Sabtu, Ogos 18, 2012

Salam Aidilfitri 1433H

Kini tibalah masanya kita berhati gembira di hari raya...
Ucapan Selamat Hari Raya Puasa kepada anggota Penditas serta para pengunjung muslimin!
Alangkah beruntungnya Aidilfitri kali ini. Terhindar kita dari bala yang Pendita tilik di dalam artikel "Malapetaka 2012" yang lepas.
Di dalam kita menikmati juadah, apakah pula juadah saudara kita Rohingya dan Syria? Sehingga hari ini, nasib kita memang selalu baik.
Apa yang selalu kita boleh buat jika tidak sekadar memberi, mengutip, menyampai derma kepada mereka? Hanya itu kederat kita.
Salam Aidilfitri 1433H.
-Pendita-

Ahad, Julai 22, 2012

BOM Nephi 2:21-24

1 Nephi 2:21
21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu.
1 Nephi 2:22
22 Dan sesungguhnya dirimu dan keturunanmu akan aku jadikan sebagai penguasa dan pendita selagi engkau mentaati perintahku.
1 Nephi 2:23
23 Demi sesungguhnya, apabila mereka membantahku, aku (Tuhan) akan menyumpah mereka dengan sumpahan keras dan mereka tiada daya menguasaimu dan keturunanmu melainkan mereka hanya membantahku sahaja.
1 Nephi 2:24
24 Dan jikalau mereka tetap membantahku, mereka akan menjadi bebanan terhadap keturunanmu, jadikan kenangan silam sebagai jalan untuk menyedarkan mereka.

Jumaat, Julai 20, 2012

Ramadhan 1433

Ucapan salam Ramadhan yang mulia kepada anggota Penditas dan para pengunjung muslimin.
Sempena Ramadhan ini Pendita mengajak semua untuk menyemak semula amal perbuatan selama ini. Pemurnian diri dan jiwa bermula sekarang.
Kita difitnah dengan segala macam amalan-amalan yang kunun-nya dari ajaran Islam. Bagi orang biasa, mereka hanya mengikut. Malang, jika ikutan mereka itu bukanlah daripada ajaran Nabi Muhammad saw.
Kita mungkin sempat untuk mendapatkan ajaran Islam yang tulen lagi suci daripada seorang nabi. Kali ini, tiada lagi mazhab atau salafi atau wahabi atau apa-apa ajaran tarekat yang pelik-pelik.
Ya, benar! Kita mungkin sempat menikmati ajaran Islam super-tulen daripada seorang nabi yang memang dijanjikan untuk membawa kembali Islam original ajaran Muhammad saw.
"Dan tatkala putera Maryam (Isa) dijadikan perumpamaan tiba-tiba kaummu (Quraisy) bersorak kerananya. Dan mereka berkata, 'Manakah yang lebih baik, Tuhan-tuhan mereka atau dia (Isa)?' Mereka tidak membezakan perumpamaan itu kepadamu melainkan dengan maksud membantah saja sebenarnya mereka adalah kaum yang suka bertengkar. Isa tidak lain hanyalah seorang hamba yang Kami berikan kepadanya nikmat (kenabian) dan Kami jadikan dia sebagai tanda bukti (kekuasaan Allah) untuk Bani Israil. Dan kalau Kami kehendaki, benar-benar Kami jadikan sebagai gantimu di muka bumi malaikat-malaikat yang turun- temurun. Dan sesungguhnya Isa itu benar-benar memberikan pengetahuan tentang hari kiamat itu dan ikutilah Aku. Inilah jalan yang lurus." (az-Zukhruf, ayat 57-61).
Nabi Isa as.
Ya, nabi Isa akan hadir membantu kita yang ter-jepit di akhir zaman ini. Ketika itu kita boleh berbangga dan menarik nafas panjang kerana Islam kita adalah yang original. Tanpa ragu-ragu untuk beramal ibadat dengan tunjuk-ajar dari nabi kita ini. Baginda akan menyampai semula ajaran Muhammad rasullullah yang agung. Selamat tinggal khurafat, parti politik dan segala macam ajaran songsang.
Ramadhan 1433 yang mulia.

Khamis, Julai 19, 2012

BOM Nephi 2:10-20

1 Nephi 2:11
11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel tidak puas hati terhadap bapaku, kerana dia seorang yang diberikan ilham dan membawa mereka keluar dari Baitul Magdis, meninggalkan segala harta dan tanah pusaka, dan sehelai sepinggang di tanah tiada berpenghuni. Dan segala perintah bapaku mereka anggap bodoh.
1 Nephi 12
12 Dan abangku si Laman dan si Lemual merungut sebab tidak beriman dengan perintah Tuhan yang mencipta mereka.
1 Nephi 13
13 Mereka tidak percaya akan ramalan oleh para nabi bahawa kota Baitul Magdis yang kukuh dan hebat itu akan musnah. Dan mereka sependapat dengan Yahudi di Baitul Magdis supaya diambil nyawa bapaku.
1 Nephi 2:14
Dan telah berlaku bapaku menasihati mereka di lembah Lemuel, dengan kekuatan roh bapaku, mereka menggeletar ketakutan di hadapannya. Dan bapaku telah memalukan mereka, dan mereka tidak lagi berani membantah bapaku, mereka taat kepada perintah bapaku.
1 Nephi 2:15
15 Dan bapaku duduk di dalam khemah.
1 Nephi 2:16
16 Dan telah berlaku aku, Nephi, dengan usia muda tetapi mempunyai tubuh badan yang besar, dan sangat ingin mengetahui rahsia Tuhan, maka aku merintih doa kepada Tuhan; sesungguhnya Tuhanku bertemu denganku dan peristiwa ini memberi ketenangan kepada diriku, dan aku percaya segala kata-kata bapaku serta taat pada perintahnya, dan aku tidak seperti abangku yang membantahnya.
1 Nephi 2:17
17 Aku telah berbual dengan Sam sambil menceritakan apa yang telah berlaku kepada diriku semasa Tuhan bertemuku melalui roh suci. Dan Sam percaya ceritaku itu. 1 Nephi 2:18
18 Namun sesungguhnya, si Laman dan si Lemuel tidak percaya dan peduli akan ceritaku itu; dan tersinggung dengan sikap mereka, aku mengadu kepada Tuhan.
1 Nephi 1:19
19 Dan telah berlaku Tuhan berkata kepadaku: Rahmat terhadapmu, Nephi, kerana engkau beriman kepadaku, dan engkau sabar serta merendah diri.
1 Nephi 1:20
20 Dan selagi engkau taat terhadap perintahku, engkau akan dirahmati, dan akan dibawa ke tanah yang aku janjikan; ya, sebuah tanah yang aku sediakan buatmu; ya, tanah yang terbaik dari segala tanah.

Rabu, Julai 11, 2012

BOM Nephi 2:1-10

1 Nephi 2 Bab 2
1 Nephi 2:1
1 Bahawasanya, telah berlaku bapaku bermimpi bahawa Tuhan berkata: Rahmat keatasmu Lehi, kerana baktimu; dan kerana engkau tetap dengan imanmu dan menyampaikan risalahku kepada kaummu, sesungguhnya mereka hendak mengambil nyawamu.
1 Nephi 2:2
2 Dan telah berlaku bahawa bapaku bermimpi Tuhan menyuruhnya membawa segala isi keluarga ke tempat yang tidak berpenghuni.
1 Nephi 2:3
3 Dan telah berlaku bahawa bapaku mentaati perintah Tuhan, maka dia menuruti apa yang diperintahkan.
1 Nephi 2:4
4 Dan telah berlaku bapaku bergerak ke kawasan yang tiada berpenghuni.
1 Nephi 2:5
5 Dan dia tiba di kawasan berdekatan dengan pantai laut Merah; dan dia mengembara bersama keluarga, termasuk ibuku, Sariah dan abangku Laman, Lemuel dan Sam.
1 Nephi 2:6
6 Dan telah berlaku setelah tiga hari perjalanan di tempat yang tiada berpenghuni, bapaku memasang khemah di lembah berdekatan sebatang sungai.
1 Nephi 2:7
7 Dan telah berlaku bapaku membina tempat beribadat dari batu-batuan, dan menyediakan korban sebagai tanda syukur terhadap Tuhan.
1 Nephi 2:8
8 Dan telah berlaku bahawa bapaku menamakan sungai itu sebagai Laman, airnya mengalir ke laut Merah; dan lembah itu terletak hampir kuala.
1 Nephi 2:9
9 Dan apabila bapaku melihat aliran air ke laut Merah, dia berkata kepada Laman: O engkau mestilah bersifat kuat seperti sungai ini, tetap dengan alirannya ke dalam limpahan kebenaran.
1 Nephi 2:10
10 Dan bapaku berkata kepada Lemual: O engkau mestilah bersifat kuat seperti lembah ini, kukuh dan padu, dan tetap pada pendirianmu di dalam mentaati perintah Tuhan!
Diterjemah oleh Joseph Smith, Junior.
Terjemahan Bahasa Melayu: Pendita Ahmad
Panduan muslim: Ucap dua kalimah syahadat

Selasa, Julai 10, 2012

BOM Nephi 1:11-20

1 Nephi 1:11
11 Dan mereka turun ke bumi; malaikat yang pertama berdiri di depan bapaku lantas menyerahkan sebuah kitab untuk dibaca.
1 Nephi 1:12
12 Dan telah berlaku bahawa bapaku membaca kitab itu dengan ilham Tuhan.
1 Nephi 1:13
13 Dan bapaku berkata: Wo, wo, demi Baitul Magdis, aku telah menyaksikan kecelakaanmu! Ya, dan beberapa perkara yang bapaku ketahui mengenai Baitul Magdis bahawa ia akan musnah dengan segala penduduknya, musnah melalui mata pedang dan kebanyakkannya menjadi tawanan perang dan dibawa ke Babil.
1 Nephi 1:14
14 Dan telah berlaku apabila bapaku telah mendapat pengetahuan tentang perkara yang hebat, dan dia megucap panjang terhadap Tuhan dengan kata-kata: Segala kebesaranmu wahai Tuhan! Sesungguhnya takhtamu di Langit dan kekuasaanmu, kasih-sayangmu, belas ehsanmu mencakupi segala makhluk di bumi, dan kerana engkau maha pengampun, engkau tidak akan menyeksa golongan yang mendatangimu!
1 Nephi 1:15
15 Dan setelah bapamu memuji Tuhan dengan perkataannya; bapaku berasa tenang dan gembira kerana Tuhan telah membuka tabir kebesarannya.
1 Nephi 1:16
16 Dan kini aku, Nephi, tidak menceritakan kesemuanya tentang pengalaman bapaku, apa yang dia tulis tentang kesaksiannya melalui mimpi dan kasyaf; dan dia juga menulis tentang beberapa perkara ramalan dan apa yang diberitahu kepada anak-anaknya, kesemua itu tidak aku ceritakan.
1 Nephi 1:17
17 Tetapi aku akan menceritakan tentang pengalamanku. Demi sesungguhnya, aku mengambil secebis daripada rekod bapaku yang ditulis pada kepingan plat dan aku salin pada kepingan platku; maka apabila selesai kisah bapaku, aku menceritakan pula kisahku.
1 Nephi 1:18
18 Demikian itu, kalian tahu bahawa Tuhan telah membuka tabir kebesarannya kepada bapaku, Lehi, ya, mengenai kemusnahan Baitul Magdis; demi sesungguhnya bapaku memberi khutbah kepada penduduk Baitul Magdis tentang ramalan itu.
1 Nephi 1:19
19 Dan telah berlaku bahawa orang-orang Yahudi mentertawakan bapaku kerana dia membuka pekung tentang kemungkaran mereka; dan sesungguhnya ramalan yang ditunjukkan kepadanya daripada kitab itu; meramalkan kedatangan seorang Pembela yang akan menyelamatkan dunia.
1 Nephi 1:20
20 Dan apabila orang-orang Yahudi mendengarnya, mereka menjadi berang terhadap bapaku; ya, sepertimana mereka lakukan dahulu terhadap nabi-nabi mereka, dihalau, disisihkan, direjam dengan batu, dibunuh; dan mereka cuba mengambil nyawa bapaku. Demi sesungguhnya, aku, Nephi, menjadi saksi betapa kasihnya Tuhan terhadap orang-orang pilihan, kerana iman mereka mendapat kekuatan mengatasi golongan yang mungkar.
Diterjemah oleh Joseph Smith, Junior.
Terjemahan Bahasa Melayu: Pendita Ahmad
Panduan muslim: Ucap dua kalimah syahadat

Imam Mahdi...? Oh! Tidak

Ucapan salam.
Kita dikejutkan dengan peristiwa 'Imam Mahdi' yang menyerang di JPM baru-baru ini. Pendita ucap takziah kepada keluarga Jaya Negara. Semoga rohnya diterima Allah.
Perjuangan untuk menegakkan 'Islam' bukan mudah. Ramai yang berharap Imam Mahdi segera keluar supaya segala kemungkaran dapat dihapuskan. Namun, ia tidak semudah yang disangka. Jikalau tersalah berjuang mungkin apa yang diperjuangkan itu sia-sia belaka.
Perkara Imam Mahdi sangat rumit. Mungkin beberapa individu yang tahu dan sedang memantau perihal imam ini. Secara umum, tiada siapa yang tahu blueprint sebenar Imam Mahdi. Sedangkan imam itu sendiri tidak tahu bahawa dia adalah orangnya!
Tip mengenalpasti bahawa telah munculnya imam ini sangat mudah. Tunggu saja pengumuman suara dari langit. Apabila pengumuman telah kedengaran, maka benarlah imam telah dilantik. Anda mahu berbaiat? Ada berani?
Sekarang tiada apa-apa pengumuman. Jadi, jangan mengada-ngada cari fasal sana sini. Teruskan hidup dengan amal perbuatan yang baik-baik belaka.

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...