Isnin, November 04, 2013

Ucapan tahun baharu 1435 H

Pendita ingin mengucapkan selamat tahun baharu umat Islam 1435. Moga-moga tahun ini umat Islam tidak ditimpa "tangga" berulang-ulang kali. Di Malaysia, Islam jadi bahan debat orang-orang kafir. Di negara ini juga umat Islam terkial-kial mencari kehidupan yang tenang. Apa lagi yang boleh diharapkan melainkan bersimpuh menadah tangan ke langit seperti pasrahnya lakonan di dalam drama-drama Melayu di TV3? Oh tidak! Muslimin dan muslimat sejati tidak selemah itu. Sudah tentu kita tahu kisah nabi Adam A.S. bagaimana segala malaikat diarahkan tunduk. Bagaimana pula sealim-alim malaikat perlu tunduk kepada manusia yang baru diciptakan? Ia adalah tentang roh dan akal serta keilmuan. Sekarang perlukah malaikat dan iblis tunduk lagi kepada manusia? Atau apakah akan terjadi kepada manusia yang lemah roh, akal dan keilmuan. Jawapannya mudah sahaja. Lihatlah umat Muhammad anak-cucu Nabi Adam yang serba lemah itu. Manusia muslimin dan muslimat kategori ini menjadi hamba kepada segala sesuatu. Lebih nyata lagi mereka menjadi hamba kepada manusia kafir laknat. Jadi, apakah rancangan anda untuk tahun baharu ini? Pendita harap yang terbaik! Tahun 1435, kita kembali kepada fitrah asal manusia--makhluk tercanggih ciptaan Allah! Sekian.-Pendita-

2 ulasan:

  1. Salama,
    Di mana kelebihan Adam? Semasa di masukkan nyawa ke tubuhnya maka terpancar nur nabi dari dahinya seumpama bulan purnama. Malaikat sujud kerana nur inilah menunjukkan kelebihannya berbanding malaikat dan pakaian nurlah sebaik2 pakaian. Kita ini bukan berasal dari bumi tetapi bertempat di langit sebelum di turunkan ke bumi. Asal ruh kita dari nur jadi fitrah kejadian kita adalah kembali kepada kejadian asal kita. Sesiapa yg mendpt nur dirinya maka selamatlah dia dunia akhirat.
    Hamba pelik melihat ustaz Asri yg menyatakan bhw nur nabi itu dari hadis palsu dan hanya ada dlm kitab jawi. Jika itulah jawapannya, jelaslah beliau tidak memahami ilmu tasauf kerana bukankah awal agama itu mengenal tuhan dan mengenal tuhan itu maka mengenal diri. Jika seorg ustaz tidak mengetahui asal dirinya maka mustahil menjadi petunjuk kpd manusia malah lebih menyesatkan manusia. Seseorang yang tidak memiliki mustahil menunjuki. Semoga kita sentiasa berjalan di dalam nur petunjuk tuhan dan berupaya menakluk dunia sebagai khalifahnya di muka bumi.

    BalasPadam
  2. Wsalam, maka itulah pendapat tuan al-Mahadaya. Pendita tiada ulasan lanjut kerana peristiwa nabi Adam sangat ter-rahsia. Rujukan kita sangat terhad. Pendita tidak dapat membayangkan bagaimana nabi Adam AS mengikuti kelas tutorial tentang segala ilmu semasa di langit.

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...