Jumaat, Disember 26, 2014

Surutnya banjir dahsyat di Pantai Timur, terbitnya pasukan panji hitam?

Semoga saudara kita yang terperangkap banjir segera diselamatkan dengan izin Allah yang terkuat lagi maha perkasa.
Pendita tiada daya untuk menulis panjang lebar mengenangkan nasib mereka seolah-olah menghayati peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh A.S. yang sangat mengerikan.
Sesuatu yang berlaku itu tentulah sebab "fenomena cuaca", tetapi di sebaliknya kita tahu sesuatu bencana itu Allah sediakan petunjuk.
Banjir kali ini bukanlah seperti biasa musim tengkujuh. Ia sangat luar biasa dan boleh dikelaskan sebagai darurat.
Pendita boleh bayangkan betapa jiwa kita insaf di atas kejadian ini. Ia sebagaimana penduduk Acheh insaf setelah peristiwa Tsunami.
Dari keinsafan ini akan muncul kekuatan hati. Ketika mengharungi arus deras di dalam kegelisahan, ketakutan, kelaparan, kehilangan dan segala macam dugaan; umat Melayu akan bangkit sejurus surutnya banjir ini.
Selepas banjir besar tahun 1970, umat Melayu mulai mendekati agama maka wanita-wanita Melayu mulai mengenakan penutup aurat. Tahun 2014 sebelum berlakunya banjir ini, wanita-wanita Melayu sibuk mengenakan penutup aurat berfesyen mahal sambil berkongsi foto di dalam talian.
Kini banjir melanda, mereka terputus bekalan makanan dan tenaga elektrik. Maka terkontang-kantinglah mereka, terpaksa memasak dengan air "teh tarik" sebagai juadah darurat. Tiada lagi aplikasi WhatsApp, Selfie sebagai pengubat sunyi.
Di saat-saat genting ini baharulah nama Allah disanjung-sanjung. Apakah komen para pemain politik yang berlandaskan agama itu?
Apakah banjir kali ini petunjuk bahawa pasukan panji hitam sedang dipersediakan?
Diriwayatkan oleh Sa'id bin Jubair berbunyi, "Tahun sebelum kedatangan Imam Mahdi akan terjadi hujan lebat selama 24 hari. Kalian akan merasakan dampak sekaligus keberkahannya."
-Pendita-

Jumaat, Oktober 24, 2014

Di kayangan bangsa ini hanyalah sebahagian daripada bangsa-bangsa yang malang...

Kononnya pandai berpolitik, orang-orang Melayu di Malaysia hidup di dalam keadaan "tengkorak di muncung senapang." Besok lusa bangsa ini mungkin akan mengalami nasib seperti bangsa Bosnia suatu ketika dahulu.


Mereka tidak percaya jikalau dikatakan "mudah lupa." Sebab mereka tersangat yakin bangsa ini hidup di tempat yang paling selamat di dalam dunia.

Dikelilingi oleh kafir yang sangat harbi, bangsa ini tiada apa-apa perasaan syak dan sangka kepada puak pemakan benda hasil haram kongsi gelap di tanah naungan langit ini. Gamaknya hari ini, sudah tiada naungan dari langit kerana sahih bangsa ini tersangat-sangat mabuk lalai malah nampak ditipu hidup-hidup.

Isteri-isteri, anak-anak gadis mereka sanggup bergolok-gadai demi sebuah fesyen tudung yang anggun dengan harga yang bukan alang kepalang.

Disebabkan kepingin hidup mewah seperti contoh di dalam siaran Astro atau media sosial, bangsa ini dikurniakan dengan ulama' yang berurusan dengan sistem politik demokrasi. Hasilnya, hukum-hakam diperbolehkan mengikut suasana politik dan kehidupan berbilang iman, kepercayaan.

Sedangkan iblis boleh berhujah dengan al-Quran dan hadis, inikan pula ahli politik dan ustaz berbayar.

Disebabkan percaya pada bilangan undi itu penentu nasib, maka bangsa ini menurut segala macam arahan ulama' atau pemimpin mereka yang sudah lama hidup dengan virus politik yang kesudahannya mungkin mencetus bala ataupun menjadikan mereka gelandangan ekonomi.

Apabila "tengkorak di muncung senapang." Anak-anak muda kita mungkin boleh bertahan dengan bekal tongkat selfie.


Mereka merekodkan sejarah ratapan bangsa yang tidak lagi disayangi penduduk di kayangan. Seperti meratapi MH370 yang tiada hujung-pangkal. Mereka sudahpun melupai peristiwa ini dan kembali lupa seperti biasa.

MH370 dan MH17 itu bukti Melayu sedang dilanyak. Itupun jikalau bangsa ini reti bahasa.

Bangsa ini bukan lagi menjadi dendangan oleh penduduk di kayangan apabila kafir tidak lagi gerun terhadap bangsa Melayu pembela Islam.

Di langit, Melayu hanyalah sebahagian daripada bangsa-bangsa di bumi yang malang...

-Pendita-

Ahad, Ogos 03, 2014

Mahlehyzyah ben Yosef (Malaysia bin Yusuf)

Zionis, melalui rabbi-rabbi mereka mempunyai beberapa scenario akhir zaman yang telah lama menjadi doktrin kuil Yahudi. Ia disebut sebagai '12 asas kedatangan Penyelamat'.
Mereka berpendapat, di akhir zaman nanti akan hadir penyelamat bagi agama Yahudi yang bersusur-galur dari puak Judah. Kata mereka terdapat 2 penyelamat yang disebut sebagai Messiah iaitu "Meshiach ben David" (Messiah bin Daud) dan "Meshiach ben Yosef" (Messiah bin Yusuf). Iaitu dari keturunan Nabi Daud dan Nabi Yusuf. Penyelamat-penyelamat ini akan membawa kepada kejayaan Israel moden menjadi pusat pemerintahan dunia. Dengan itu, kegemilangan kerajaan Nabi Sulaiman diulangi semula. Maka Temple of Solomon mestilah dibina dengan kadar segera.
Ia umpama kita berkhayal tentang empayar Kesultanan Melaka dan rindukan kegemilangannya.
Ada perbedaan ketara diantara Bani Israel dan Yahudi. Bani Israel berasal daripada Nabi Yaakub. Daripada anak-anaknya lahirlah puak-puak yang bernaung di bawah payungan Bani Israel. Puak yang paling keji adalah Yahudi iaitu daripada jurai Yahuza atau Judah.
Dahulukala terdapat 2 kerajaan Bani Israel iaitu Kerajaan Israel di utara dan Kerajaan Judah di selatan. Perpecahan ini berlaku setelah mangkatnya Nabi Sulaiman. Kerajaan Israel diperintah oleh keturunan Nabi Yusuf, manakala Kerajaan Judah oleh keturunan Nabi Daud.
Apabila runtuhnya kedua-dua kerajaan ini maka bertebaranlah Bani Israel ke segenap penjuru dunia. Dengan itu, muncul sebuah penamaan iaitu "The ten lost tribes" iaitu 10 puak yang tersembunyi. Puak-puak ini kemudiannya ditawan oleh kerajaan Assyria dan dibawa ke tanah Parsi purba. Manakala 2 puak yang nyata menjalani kehidupan bersama-sama bangsa Arab serta sempat berinteraksi dengan Nabi Muhammad. Puak-puak ini adalah daripada Judah dan Simeon. Mereka bersatu menjadi Yahudi moden.
Namun, kita jangan lupa bahawa empayar Sulaiman terbentang luas setelah mengahwini Balqis.
Di dalam al-Quran, Allah berulang-kali menitahkan supaya Bani Israel bertaubat sementara boleh. Selagi mereka menyembah Allah selagi itulah rahmat tercurah kepada mereka. Manakala bagi Yahudi pula, Allah terang-terangan murka serta melaknat.
Kembali kita ke doktrin kuil Yahudi, begitu juga dengan Kristian. Dari Bible, bab Obadiah ayat 1:18, "Daripada keturunan Yaakub akan menjadi bahan api, dan daripada keturunan Yusuf akan menjadi nyalaan api, dan daripada keturunan Esau mereka membakar serta menghapuskan, maka Tuhan tentukan tiada tersisa daripada keturunan Esau." Para rabbi menafsir ayat ini dengan makna bahawa dari keturunan Yusuf akan lahir anak-anak yang akan menyertai peperangan besar akhir zaman. Ini merujuk kepada permintaan bonda Nabi Yusuf, Rachel di dalam Bible bab Genesis ayat 30:24, "Dan dia (Rachel) menamakan bayi itu Yusuf sambil berkata, 'Wahai Tuhanku, tambahilah daku seorang lagi anak lelaki'."
Kita tahu bahawa Yeshua adalah "ben David". Iaitu Nabi Isa adalah daripada susur-galur Nabi Daud. Jadi, kita boleh bersetuju bahawa Nabi Isa adalah Penyelamat menurut sabda Nabi Muhammad. Bagaimana pula dengan "ben Yosef" iaitu anak-anak daripada keturunan Nabi Yusuf?
Menurut kajian wartawan asal Kanada berbangsa Yahudi, Simcha Jacobovici melalui dokumentari "Quest for the lost tribes" bahawa puak Manasseh moden (daripada jurai Nabi Yusuf) menetap di Tanah Melayu. Jikalau hal ini benar, maka ia adalah kegemparan bagi pihak Zionis yang sangat mendambakan puak Manasseh (nyalaan api) sebagai bala tentera akhir zaman yang memihak kepada mereka.
Kebanyakan Manasseh yang berada di Israel sekarang berasal dari utara India, Myanmar dan Thailand. Mereka ditugaskan sebagai anggota keselamatan.
Jadi, kita tidak hairan mengapa para evangelist di Malaysia bersungguh-sungguh hendakkan kalimah "Allah" di dalam al-Kitab untuk terbitan versi Bahasa Melayu. Mereka tahu Jesus akan kembali. Mereka juga tahu Jesus akan bergandingan dengan "ben Yosef" di dalam peperangan Armageddon. Mahu atau tidak, "ben Yosef" mestilah bukan beragama Islam.
Jikalau benar bagai dikata bahawa puak Manasseh itu di Malaysia, maka umat Melayu mesti dimurtadkan. Atau kepimpinan Malaysia mestilah berpihak kepada Jerusalem. Jika tidak, Yeshua (Isa) akan berjuang di pihak Islam di dalam perang Armageddon.
Jikalau benar bagai dikata, maka Manasseh di Tanah Melayu adalah yang paling sophisticated, beragama Islam dan mempunyai raja-raja berdaulat.
Dengan kata lain, terbuktilah Yahudi dan Kristian di pihak yang benar-benar kafir di dalam istilah semua agama dan kepercayaan di seluruh dunia, jika Jesus menyebelahi Islam.
Nampaknya umat Melayu di Malaysia amat liat, degil serta secara terang-terangan membenci Zionis. Mengapa konspirasi dunia sangat marah dengan Malaysia?
Adakah kerana Malaysia bin Yusuf?
-Pendita-

Ahad, Julai 27, 2014

Perutusan Aidilfitri: Pemuda Bani Tamim...Perikatan Muslimin berpusat Tanah Melayu

Ucapan selamat menyambut Aidilfitri 1435 kepada seluruh umat Islam dan teristimewanya anggota PENDITAS!
Tahun ini kita merayakan Aidilfitri dengan beberapa kejadian yang menyayat hati.
Hari ini pintu Syurga mulai menutup, manakala pintu Neraka mulai membuka. Segala iblis dan syaitan akan bebas dari belenggu. Gerbang Hades (sebut: "He-dis") atau dikenali sebagai "the gates of Hades") telahpun membuka, kata golongan Ahli Teori Angkasawan Purba (Ancient Astronaut Theorist) dan ahli paranormal Barat.
Mereka menjangkakan segala macam malapelaka bakal berlaku di dalam tempoh terdekat ini.
Bagi puak Zionis pula, masa semakin suntuk kerana mereka mesti membina Temple of Solomon (Haikal Sulaiman) dengan segera. Ia adalah tempat persemayaman Raja Yahudi akhir zaman. Di mana tapaknya? Tempatnya di tapak Kubah Batu (Dome of Rock).
Masalahnya, jika dirobohkan kubah ini akan menyebabkan kemarahan maksimum umat Islam. Mahu atau tidak Gaza mesti dilumpuhkan. Masalah lain pula ialah Malaysia bikin bingit telinga para pemimpin Zionis di seluruh dunia termasuk wakil mereka di Kuala Lumpur. Dengan itu, Putrajaya mesti dilumpuhkan juga.
Manakala masa semakin suntuk bagi wakil Zionis di Malaysia. Tekanan untuk melumpuhkan Putrajaya makin meningkat gara-gara kontrak pembinaan Temple of Solomon tertunda.
Bermula dengan malapetaka MH370 dan kemuncaknya MH17, di seluruh Malaya mulai memperkatakan tentang sebuah perikatan yang disebut-sebut di dalam hadis-hadis terkenal iaitu: Pemuda Bani Tamim (PBT) serta panji-panjinya.
Perkataan Tamim bermaksud kuat dan padu (kepingan-kepingan besi?).
Di dalam hadis-hadis dinyatakan bahawa keturunan ini bakal menjadi penentang utama terhadap Dajjal al-Masih. Umum mengetahui bahawa keturunan ini bertebaran di seluruh dunia Arab.
Sebaliknya, konsep "Pemuda Bani Tamim adalah perikatan muslimin di Tanah Melayu" lebih popular serta kian diperdebatkan. Ini disebabkan tiada kesepakatan di kalangan orang-orang Tamim Arab di dalam penentangan terhadap Yahudi Zionis.
Tetapi, persaudaraan PBT yang disampaikan Rasullullah SAW adalah dari timur kompas! Iaitu kedudukan timur dari Kaabah. Boleh jadi perikatan ini berpusat di Tanah Melayu. Tiada siapa berani mengatakan iya mahupun menyangkalnya. Namun, tanda-tanda keberanian umat Melayu Islam nyata terang-benderang berbanding umat Islam berbangsa lain.
Jikalau data dari kotak hitam (berwarna oren sebenarnya...) memberi petunjuk telah berlakunya pengkhianatan di pihak Barat terhadap Malaysia, maka tidak menjadi pelik orang-orang Melayu akan bangkit. Misteri MH370 jika terungkai boleh menjadi pemangkin berkibarnya panji-panji hitam di Tanah Melayu. Samada suka atau tidak perikatan Muslimin di Tanah Melayu akan terjadi jua kalaupun bukan yang dimaksudkan Rasulullah SAW.
-Pendita-

Khamis, Julai 17, 2014

Kod CDM 25: Cara Darah Melayu

Pendita tidak perlu ulas panjang lebar kisah saudari Kiki. Semua sedia maklum dengan maklumat yang sangat terperinci.
Cuma Pendita hendak tegaskan di sini bahawa sudah tiba masanya kita berani membela diri mengikut SOP Cara Darah Melayu (CDM).
Kita tidak perlu berbudi-bahasa dan berbaik sangka tak tentu fasal. Apabila sesuatu perkara itu adalah hak maka ikut SOP CDM-25.
Terbaharu: Perdana Menteri Malaysia berunding dengan Alexander Yurevic Borodai - Perdana Menteri Republik Rakyat Donetsk yang berpihak kepada Rusia. Kita berjaya memujuk beliau untuk menyerahkan kotak hitam dan mayat penumpang MH17.
Inilah bukti gred-A bagaimana SOP CDM-25 berjaya diamalkan.
-Pendita-

Isnin, Julai 14, 2014

Don't cry for me Argentina...

Gara-gara para pemain Argentina menyokong Zionis, doa kejayaan daripada umat Islam di Piala Dunia 2014 ini ditujukan kepada pasukan Jerman.
Tatkala orang-orang Islam di Gaza beribadat puasa, tentera-tentera Zionis-Yahudi membedil semahu-boleh untuk menghancurkan apa-apa sahaja yang hidup. Ia direstui oleh kafir di Malaysia apatah lagi di Singapura dan Indonesia.
Kita tahu masyarakat Jerman mempunyai budaya ketelitian yang tinggi. Walaupun mereka sentiasa diaibkan oleh media milik Zionis, kemajuan negara Jerman tetap pada landasan yang sama. Tiada yang kurang malah menunjukkan peningkatan. Segala-galanya tentang Jerman terserlah pada hari ini apabila menjuarai Piala Dunia 2014. Pun begitu, mereka gagal menjuarai keimanan terhadap Allah.
Pada zaman kekhalifahan Islam di Andalusia, bandar Cordova merupakan pusat pendidikan yang ulung di Eropah. Maka berbondong-bondonglah pelajar-pelajar bangsa Eropah Kristian mendaftar untuk mengikuti pengajian di sini. Dari kelompok ini termasuklah para pelajar berbangsa Jerman. Jadi tidak hairanlah selepas jatuhnya kekhalifahan Islam di Andalusia, muncul universiti-universiti terkemuka di merata Eropah.
Disebabkan pelajar-pelajar Jerman ini mewarisi budaya ilmu menurut ajaran Islam yang murni, negara Jerman hari ini sangat berjaya di dalam segala lapangan bersifat duniawi.
Manakala di negara-negara umat Islam Middle-East (Timur Tengah kata depa), mereka hanya mampu memiliki universiti yang juara di dalam bidang hukum-hakam Islam. Maka berbondong-bondonglah pelajar Melayu ke negara-negara berbudaya Arab ini untuk mengikut pengajian tentang hukum-hakam.
Ketika umat Islam di Gaza menggigil ketakutan, ustad-ustad lulusan dari negara-negara berbudaya Arab hanya mampu menyuruh kita membaca Qunut Nazilah. Habis kuat pun mereka mendaftar untuk bersama ISIL di Baghdad. Paling cikai pun mereka bermain api politik bersama-sama kafir harbi.
Jadi negara kita adalah juara dari segi hukum-hakam Islam, dengan itu hudud sangat diperkatakan. Tetapi kita tidak menjuarai lapangan-lapangan lain. Dengan sebab itu pula, kita hanya mampu mengirim wang, ubat-ubatan, makanan, pakaian, doktor-doktor serta diiringi doa ke Gaza.
Don't cry for me Argentina..? How about Brazil?
-Pendita-

Ahad, Jun 29, 2014

Tak semena-mena dan "kununnya" sepanjang Ramadan 2014

Assalamualaikum selamat berpuasa!
Kini tibalah masa untuk kita korbankan segala kehendak naluri demi Allah sang penguasa alam, Dewata Mulia Raya.
Apabila menjelang senja. Orang-orang Melayu berbuka puasa dan sembah-hyang. Amalan nyang, nenek-moyang sejak purbakala lagi. Iaitu sebelum pendakwah Islam syariat nabi Muhammad SAW mendarat di negeri Samudera kuno.
Namun bagi kebanyakan kita, perayaan puasa ini hanyalah budaya Melayu yang diikuti sejak anak-anak di dalam lingkungan budaya setinggan-tinggan, kampung-kampung, flat-flat, perumahan murah, kem-kem, kondo-kondo, banglo-banglo dan istana-istana. Dan gaya baharu, gelandangan.
Maksudnya, masyarakat kita sangat berlainan pembawakannya tetapi berpuasa adalah lumrah yang sama.
Dan ketika ini juga muncul segala macam hadis dan pendapat tentang amalan sedekah. Maka berpusu-pusu orang ramai menyumbang untuk makan-makan bertujuan memberi makan kepada semua orang. Moga-moga amalan mendapat pahala.
Begitu juga dengan madrasah-madrasah swasta. Dahulunya para pentadbir sekolah ini bersusah-payah menghantar surat mohon sumbangan sempena Ramadan. Warkahnya tersusun segala macam hadis dan riwayat yang sangat panjang hanya untuk memberitahu bahawa sedekah di bulan yang mulia ini lebih afdal.
Tak semena-mena semua yang disampaikan itu benar belaka.
Kini mereka menggunakan emel. Maka penuhlah akaun simpan Mudharabah dengan wang sedekah yang kita tidak tahu bagaimana wang sumbangan itu digunakan.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan dakwaan DNA babi di dalam produk coklat. Maka heboh satu Malaya tentangnya, membuatkan NGO-NGO Melayu meradang. Mereka kata kafir mensabotaj, mengkhianati kepercayaan umat Islam.
Di tengahari, ramai dari kalangan umat Islam mulai mengintai-ngintai juadah berbuka puasa di restoran-restoran, hotel-hotel untuk berbuka dengan jumlah yuran yang dikenakan sangat tidak munasabah.
Namun ia tidak menjadi kisah kepada sebilangan mereka kerana menerima voucher atau undangan berbuka daripada taukeh/sivaji/sir, yang kununnya, sebagai tanda thank you.
Kupon-kupon ini dibeli, dengan diskaun yang berbaloi, daripada hotel-hotel yang memiliki sijil halal kepunyaan puak mereka juga. Pasukan memasaknya diketuai oleh chef kapiaq, krew-krew majoriti kapiaq.
Tukang hidang pula dari kalangan Melayu yang sedang menjalani latihan praktikal atau krew-krew bawahan. Jaga kaunter pegawai Melayu. Telefonis tempahan kerani Melayu. Iklan dan promosi di dalam bahasa Melayu. Semua itu sebagai tanda makanan yang dihidangkan, kununnya, toyyiban.
Tak semena-mena segala tentang Melayu adalah OK sepanjang Ramadan.
Tun Mahathir kata, "Melayu mudah lupa."
Pendita kata, "Melayu mudah makan."
Tak mengaku Melayu pula? Kisahnya begini, kununnya apabila sudah berjaya sehingga menjawat JUSA gred A di dalam perkhidmatan awam, "Eh tak...moyang saya asai Gujerat." Atau, asal Kediri, Jawa Tengah. Atau, asal Gowa, Sulawesi.
Ramadan ini orang Melayu berbaik sangka, tidak kisah berbuka dengan orang kafir, tidak pedulikan sunat Tarawih. Mereka kata ini lain. Ini iftar together-gether, we eat till we drop. Oh yes! We can drop the Malayness too.
Penyebabnya adalah, tak lain dan tak bukan demi slogan 1Malaysia, pakatan politik, usahasama perniagaan. Atau, kununnya berdakwah, Islam liberal.
Tak semena-mena amalan nabi Muhammad SAW pupus. Islam tafsiran terbaharu menjadi landasan KPI politik dan perniagaan atau ringkasnya iKPI-2P (Islamic Key Performance Index for Politics and Businesses).
Tak semena-mena seluruh Malaya dilanda kemarau dan jerebu bertimpa-timpa.
Melayu mudah makan?
-Pendita-

Isnin, Februari 24, 2014

Tanetjer...Tanahair

Ta netjer (sebut: ta net tier) memberi maksud "land of the god" atau tanah dewa-dewi. Itulah gelaran yang diberikan oleh bangsa Mesir purba terhadap sebuah tanah yang dihormati iaitu Pwenet atau Punt.
Pwenet adalah sebuah tanah besar yang jauh dari timur lembah Nile. Dahulukala, bangsa ini mengatakan bahawa mereka berasal.."from the south, from a land across the Great Sea." Kata mereka, nenek-moyang kami berasal dari selatan, dari sebuah tanah nun jauh merentasi lautan yang luas.
Ahli sejarah barat sepakat mengatakan Pwenet adalah Somalia.
Semasa sebuah ekspedisi diRaja tiba di Pwenet, pemerintah Pwenet ketika itu adalah Raja Perahu (Prahu) dan Permaisuri Hati (Ati).
Gelaran "Pharaoh" atau Firaun yang kita kenali bermaksud "Great House" atau Mahawangsa, adalah gelaran raja bagi bangsa Mesir purba. Di dalam ramai-ramai raja di dalam dinasti Firaun ini, seorang daripadanya ingkar dengan perintah Allah semasa dakwah nabi Musa AS.
Di Kedah purba, terdapat dinasti raja yang memakai gelaran "Phra Ong" sebelum menganut Islam syariat nabi Muhammad SAW.
Setelah kembalinya ekspedisi tadi ke tanah Mesir, mereka memahat lakaran Pwenet di dinding piramid.
Menariknya, terdapat lakaran yang tidak dapat ditentukan kesahihannya pada dinding di dalam gua Badak, Lenggong, Perak.
Dari darah manakah Raja Tutankhamun?
Perbandingan di antara senibina piramid dan bumbung masjid lama di nusantara. Siapakah para tukang yang mewarisi ilmu senibina piramid itu?
Tanetjer, Tanahair?
-Pendita-

Sabtu, Januari 25, 2014

The Malaysian winter: ....walaupun terpaksa merangkak di atas salji

Assalamualaikum...!
Di antara isu terbesar yang dibincangkan sekarang adalah tentang suhu persekitaran yang ganjil. Apa tidaknya, apabila hendak saja mandi di pagi subuh, airnya sejuk bukan kepalang.
Ketika sedang Pendita menulis artikel ini, suhu tempatan adalah 24 darjah Celcius. Dinginlah juga walaupun tidak sedingin di Kuala Krai, Kelantan hinggakan santan membeku. Sedang Pendita menulis ini pun suhu tempatan di Kuala Krai adalah 20 darjah Celcius.
Sebab-musababnya sudah tentulah berpunca dari musim sejuk (winter) di negara China. Iaitu angin dari Negara Tengah ini membawa hawa dingin yang berlebihan sehingga sampai ke Batang Berjuntai, Selangor. Fenomena angin bertiup dari tanah besar ini berulang sejak azali lagi. Tetapi kali yang ini sangat ganjil.
Ada orang memperli bahawa fenomena pelik itu tentu akan dikaitkan dengan agama. Apakah maksud mereka? Apakah yang disampaikan melalui Nabi Muhammad SAW itu karut?
Dahulu, Pendita kurang pasti apakah yang dimaksudkan di dalam hadis Nabi SAW dengan frasa, "...walaupun terpaksa merangkak di atas salji."
Berikut adalah hadisnya:
Dari Sauban RA katanya Rasulullah SAW bersabda,
“Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.”
Kita tidak tahu mengapa Nabi SAW menggunakan perumpamaan yang janggal di kawasan yang dikelilingi padang pasir yang panas. Adakah ia adalah perumpamaan atau ia memang akan berlaku sedemikian?
Kita pasti setiap bait di dalam kata-kata Nabi SAW adalah dari perkataan-perkataan yang terpilih. Baginda bukan bercakap seperti orang-orang politik kampungan.
Semasa Pendita mengaji di luar negara, winter-nya sesangat sejuk mencengkam. Memang sangat tidak selesa. Ketika musim ini semua orang bertukar personaliti iaitu menjadi pendiam serta kurang bergaul. Jadi, musim ini bolehlah dianggap sedikit aman dari percakapan. Sebab itulah ada pepatah orang putih, "to leave someone out in the cold."
Jangankan hendak merangkak di atas salji, hendak keluar rumah pun tak mahu. Jadi, kita boleh faham hadis di atas bahawa untuk mengumpul pasukan panji hitam bukanlah semudah himpunan protes jalanan seperti yang berlaku di kotaraya Bangkok.
Hanya golongan yang padu dalamannya yang akan berjaya mengucapkan sumpah taat setia kepada kepimpinan panji hitam. Dengan maksud lain, hanya beberapa kerat sahaja yang terkumpul.
Apakah akan ada salji di Timur ini? Ya, terang-terangan ada. Alang-alang mencari Timur biarlah hingga ke hujungnya iaitu sehingga tiada lagi daratan. Di China! Boleh jadikah panji hitam dari China? Ya, boleh jadi. Tiada siapa pun pasti.
Sebaliknya, ada ramai berpendapat bahawa panji hitam muncul di Asia Tenggara. Tetapi Tenggara, bukannya Timur tepat. Apakah Nabi SAW tidak dapat membedakan di antara Timur dan Tenggara?
Bangsa yang menguasai pasukan panji hitam ini mempunyai hati bak, "kepingan-kepingan besi." Apakah sifat-sifat besi tulen? Padu, keras, boleh dilentur, boleh dibentuk, tidak rapuh, mudah berkarat, mudah digilap. Adakah bangsa di tanah besar China bersifat demikian, walaupun Muslim?
Siapakah puak misteri yang sedemikian rupa, yang mengenakan fabrik hitam?
Kini timbul isu medan kutub utara dan selatan beralih tempat. Dan tahun-tahun kebelakangan ini majlis agama Islam tempatan kerap membuat penetapan semula Kiblat di setiap masjid dan surau berdaftar.
Menurut sumber Jabatan Mufti Selangor (negeri yang merelakan kalimah Allah), arah Kiblat terkini adalah 292 darjah 35 minit 25 saat bagi kawasan Shah Alam. Jikalau arah Kiblat bertepatan dengan 270 darjah, maka Shah Alam berkedudukan Timur tepat dari arah Kiblat!
-Pendita-

Selasa, Januari 14, 2014

Selamat Maulid Rasul

Puji-pujian ke atas Rasullullah Muhammad SAW.
Kita sangat keseorangan mengikut skop keagamaan. Manakan tidak? Pada masa Nabi SAW hidup, para-para sahabat dan orang-orang kampung boleh mengadu kepada baginda. Sikit-sikit jumpa Nabi. Dan mereka mendapat segala jawapan umpama transaksi online banking.
Hari ini kita mengharapkan para-para alim. Mereka pula mempunyai latar belakang yang pelbagai. Jawapan yang diberikan adakalanya mengelirukan bagi orang-orang awam. Akhirnya, masing-masing mendalami ugama secara online. Dan akhirnya, datanglah pihak-pihak yang membawa pandangan yang makin mengelirukan.
Maka, si tua Andrew berkata kalimat Allah sesuai di dalam ajaran Kristian Katolik. Maka, sebilangan budak-budak dan orang-orang tua Melayu bersetuju. Ini adalah peristiwa yang paling pelik di Tanah Melayu.
If the Christians believe in Allah, what about Muhammad PBUH (peace be upon him)? If Andrew insists on Allah, he must also insist on Muhammad PBUH. Allah the father and Jesus the son? Like Zeus and Hercules? Oh! Please.
Kalaulah kemaruk sangat puak Katolik dengan kalimat Allah. Pendita kata boleh. 1) Sekarang, masuk Jawi dan bersunat atau 2) kemudian, apabila Jesus sudah mendarat di bumi.
Apabila Nabi Isa AS sudah menampakkan dirinya, si tua Andrew dan semua Kristian di dunia bolehlah mengadu kepada Nabi tentang kalimat Allah dan bagaimana umat Melayu Islam di Malaysia menganiaya mereka. Nanti baginda segera menjawab serta menghukum umat Melayu Islam dan Raja-Raja mereka.
Bagi puak Melayu Islam yang sangat bersetongkol dengan Katolik Herald ini, semak semula pandangan anda terutamanya bagi situasi di Malaya. Jikalau dibandingkan dengan suasana dan sejarah di tempat dan era lain, maka anda telah memilih untuk mengiyakan istilah pasangan Allah-Jesus atau father-son. Jika istilah pasangan ini disetujukan di dalam lubuk hati yang dalam, bagaimana pula dengan syadah?
Ucapan salam kepada Rasullah SAW.
-Pendita-

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...