Rabu, Februari 02, 2011

Tunisia, Mesir pencetus kebangkitan!

Ketika seorang pemuda dianiaya oleh pemerintah Tunisia, rakyat bangun memberontak. Kemudian di Mesir pula rakyat memberontak. Suasana di kedua-dua negara ini adalah contoh rakyat amuk dek kekejaman pemerintah.

Inilah dia cetusan yang merebak di negara-negara Arab. Akhirnya, ia akan sampai ke tanah yang dijanjikan, Malaysia. Seperti yang Pendita katakan, mulai hijrah 1432 pemuda-pemuda mulia mula mendapat isyarat untuk bersiap siaga. Pemuda-pemuda ini mungkin si rempit di Tampin atau adik penjual burger di Slim River.

Di negara kita pula, wakil-wakil rakyat nampaknya pendek umur. Beberapa siri pilihanraya kecil sudah berlangsung. Kini di Merlimau Melaka kerja-kerja pembersihan parit sedang giat dijalankan. Biar ribut taufan hujan lebat, kerja-kerja mencantikkan kawasan Merlimau ini tetap berjalan. Sehinggakan pokok-pokok jagung milik anak tempatan yang menumpang tanam di tanah kerajaan dicantas juga!

Tahun 2011 ini kehangatan bangkitnya pemuda-pemuda berhati kepingan besi mulai terasa. Kita tidak akan tahu siapa mereka dan di mana ibupejabat mereka. Mereka akan menerima isyarat entah dari mana. Tak perlulah pihak berkuasa bersusah payah menapis laman-laman blog untuk mencuri jawapan. Kami sendiri pun tak tahu!

Sekian.

Sabtu, Januari 29, 2011

Penuh! Konvensyen Memperingati 500 Kejatuhan Empayar Islam Melaka

Pendita pun tak dapat masuk. Ya, penuh! Itulah sambutan daripada cucu-cucu Mala-yu terhadap konvensyen ini. Nampaknya kesedaran di kalangan anak muda lebih tinggi. Banyak juga rombongan bas yang hadir.

Di bawah ini gambar-gambar suasana di luar Dewan Besar Universiti Teknikal Malaysia Melaka.





Sekian.

Selasa, Januari 18, 2011

Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melaka

Semakin hari semakin panas dek terbongkarnya rahsia purba nenek-moyang kita. Makin dilayan makin asyik membayangkan bangsa yang mulia ini dengan megah mereka teguh berdiri hingga sekarang.

Walaupun sesekali kita diusik dengan isu laungan azan subuh dan isu paria di dalam Interlok, namun kita tetap teguh! Kerana kita bangsa yang mulia tidak sesekali menganiaya bangsa lain. Itulah resam nenek-moyang kita.



Pun begitu, nenek-moyang kita pernah terlalai dan kita pernah melalui zaman dianiaya para pendatang-pendatang yang tamak dan rakus.

Oleh yang demikian, demi mempertahankan daulat bangsa Mala-yu ini, Pendita menjemput adik-adik, tuan-puan untuk ramai-ramai kita hadir ke Konvensyen Memperingati 500 Tahun Kejatuhan Empayar Melaka. Pendita juga akan hadir.

-Sekian-



Tentatif Program

-Sabtu 29 Januari 2011-

8.00 – 8.30 pg
Pendaftaran Peserta

8.30 – 9.30 pg
Pembentangan 1 – “Kegemilangan Empayar Kesultanan Melayu Melaka”
oleh YBhg. Prof Dr. Nordin Husin

9.30 – 10.00 pg
Kehadiran VVIP / VIP

10.00 – 10.45 pg
Majlis Perasmian – Ucapan Alu-aluan dan Perasmian

10.45 – 11.00 pg
Jamuan VVIP / VIP & Jamuan ringan peserta

11.00 – 12.00 tgh
Pembentangan 2 – “Kejatuhan Melaka Satu Tragedi kepada Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam”
oleh YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad, Mantan Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka

12.00 – 1.00 ptg
Pembentangan 3 – “Perjuangan Bangsa Melayu Dalam Mempertahankan Jatidiri dan Agama Islam”
oleh Al Fadhil Ust Mohd Fauzi Asmuni Naib Presiden ISMA

1.00 – 2.00 ptg
Rehat / Makan / Solat

2.00 – 4.00 ptg
Dialog : “Mengambalikan Jatidiri Bangsa Melayu dan Islam”

Pengerusi : Y. Bhg Hj Aminuddin Yahaya, Setiausaha Agung ISMA
Al Fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman, Presiden ISMA
YBhg. Dato’ Dr. Hassan Ahmad
YBhg. Dr Sidik Fadhil

4.00 – 5.00 ptg
Majlis Penutup / Ucapan Penangguhan dan Bersurai
oleh En Abdul Rahman Mat Dali, Timbalan Presiden ISMA

5.00 ptg
Majlis bersurai

Rabu, Disember 29, 2010

Gempita Harimau Malaya

Tidak perlu Pendita bercerita panjang tentang perkasanya Harimau Malaya.

Sang Garuda tidak mampu menyainginya.

Penyokong Indonesia mengkelan lagi. Air Teh Kotak tidak bisa menyejukkan hati mereka yang panas dengan kejayaan Malaysia.

Tahniah!

Isnin, Disember 27, 2010

Sang Garuda sudah dibaham Harimau Malaya

Sudah Pendita katakan...Harimau Malaya telah berjaya membaham Sang Garuda. Dengan jaringan 3 gol tidak berbalas, anak-anak Mala-yu ini membuktikan betapa darah wira tetap segar mengalir di dalam tubuh mereka.

Ya, Rajagopal jurulatih berbisa. Inilah dia anak tempatan 1Malaysia yang berjuang demi tanahair. Satu contoh yang baik!

Namun, kita tidak melatah kerana ada satu lagi pertarungan di Gelora Bung Karno pada Muharram 23 ini.

Biarpun nama stadium mereka sedemikian, kita tidak gentar kerana Bung Karno bukanlah idola kita...

Biar sorakan kasar berkumandang di stadium nanti tetapi gauman Harimau Malaya bakal membuat penyokong Indonesia mengkelan. Semangkuk Bakso pun tidak bisa menyenangkan hati mereka...

Kita tidak akan menyalahkan pancaran laser demi menutup kelemahan diri kerana kita HARIMAU MALAYA!



Sekian.

Khamis, Disember 23, 2010

Harimau Malaya bakal mengaum Ahad ini!

Muharram 17, 1432

Baru-baru ini berlaku gerhana bulan yang mempersonakan - sang rembulan dengan penampilan merah akibat dibayangi bumi. Mempersonakan di mata manusia tetapi diri bulan itu menderita buat seketika.



Penderitaan sang bulan itu akan dirasai pula oleh Sang Garuda. Ya, pada Ahad Muharram 20 1432 ini bakal terdengar gauman Harimau Malaya menggegarkan Sang Garuda.



Betul, pasukan bolasepak kita akan mengecutkan hati para pemain Indonesia yang bertaruh harap pada pemain importnya, Cristian Gonzales.

Kita, orang Malaysia tidak pernah gentar dengan gertakan mereka. Pada kita, itu semua omong kosong aja...



Kali ini kita bakal membuat jutaan rakyat Indonesia terkebil-kebil melihat gawang mereka dicerobohi dengan rakus oleh anak-anak muda Mala-yu. Sepertimana kepahlawanan dan kegagahan datuk-datuk mereka semasa purbakala!

Ayo..kita gegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil...!

Sekian.

Isnin, Disember 06, 2010

Selamat tahun baru 1432

Pendita mengucapkan Selamat Tahun Baru 1432 kepada saudara dan saudari sekalian. Moga-moga tahun ini anda semua bersiap memperbaharui diri untuk menempuh segala macam perkara.

Sekian.

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...