mengandungi maklumat salasilah bapaku.
1 Nephi 3:13
13 Sesungguhnya, telah berlaku bahawa Laban meradang dan menghalau Laman dari rumahnya; dan tidak sama sekali membenarkan Laman memiliki rekod tersebut. Laban berkata,'Kamu pencuri, aku akan bunuh kamu.'
1 Nephi 3:14
14 Laman segera melarikan diri dan menceritakan kepada kami tentang apa yang telah berlaku. Dan kami sangat sedih, maka kami mula terfikir untuk kembali ke pangkuan bapa kami di pedalaman.
1 Nephi 3:15
15 Sayugia aku berkata kepada mereka bahawa: Dengan kuasa Tuhan. Selagi kita bernyawa, kita jangan sesekali kembali ke pedalaman melainkan perintah Tuhan ini diselesaikan.
1 Nephi 3:16
16 Maka kami akan patuh terhadap perintah Tuhan; maka kami kembali ke tanah tumpah darah kami, biarlah segala harta, emas dan perak yang ditinggalkan. Sesungguhnya, bapa kami lakukan semua itu demi perintah Tuhan.
1 Nephi 3:17
17 Demi, bapaku tahu bahawa Baitul Magdis akan ditimpa bala atas keingkaran manusia.
1 Nephi 3:18
18 Sesungguhnya, mereka telah membantah ajaran nabi-nabi mereka. Demi, jika bapaku juga membantah perintah Tuhan dengan tidak meninggalkan kota Baitul Magdis, maka dia juga akan ditimpa bala Tuhan. Maka bapaku mesti berhijrah.
1 Nephi 3:19
19 Sesungguhnya, dengan kebijaksanaan dari Tuhan maka rekod ini perlu diambil supaya ia dapat mempertahankan bahasa ibunda untuk diwariskan kepada anak-cucu.
1 Nephi 3:20
20 Dan juga kami dapat mewariskan kepada mereka kata-kata hikmah para-para nabi yang telah diwahyukan melalui para malaikat dengan izin Tuhan dari masa bermulanya dunia sehingga kini.
Langgan:
Catatan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Sedangkan Yahudi yang dilaknat Allah itu, sedangkan kitab Injil yang berbahasa Hebrew itu, pun mereka tidak mahu menganut Kristian. Apatah l...
-
Pendita telah menziarahi sebuah penempatan terpencil di Hulu Terengganu sekian masa dahulu. Tempat tersebut dikenali sebagai Kampung Jenagor...
-
Pada 14 hingga 15 November 2011, di negeri Melaka akan berlangsung sebuah konferen antarabangsa mengenai tamaddun Islam serta kaitannya deng...


