Sabtu, November 26, 2011

Selamat Tahun Baharu 1433

Selamat Tahun Baharu 1433!
Tahun lepas Pendita ada membincangkan soal tahun 1432 iaitu jika dikira hasiltambah ia bersamaan dengan 10 tahun "selepas sesuatu" peristiwa. Lihat artikel Pendita (Sekarang dan surah al-Kahfi, Oktober 2010) dan (Tanah pusaka rahsia Allah, November 2010).
Pada 2 haribulan 1433 (jam 8:45PM) sesuatu pasti berlaku di Bukit Jalil. Peristiwa tersebut bakal memperkenalkan pemuda-pemuda Bani Jawi kepada dunia di dalam perlawanan bolasepak kelayakan Olimpik 2012. Pada hari pertama selepas "10 tahun" pemuda-pemuda ini diperkenalkan melalui sukan yang menampilkan simulasi pertempuran.
Kami perkenalkan, inilah dia sampel kecil pemuda-pemuda Bani Jawi. Kenali mereka, kerana mereka bakal memimpin dunia. Merekalah juga punca pemuda-pemuda Timur dari seluruh Asia Tenggara. Kebangkitan Timur bakal bermula di banjaran Titiwangsa. Ia akan menjalar sehingga ke Himalaya. Seterusnya ke Khurasan. Akhirnya, bertumpu di Makkah.
Sekian.

1 ulasan:

  1. Pendita katakan bahawa sesuatu akan berlaku pada hari pertandingan. Akhirnya, berlaku jua...Harimau Muda kita aib entah apa sebabnya. Nikmat juara kita ditarik Allah dalam masa 6 minit. Semoga kita dapat pelajaran daripada peristiwa ini.

    BalasPadam

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...