Ucapan selamat menyambut Aidilfitri 1435 kepada seluruh umat Islam dan teristimewanya anggota PENDITAS!Tahun ini kita merayakan Aidilfitri dengan beberapa kejadian yang menyayat hati.Hari ini pintu Syurga mulai menutup, manakala pintu Neraka mulai membuka. Segala iblis dan syaitan akan bebas dari belenggu. Gerbang Hades (sebut: "He-dis") atau dikenali sebagai "the gates of Hades") telahpun membuka, kata golongan Ahli Teori Angkasawan Purba (Ancient Astronaut Theorist) dan ahli paranormal Barat.Mereka menjangkakan segala macam malapelaka bakal berlaku di dalam tempoh terdekat ini.Bagi puak Zionis pula, masa semakin suntuk kerana mereka mesti membina Temple of Solomon (Haikal Sulaiman) dengan segera. Ia adalah tempat persemayaman Raja Yahudi akhir zaman. Di mana tapaknya? Tempatnya di tapak Kubah Batu (Dome of Rock).Masalahnya, jika dirobohkan kubah ini akan menyebabkan kemarahan maksimum umat Islam. Mahu atau tidak Gaza mesti dilumpuhkan. Masalah lain pula ialah Malaysia bikin bingit telinga para pemimpin Zionis di seluruh dunia termasuk wakil mereka di Kuala Lumpur. Dengan itu, Putrajaya mesti dilumpuhkan juga.Manakala masa semakin suntuk bagi wakil Zionis di Malaysia. Tekanan untuk melumpuhkan Putrajaya makin meningkat gara-gara kontrak pembinaan Temple of Solomon tertunda.Bermula dengan malapetaka MH370 dan kemuncaknya MH17, di seluruh Malaya mulai memperkatakan tentang sebuah perikatan yang disebut-sebut di dalam hadis-hadis terkenal iaitu: Pemuda Bani Tamim (PBT) serta panji-panjinya.Perkataan Tamim bermaksud kuat dan padu (kepingan-kepingan besi?).Di dalam hadis-hadis dinyatakan bahawa keturunan ini bakal menjadi penentang utama terhadap Dajjal al-Masih. Umum mengetahui bahawa keturunan ini bertebaran di seluruh dunia Arab. Sebaliknya, konsep "Pemuda Bani Tamim adalah perikatan muslimin di Tanah Melayu" lebih popular serta kian diperdebatkan. Ini disebabkan tiada kesepakatan di kalangan orang-orang Tamim Arab di dalam penentangan terhadap Yahudi Zionis. Tetapi, persaudaraan PBT yang disampaikan Rasullullah SAW adalah dari timur kompas! Iaitu kedudukan timur dari Kaabah. Boleh jadi perikatan ini berpusat di Tanah Melayu. Tiada siapa berani mengatakan iya mahupun menyangkalnya. Namun, tanda-tanda keberanian umat Melayu Islam nyata terang-benderang berbanding umat Islam berbangsa lain.Jikalau data dari kotak hitam (berwarna oren sebenarnya...) memberi petunjuk telah berlakunya pengkhianatan di pihak Barat terhadap Malaysia, maka tidak menjadi pelik orang-orang Melayu akan bangkit. Misteri MH370 jika terungkai boleh menjadi pemangkin berkibarnya panji-panji hitam di Tanah Melayu. Samada suka atau tidak perikatan Muslimin di Tanah Melayu akan terjadi jua kalaupun bukan yang dimaksudkan Rasulullah SAW.-Pendita-
Ahad, Julai 27, 2014
Khamis, Julai 17, 2014
Kod CDM 25: Cara Darah Melayu
Pendita tidak perlu ulas panjang lebar kisah saudari Kiki. Semua sedia maklum dengan maklumat yang sangat terperinci.Cuma Pendita hendak tegaskan di sini bahawa sudah tiba masanya kita berani membela diri mengikut SOP Cara Darah Melayu (CDM).Kita tidak perlu berbudi-bahasa dan berbaik sangka tak tentu fasal. Apabila sesuatu perkara itu adalah hak maka ikut SOP CDM-25. Terbaharu: Perdana Menteri Malaysia berunding dengan Alexander Yurevic Borodai - Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk yang berpihak kepada Rusia. Kita berjaya memujuk beliau untuk menyerahkan kotak hitam dan mayat penumpang MH17.Inilah bukti gred-A bagaimana SOP CDM-25 berjaya diamalkan.-Pendita-
Isnin, Julai 14, 2014
Don't cry for me Argentina...
Gara-gara para pemain Argentina menyokong Zionis, doa kejayaan daripada umat Islam di Piala Dunia 2014 ini ditujukan kepada pasukan Jerman.Tatkala orang-orang Islam di Gaza beribadat puasa, tentera-tentera Zionis-Yahudi membedil semahu-boleh untuk menghancurkan apa-apa sahaja yang hidup. Ia direstui oleh kafir di Malaysia apatah lagi di Singapura dan Indonesia.Kita tahu masyarakat Jerman mempunyai budaya ketelitian yang tinggi. Walaupun mereka sentiasa diaibkan oleh media milik Zionis, kemajuan negara Jerman tetap pada landasan yang sama. Tiada yang kurang malah menunjukkan peningkatan. Segala-galanya tentang Jerman terserlah pada hari ini apabila menjuarai Piala Dunia 2014. Pun begitu, mereka gagal menjuarai keimanan terhadap Allah.Pada zaman kekhalifahan Islam di Andalusia, bandar Cordova merupakan pusat pendidikan yang ulung di Eropah. Maka berbondong-bondonglah pelajar-pelajar bangsa Eropah Kristian mendaftar untuk mengikuti pengajian di sini. Dari kelompok ini termasuklah para pelajar berbangsa Jerman. Jadi tidak hairanlah selepas jatuhnya kekhalifahan Islam di Andalusia, muncul universiti-universiti terkemuka di merata Eropah.Disebabkan pelajar-pelajar Jerman ini mewarisi budaya ilmu menurut ajaran Islam yang murni, negara Jerman hari ini sangat berjaya di dalam segala lapangan bersifat duniawi.Manakala di negara-negara umat Islam Middle-East (Timur Tengah kata depa), mereka hanya mampu memiliki universiti yang juara di dalam bidang hukum-hakam Islam. Maka berbondong-bondonglah pelajar Melayu ke negara-negara berbudaya Arab ini untuk mengikut pengajian tentang hukum-hakam.Ketika umat Islam di Gaza menggigil ketakutan, ustad-ustad lulusan dari negara-negara berbudaya Arab hanya mampu menyuruh kita membaca Qunut Nazilah. Habis kuat pun mereka mendaftar untuk bersama ISIL di Baghdad. Paling cikai pun mereka bermain api politik bersama-sama kafir harbi.Jadi negara kita adalah juara dari segi hukum-hakam Islam, dengan itu hudud sangat diperkatakan. Tetapi kita tidak menjuarai lapangan-lapangan lain. Dengan sebab itu pula, kita hanya mampu mengirim wang, ubat-ubatan, makanan, pakaian, doktor-doktor serta diiringi doa ke Gaza.Don't cry for me Argentina..? How about Brazil?-Pendita-
Langgan:
Catatan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...