Isnin, November 28, 2011

Harimau Muda berjuang dengan baik

Pasukan Harimau Muda tidak dapat ke London pada 2012.
Namun, Pendita bangga dengan daya saing yang ditunjukkan oleh pemain kita.
Selalunya, pasukan lawan yang terdesak akan mula bermain secara ganas. Tujuannya untuk mewujudkan suasana gerun di kalangan pemain kita. Hasilnya, ramai yang cedera. Kita faham bahawa mereka mesti dikeluarkan atau kemudian diberi waktu untuk berehat. Pasukan lawan mula bermain rancak apabila mereka nampak pemain kita terhinjut-hinjut. Trend yang sama kita telah lihat ketika pasukan kita menentang sang Garuda muda.
Isu stamina telah kita selesaikan. Sekarang tiba waktunya kita selesaikan isu samseng atas padang.
Di dalam sebuah artikel Pendita dahulu, ada dinyatakan bahawa kita memerlukan pemain seperti Zainal Abidin Hassan. Kenapa begitu? Lihat saja susuk tubuh negro beliau yang sasa serta mampu menggerunkan pemain lawan. Begitu juga dengan Santokh Singh.
Sekarang lihat pemain-pemain handalan kita. Kebanyakannya kecik dan kuruih. Kenapa Pendita perlecehkan mereka? Tidak, ini bukan fasal leceh. Lihat lagi, di dalam semua pemain kita siapa yang steady tanpa kecederaan serius?
Jawapannya ialah: Mahali Jasuli.
Perhatikan susuk tubuh beliau yang sasa dan padu. Jadi, kita jangan melenting apabila Tuan Ong Kim Swee meletakkan Fakri dan Thamil di dalam padang. Salah satu tujuannya adalah untuk meletakkan Abang Long di dalam padang. Ya, mereka mungkin berfungsi sebagai samseng padang.
Mereka mungkin bertanya, Kenapa Pendita berfikiran ganas? Mudah, jika tidak lihat siapa yang terhinjut-hinjut cedera. Ya, kita perlukan lebih ramai Abang Long di dalam padang.
Semasa pertandingan Piala Malaysia yang lepas, Coach pasukan yang tewas pernah mengatakan faktor Hai-O (Hairudin Omar) yang digeruni oleh pemain pasukan yang dipimpin beliau. Perhatikan lagi susuk tubuh Hai-O dan penampilan botak beliau.
Dengan itu, isu samseng padang adalah benar, terang lagi bersuluh. Kalau tak percaya, saksikan video perlawanan lepas di You-Tube.
FAM sila ambil nota dan peduli.
Sedangkan dahulu, Raja-Raja kita mengutus warkah kepada saudara Bugis di Udjung Pandang untuk meminjam pahlawan perkasa "samseng nusantara" untuk menyelesaikan isu politik di semenanjung.
Artikel Pendita kali ini bertujuan untuk menyampaikan ramuan azimat kepada para pemain negara termasuk yang sekecil-kecilnya pemain junior hingga ke setua-tuanya pemain senior.
Inilah azimat untuk pemain Melayu: a) Darah anda darah pahlawan. Justeru, urat dawai tulang besi kerangka tubuh anda. b) Minda anda minda bijaksana. Demikian, otak geliga licik sang Kancil pemikiran anda. c) Maruah anda pantang dicabar. Lantas, jika dicabar maka amuk. d) Budaya anda halus. Justeru, musuh dihormati e) Jiwa anda mulia. Maka, bermain helah bukan menipu.
Inilah ramuan untuk pemain Melayu: a) Jika anda belum tahu bersilat. Belajar silat tua secara peribadi dan rahasia. Ambil pelajaran tapak empat dan tapak tiga dan mahirkan ia semahir-mahirnya. b) Ambil pelajaran senaman tua. Bersenam secara peribadi dan rahasia. Senaman Harimau jangan dilupakan kerana anda mewakili Harimau Malaya. c) Ambil pelajaran mandi embun supaya urat anda lebih kuat. Amalkan secara peribadi dan rahasia. d) Luangkan masa sendirian untuk mendengar keluhan daripada anggota tubuh badan anda. Berkenalan dengan diri sendiri. Sayang diri sendiri. Maafkan diri sendiri. e) Kawal roh anda dan terbang kedalam tubuh sendiri dari kepala kepada hingga ke ibu jari kaki dan kembali semula.
Sempena cuti ini, pulanglah ke kampung dan berguru dengan orang tua di hujung kampung itu.
Kenapa Pendita suruh rahasia perkara ini? Kerana orang FAM tak reti benda-benda macam ini.
Sekian.

Sabtu, November 26, 2011

Selamat Tahun Baharu 1433

Selamat Tahun Baharu 1433!
Tahun lepas Pendita ada membincangkan soal tahun 1432 iaitu jika dikira hasiltambah ia bersamaan dengan 10 tahun "selepas sesuatu" peristiwa. Lihat artikel Pendita (Sekarang dan surah al-Kahfi, Oktober 2010) dan (Tanah pusaka rahsia Allah, November 2010).
Pada 2 haribulan 1433 (jam 8:45PM) sesuatu pasti berlaku di Bukit Jalil. Peristiwa tersebut bakal memperkenalkan pemuda-pemuda Bani Jawi kepada dunia di dalam perlawanan bolasepak kelayakan Olimpik 2012. Pada hari pertama selepas "10 tahun" pemuda-pemuda ini diperkenalkan melalui sukan yang menampilkan simulasi pertempuran.
Kami perkenalkan, inilah dia sampel kecil pemuda-pemuda Bani Jawi. Kenali mereka, kerana mereka bakal memimpin dunia. Merekalah juga punca pemuda-pemuda Timur dari seluruh Asia Tenggara. Kebangkitan Timur bakal bermula di banjaran Titiwangsa. Ia akan menjalar sehingga ke Himalaya. Seterusnya ke Khurasan. Akhirnya, bertumpu di Makkah.
Sekian.

Selasa, November 22, 2011

Harimau Muda Hebat!

Ya, anak-anak Harimau Muda memang hebat! Mereka berjaya mematahkan sayap sang Garuda muda. Itulah balasan kepada penyokong sang Garuda yang angkuh. Pengajaran bagi kita pula jangan menghina orang.
Ucapan tahniah daripada Pendita!
Inilah contoh moden betapa semangat dan usaha saling berkaitan. Bagi anak-anak muda kita yang masih leka, lihat dan ambil contoh perjuangan ini. Walaupun ia hanya sukan, tetapi intipatinya adalah perjuangan membela maruah diri, agama, bangsa dan negara.
Malaysia..TANAH TUMPAHNYA DARAHKU.
Sekian.

Sabtu, November 05, 2011

Salam Aidil-Adha

Selamat Hari Raya Haji..ini ungkapan mudah bagi sesama kita. Dan lebih selesa diucapkan daripada patah perkataan Arab. Seperti juga Hari Raya Puasa. Pendita nampak ungkapan-ucapan tempatan seperti hendak dihapuskan oleh pemuda-pemuda 'alim' yang mendapat pendidikan di tanah Arab. Bagi mereka perkataan seperti 'sembahyang', 'surau', 'buka puasa' mestilah dihapus serta diganti dengan 'solat', 'musolah', 'iftar'.
Sejak purbakala, orang-orang Melayu sudah faham tentang ketuhanan. Istilah-istilah agama ini sudah lama sebati. Istilah 'svarga' dan 'naraka' dalam sanskrit sangat sebati dengan orang-orang Melayu. Mereka sudah lama faham. Apabila orang-orang alim tulen mendakwah di sini dahulukala, tidak timbul soal menukar istilah. Tetapi, pemuda-pemuda Melayu yang mendapat pendidikan di Madina dan Misri contohnya suka benar membuang budaya Melayu sehinggakan kini orang-orang kampung hilang jatidiri.
Akhirnya, mereka anggap budaya Melayu itu darjatnya rendah-rendah saja. Esok kita lihat berapa ramai lelaki-lelaki Melayu berpakaian lengkap baju Melayu ke masjid-masjid bersembahyang sunat hari raya. Pendita pasti, mereka akan berpakaian selekeh dengan fesyen pakaian entah apa-apa dengan kopiah pelbagai rekacipta. Pakailah baju Melayu lengkap. Ia segak bergaya, menampakkan kegagahan lelaki Melayu. Maka gagahlah mereka dengan agamanya.
Malang sekali, ada sebuah parti politik 'alim tak tentu fasal' ini membuang budaya ibu-bapanya ke dalam lubang yang gelap lagi dalam. Budaya ibu-bapanya itu mempertahan, membela, hingga bermandi darah serta renyuk tulang-belulangnya dilupakan begitu saja. Budaya ibu-bapanya meletakkan agama nombor satu, memberi tempat berteduh kepada golongan 'syed' dan 'syarifah'. Malang sekali lagi, golongan 'syed' dan 'syarifah' ini juga memandang budaya yang membela mereka itu rendah-rendah saja. Tetapi demi keuntungan diri dan survival mereka menumpang budaya Melayu.
Budaya Melayu dihentam, ditekan keliling pinggang. Walau teruk mana sekalipun dihina bangsa ini, Islam tetap nombor satu didalam budayanya. Di hujung paling Timur dunia, Islam berkuasa beralaskan budaya Melayu. Membuang budaya Melayu, Islam di hujung benua ini juga akan kelam dan malap. Itulah syarat ganjil di sini.
Selamat Hari Raya Haji
-Sekian.

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...