Jumaat, Jun 25, 2010

Sungai misteri Tanah Melayu

Assalamualaikum!

Pendita masih tertanya-tanya tentang sebuah sungai yang merentasi semananjung Melaka pada abab ke-16 sepertimana yang terlihat pada peta-peta di bawah ini.





Peta pertama dicetak pada 1572 oleh Ignazio Danti, manakala yang kedua pada 1606 oleh Jodocus Hondius. Hondius menamakan sungai itu sebagai R Fermoso. Mengikut peta Danti, kota Melaka terletak sedikit ke darat hampir dengan banjaran Titiwangsa, dekat gunung Ledang.

Mengikut andaian Pendita, ia sekitar Gemas atau Segamat. Pernah suatu ketika beberapa orang telah melakukan penerbangan melalui ruang udara hutan Endau-Rompin terlihat sebuah kota lama seolah-olah dijaga orang.

Misteri bigfoot di Endau-Rompin memang sudah diketahui ramai. Dikatakan Yeti menjaga Shangri-La di Himalaya, bigfoot Malaya mungkin ditugaskan menjaga kota ini. Lagipun banjaran Titiwangsa bersambung dengan Himalaya.

Adat Melayu, rajanya bersemayam di istana hulu di sungai. Jarang-jarang istana raja-raja Melayu di kuala sungai. Kalau pun ada istana kecil di kuala sungai, ia milik Temenggong atau Laksamana. Jadi tak mungkin raja Melaka berperang dengan Portugis di kuala sungai Melaka melainkan Temenggong kerana Laksamana Melaka tiada di pelabuhan ketika itu. Gambar di bawah adalah kota Portugis di Banda Hilir ketika diserang Aceh. Tetapi disitu bukanlah kota Melaka milik Melayu.







Gambar di bawah ialah kota Palembang pada abad ke-17. Ia seperti di kuala sungai. Jikalau tuan-tuan dan puan-puan ada maklumat tentang misteri kota Melaka yang masih buntu ini mohon dikongsi. Jikalau kita hanya bergantung kepada diari Munsyi Abdullah mungkin maklumat penuh tidak diperolehi.





Sekian.

Khamis, Jun 03, 2010

Cerdas akal: Khasiat kepala ikan

Semalam isteri Pendita membawa pulang sekotak keropok lekor. Pendita bukanlah peminat keropok lekor dan kurang juga memakannya. Di negeri Terengganu ini keropok lekor adalah sajian biasa untuk sarapan dan juga pada bila-bila masa untuk minum ringan.

Di negeri Melaka pula, jamuan ringan selalunya mee goreng atau pisang goreng bercelup kicap. Bercerita tentang menu ini, pakar bahasa kurang senang dengan istilah 'goreng pisang' seperti yang dipapar pada kedai-kedai tepi jalan. Bagi mereka ia sepatutnya 'pisang goreng'.

Di Muar, mee bandung sudah tentu menu utamanya beserta satay. Kalau tuan-tuan dan puan-puan singgah di pekan Muar, mee bandung dan satay boleh dipesan daripada peniaga Melayu atau mamak manakala air daripada tukang bancuh Cina. Di sini ia perkara biasa. Kegilaan satay boleh dilihat di Kajang. Tetapi orang Kajang sendiri kurang makan satay.

Di Kuala Lumpur McDonald, KFC, Laksa Shack, Kopitiam, Nasi Lemak Antarabangsa, kedai mamak atau pakistan, kedai tom yam dengan lampu merah-kuning-hijau tempat minum petang atau malam atau subuh. Apa saja hidangan mestilah disulami teh tarik.

Pemakanan orang-orang kita agak rakus. Makan tidak ikut turutan malah kelam-kabut. Perkara asas tentang pemakanan berkait rapat dengan kecerdasan fikiran. Begitu juga keadah menyediakan makanan.

Bolehkah tuan-tuan dan puan-puan andaikan apa yang ada didalam nasi goreng paprik apabila tukang masak menyediakannya dengan ketukan yang kuat pada kuali seperti kata DJ radio tempatan, 'nasi goreng klong-klang klong-kleng' itu?

Dapatkah kita bezakan emosi diri setelah makan kenyang masakan di rumah berbanding masakan di kedai tom yam? Pendita rasa kenyang puas dan tenang setelah menikmati makanan masak sendiri berbanding warung.

Kita lihat para tahfiz berpantang dalam makanan. Mereka elak memakan kepala ikan termasuklah kepala ikan bilis goreng. Kerana, kata mereka otak boleh dungu dengan khasiat kepala ikan. Bagaimana pula dengan kari kepala ikan? Wah! Itulah menu kegemaran orang-orang kita. Nasi lemak dengan ikan bilis goreng berkepala? Dan keropok lekor dengan rebusan ikan dengan kepalanya sekali? Atau laksa dengan kuah rebusan ikan?

Boleh kita bayangkan betapa kompetitifnya kita di dalam pekerjaan, pelajaran, hubungan sesama manusia dan juga tuhan jika perut kita sentiasa terisi khasiat dari kepala ikan?

Sekian.

Rabu, Jun 02, 2010

Apabila Melayu mula disentuh Yahudi...

Apabila Melayu mula disentuh Yahudi di dalam misi keamanan ke Gaza...

Tunggulah Pendekar Melayu dengan pakaian hitamnya mencerai-ceraikan kulit, urat, tulang-temulang...

Apabila Melayu sudah disentuh Yahudi...! Inilah saatnya yang dimulakan oleh Yahudi untuk bertembung buku dengan ruas sepertimana yang telah ditilik sejak dahulukala.

Apabila cicit Niyang Keturah dilanyak...apabila darah-daging nabi Ibrahim diluka-lukakan...Maka akan keluarlah segala khazanah rahsia Melayu dari dalam laut, dari dalam gua puaka, dari puncak gunung-gunang paksi Melayu...besi kuning dan pendekar yang menyorok di flat-flat, rumah-rumah kos rendah, pondok-pondok di kampung, nelayan miskin di tepi pantai.

Segala kekuatan Melayu akan keluar dengan seragam hitam. Maka itulah panji-panji hitam dari sebelah timur dengan hati-hati mereka keras bak kepingan-kepingan besi.

Nenek-moyang mereka dahulu membakar timbunan besi sehingga merah lalu dengan kekuatan mereka juga tembaga cair dituang dari tempat tinggi. Mereka bina tembok Yakjuj dan Makjuj. Nenek-moyang mereka berjalan sehingga ke hujung dunia tempat tenggelamnya matahari di dalam lumpur. Di situlah mereka berkerajaan dengan Raja Iskandar Zulkarnain yang mulia.

Di sini, Tanah Melayu yang keramat sudah bersiap-siaga Melayu untuk bertembung dengan satu puak yang sangat degil. Tiada suatu kaum di dunia ini sangat beriya-iya untuk bertembung dengan Yahudi. Itulah Melayu dan daulatnya.

Mereka tidak memerlukan jet-jet pejuang atau laser guided missiles kerana mereka menguasai ilmu besi, ilmu angin, ilmu air dan ilmu lipat bumi. Mereka juga mempunyai hubungan diplomatik dengan kerajaan-kerajaan di udara dan di dalam lautan. Mereka juga tidak perlukan kapal-kapal perang dan kapal selam yang besar lagi canggih. Mereka tidak bimbang soal bom atom kerana mereka menguasai ilmu besi.

Masanya sudah dekat apabila batu-batan pun menyebelahi mereka.

Mahu bermain api dengan Melayu? Tunggulah...

Sekian.

Selasa, Jun 01, 2010

Latihan ketenteraan untuk civilian?

Hari ini 1 Jun 2010 di dalam Metro, tentang seorang PTD meninggal dunia setelah mengikuti latihan ala komando, demi mendapat pengesahan jawatan.

Hipotesis:

Adakah sesuai latihan berunsur ketenteraan untuk civilian yang bekerja di dalam suasana pejabat?

Bagi agensi kerajaan dan berkanun di Malaysia, untuk mendapat pengesahan jawatan seseorang penjawat awam mestilah mengikuti kursus induksi untuk beberapa hari. Kandungan kursus ini ada unsur-unsur latihan ketenteraan seperti panjat-memanjat, gayut-menggayut, dayung-mendayung dan bermacam jenis lagi mengikut silibus konsultan masing-masing.

Kita lihat pula pesara tentera. Secara umumnya, kita boleh melihat mereka meneruskan kehidupan dengan bekerja sebagai jaga, pengawal peribadi, menjalankan perniagaan berunsur keselamatan, membuka restoran. Jikalau pegawai tadbir diplomat dipaksa minum jus stoking semasa latihan ala komando itu sehingga koma di hospital, sudah tentulah pesara-pesara komando juga layak untuk menjawat jawatan-jawatan kritikal setelah bersara nanti. Kerana mereka sudah bersiap-siaga untuk apa jua cabaran. Tetapi apakah kesiap-siagaan mereka itu mampu menempuh desakan, politik pejabat? Hanya orang-orang yang rapat dengan komando sahaja yang tahu kebolehan sebenar mereka di alam civilian.

Pendita ada mendengar kisah seorang pesara tentera berkhidmat sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta. Suatu hari beliau jatuh, meninggal dunia sebelum masuk bilik mesyuarat. Menurut yang rapat dengan arwah, beliau tidak tahu menggunakan laptop dan perisian dan ia begitu memberi tekanan...

Pada pendapat Pendita, latihan berunsur ketenteraan seperti berakit di tengah hari panas di Bukit Merah Laketown kononnya untuk mewujudkan sikap teamwork tidaklah wajar untuk eksekutif-eksekutif pejabat. Sikap kerjasama di pejabat boleh di'kursus'kan jika para trainer itu bekas CEO syarikat dan dijalankan di dalam suasana pejabat juga seperti di bilik seminar hotel.

Lagipun sikap kerjasama mampu dipupuk oleh ketua pusat tanggungjawab dengan syarat beliau berhati terbuka dan sensitif. Semangat kerjasama pupus jika wujud suasana "kerja sama-sama, kenaikan asing-asing".

Ia tentang survival di pejabat, bukan survival di hutan masak nasi dalam buluh, berendam dalam lumpur! Jika minat aktiviti outdoor, bolehlah ikut kumpulan kembara mendaki gunung-ganang dan meneroka gua-gua misteri.

Bagi pegawai-pegawai perjawatan, sudah-sudahlah dengan kursus-kursus teamwork ala komando...Mereka memilih jawatan ini sebab tiada cenderung aktiviti lasak. Jangan dipaksa lagi kursus-kursus macam ini. Lihatlah, apabila nyawa seorang pegawai melayang kerana kursus ini, adakah ia berbaloi? Siapa pula lepas tangan?

Sekian.

Isnin, Mei 31, 2010

Keringat dan darah...

Baru-baru ini siri The Pacific tamat dengan siri ke-10. Pendita minat siri ini. Soundtrack 'with the old breed' di bawah adalah di antara yang Pendita suka. Siri ini menceritakan babak-babak berdasarkan memoir Eugene Sledge-bekas marin Amerika yang bertarung habis-habisan di kepulauan Pasifik.



Apa yang menarik tentang siri ini adalah kisah-kisah kemanusiaan, tentang kemelut peperangan yang sangat dahsyat. Bak pepatah 'menang jadi arang'. Walaupun tentera Amerika berjaya menganyang Jepun, namun jumlah kematian sangat tinggi. Tentera-tentera yang terkorban itu dianggap wira. Ya, betul dari sudut pandang rakyat Amerika yang tidak tahu tujuan sebenar peperangan ini diwujudkan.

Pendita ada pengalaman dengan orang-orang Amerika. Umumnya mereka baik hati. Tetapi peristiwa 11 September membuatkan mereka kurang selesa dengan orang-orang Islam.

Hari ini kita dikejutkan dengan peristiwa kapal bantuan kemanusiaan diserang komando Israel. Keringat dan darah Filistin masih berlinang, bantuan pula disekat. Tiada kekuatan di dunia ini mampu menahan tindak-tanduk Israel. Muslimin dihina sedemikian rupa. Segala manusia dianiaya mereka. Bangsa Amerika dijadikan infantri mempertahankan agenda Yahudi. Muslimin dibiarkan kelaparan dan kesakitan mempertahankan al-Aqsa.

Yahudi memerah keringat dan darah segala manusia...

Wahai pemuda-pemuda yang mempunyai hati seperti kepingan-kepingan besi...segeralah muncul dengan bendera hitam kalian...

Sekian.

Rabu, Mei 26, 2010

Silat: Kaedah tarung milik manusia dan jin?

Assalamualaikum!

Pendita mohon maaf kerna lama tidak menulis.

Kali ini Pendita ingin membincangkan suatu perkara yang sangat misteri di dalam silat. Apabila kita sebut silat maksudnya kaedah tarung orang-orang di nusantara. Di Malaysia sahaja terdapat beratus jenis silat dengan berbagai nama. Masing-masing dengan gaya dan kaedah yang sungguh unik. Oleh kerana peredaran zaman, ada silat yang digabung-gabungkan dengan kaedah dari timur jauh. Silat-silat ini, pada pandangan Pendita, adalah silat moden. Pembaca sekalian sudah arif dengan silat-silat ini. Oleh itu, skop perbincangan kita tidak termasuk tentang silat moden.




Hipotesis:
1) Adakah silat itu kaedah tarung milik jin mutlak?
2) Adakah silat itu kaedah tarung milik manusia mutlak? atau
3) Adakah silat itu kaedah tarung milik bersama manusia dan jin?

Mengikut al-Quran, sebelum manusia ditabalkan pemerintah di bumi, dunia sedang diperintah oleh kaum jin. Berlaku beberapa siri peperangan sehinggakan malaikat bimbang manusia juga akan melakukan kerosakan juga nanti.

Adam A.S. diberikan sejumlah ilmu sebelum diturunkan ke bumi. Walaupun turun tanpa pakaian, beliau sudah diberikan ilmu dari langit. Pergaduhan yang pertama berlaku apabila dua anak Adam berebut seorang wanita sehingga berlaku kematian. Pertarungan adik-beradik sehingga maut sudah tentu menggunakan kaedah tempur yang efektif. Jikalau bergusti biasa mungkin setakat terkehel atau tergeliat sahaja.

Dengan kata lain, manusia dan juga jin berpengetahuan di dalam ilmu peperangan. Berbalik kita kepada isu silat. Kita pernah mendengar cerita lama daripada orang-orang tua tentang pendekar dulukala.

Seorang pendekar setelah memanjat pokok tinggi di belantara tidak turun semula sepertimana naiknya. Beliau akan bertenggek di dahan dan memangkasnya. Jadi junamlah ia bersama dahan tadi. Apa yang berlaku? Apabila menghampiri tanah beliau pun melompat. Konsep: "Apabila melompat jadilah seperti kucing, mendarat dengan kaki jua." Persoalan: Adakah ini ilmu jin? Sudah tentu tidak. Ia adalah sebuah kepakaran.

Tatkala masa dahulu di Perak, berlaku pertarungan dua pendekar di permukaan sungai Perak. Orang beramai-ramai menyaksikannya. Bagaimana pula pendekar-pendekar ini boleh berpijak diatas air? Mengikut hukum sains moden sudah tentu peristiwa ini dianggap dongeng. Mana boleh manusia berdiri atas air. Adakah ini ilmu jin? Ya dan juga tidak. Ya, jika amalan yang dipakai menyeru bantuan hantu air. Tidak, jika zikir digunakan. Bagaimana pula zikir boleh menjadikan manusia terapung? Badan manusia terdiri daripada 60% air. Molekul air pula berubah-ubah mengikut getaran.

Mengikut riwayat, suatu ketika semasa peristiwa 13 Mei 1969. Pendekar-pendekar berkumpul di sebuah rumah di Melaka. Masing-masing memperagakan kehebatan. Terbang, keluar api dan bermacam kehebatan. Apabila sudah selesai demonstrasi, para pendekar ini bertanyakan apa pula kehebatan tuan rumah. Dengan selamba tuan rumah mengalihkan cawan tehnya. Selepas itu tahi cicak pun jatuh tepat pada kedudukan asal cawan itu. Kata beliau inilah yang aku tahu. Kaedah: "Boleh menilik peristiwa akan datang". Adakah ini ilmu jin? Sudah tentu tidak kerana jin tiada upaya menilik masa depan dengan tepat. Mereka hanya meneka. Begitulah yang berlaku waktu Nabi Sulaiman meninggal dalam keadaan menongkat. Segala jin dan syaitan tidak tahu bahawa nabi sudah pun wafat.



Di dalam pengajian silat turun-temurun, matapelajaran di peringkat mula tiada kena-mengena dengan perkara berunsur ghaib. Kalau pun ada semata-mata mandi limau berisi doa-doa biasa. Namun adakah ini ilmu jin? Tidak tahu pula Pendita bahawa jin beriya sangat dengan limau purut yang harum itu. Air limau mempunyai kimia yang mampu menceraikan molekul minyak disamping memilik gelombang yang menyampaikan harumannya.

Moyang Pendita semasa darurat terpaksa berjalan di dalam air untuk mengelak gerombolan komunis. Bagaimana pula boleh bernafas di dalam air? Bukankah ini tak logik. Jikalau ikut hukum fizik seperti yang dibincangkan di dalam buku-buku fizik terbitan Prentice-Hall, dah tentu kita menolak semua ini. Dan adakah ini ilmu jin? Jin tak perlu ilmu bernafas di dalam air kerana ada satu jenis itu memang hidup dalam air. Bagaimana pula dengan Mahaguru Omar Din boleh ditanam untuk beberapa lama? Bukankah itu ilmu roh seperti kata-kata imam Ghazali apabila "burung keluar dari sangkarnya"?

Wah! Betapa hebatnya ilmu-ilmu ini. Dan seorang akan bertanya, "Jikalau hebat-hebat belaka pendekar kita kenapa Melaka ditawan dengan mudah pada 1511?" Ini persoalan yang cukup terkenal. Sebenarnya sejarah 1511 itu sendiri penuh muslihat. Cuba tuan-tuan dan puan-puan singgah di negeri Melaka ini sambil menyertai SUKMA XIII yang akan berlangsung pada 10-19 Jun 2010 ini. Opps, untuk pengetahuan acara silat akan berlangsung di Dewan MITC berdekatan tol Ayer Keroh. Carikan sebuah masjid yang di bina dalam tempoh 1430-1511. Masjid lama yang terkenal di Melaka rata-rata dibina sekitar 1760 dan ke atas. Persoalan sekali lagi adakah benar lokasi Kota Melaka di Banda Hilir? Pendita percaya Banda Hilir itu tapak penjajah Eropah membina kota. Kota Melaka yang sebenar mungkin di tempat lain. Lihat peta di bawa dari rujukan Itali tahun 1572. Terdapat sebuah laluan seperti selat. Kota Melaka sebenarnya terletak di daratan.



Jika benar sekalipun peperangan Melaka dengan Portugis berlangsung, ia mungkin berlaku di sebuah kawasan di semenanjung Melaka kerana Ulu Melaka adalah di Langkawi. Lihat peta bertarikh 1747 oleh Eman Bowen di bawah ini. Terdapat "Malacca Dutch" merujuk Banda Hilir. Sedangkan seluruh semenanjung adalah "Malacca".



Jadi logiklah masjid lama di Melaka ini kebanyakannya dibina pada 1760 dan ke atas. Tak jumpanya kita masjid zaman Sultan Muzaffar Syah di negeri Melaka ini. Oleh itu, sejarah 1511 itu mestilah disemak semula kerana mengikut sejarah Ayuthia, pada tahun 1511 Portugis meminta izin untuk membuka penempatan di jajahannya. Mengikut sejarah Patani pula Portugis banyak membantunya menentang musuh. Sejarah Ayuthia juga mengatakan Belanda mula menggugat jajahannya mulai abad ke-16. Dengan itu, cerita 1511 Melayu jadi belasahan Portugis mestilah dibuka untuk semakan semula. Adakah benar perang besar telah berlaku?

Hang Tuah dikatakan telah mengkhatamkan Mahaguru Meor di hutan Menam-sebuah hutan di utara semenanjung. Kenapa Hang Tuah berada di hutan Menam? Kenapa tidak di gunung Ledang sahaja? Ada seorang hamba Allah berkata beliau pernah bertemu seorang tua di hutan Endau-Rompin yang mengaku beliau Hang Kasturi. Jika Hang Tuah menjaga utara semananjung, Hang Kasturi menjaga kawasan selatan, Hang Jebat di Pulau Besar maka cukuplah jajahan Melaka dikawal mengikut peta Eman Bowen itu. Manakala Lekiu dan Lekir tidak pula diketahui kawasan jagaannya.

Mahaguru Meor dengan ilmu Tuah di hutan Menam, Mahaguru Omar Din dengan ilmu Jebat di Pulau Besar. Kedua-duanya ada kaitan ghaib. Adakah ini ilmu tarung jin? Pendita tiada ilham tentang hal ini. Namun, sedikit sebanyak komunikasi dengan alam jin berlaku. Apakah hukumnya? Tiada hukum apa-apa kerana ada beberapa manusia pilihan sememangnya hidup di alam jin.

Untuk mencapai tahap tertinggi ilmu silat seseorang mestilah bergraduat dari akademi di alam ghaib. Itulah ciri-ciri silat purba. Namun begitu, alam ghaib ini sama juga seperti alam nyata kita. Terdapat daerah-daerah baik dan juga daerah-daerah jahat. Seseorang boleh bergraduat dari akademi di alam ghaib tetapi boleh jadi yang jahat dengan ilmu sihirnya.

Selain dari hutan Menam dan Pulau Besar, terdapat beberapa lagi kawasan sepertinya di semenanjung ini. Pendita mendapat tahu sebuah tempat ini (maaf nama tempat rahsia) di dalam laut Selat Melaka. Pintu masuknya di kawasan pantai negeri Johor. Pendita pernah bersemuka dengan seorang daripadanya sedikit masa dahulu. Di dalam akademi ini beberapa calon dipilih untuk mendalami ilmu silat. Selebihnya Pendita tidak diberitahu. Banggalah kita kerana akademi ini masih wujud. Tahulah kita bahawa Tanah Melayu ini sememangnya berdaulat kerana masih ada pendekar-pendekar yang mengawal. Menurut orang kampung di Kuala Linggi, sebuah kapal tentera Jepun pernah dikaramkan oleh pendekar yang mengawal Kuala Linggi.

Berbalik kita kepada hipotesis di atas tadi:

Pendita bersetuju mengatakan bahawa silat adalah ilmu tarung milik bersama alam jin dan manusia. Jadi, mana-mana Melayu yang berdarah pekat pahlawan segeralah mendalami ilmu yang satu-satunya di dunia ini mempunyai akademi di alam ghaib yang masih aktif!

-Tiga alam, Tiga buah, Tiga Pendekar-
-Takkan Melayu hilang di dunia!-

Sekian.

Jumaat, Mac 26, 2010

Setinggan syurga

Assalamualaikum!

Jumaat pagi indah sekali. Rasa yang cukup menenangkan kerana esok cuti. Tetapi mengenangkan Jumaat yang agak terkocoh-kocoh ini, Pendita berfikir. Adakah Jumaat kita ini diberkatiNya? Alangkah baiknya jika Jumaat hari cuti.

Ini cerita di dunia. Apa pula cerita di akhirat nanti? Di mana kita di sana? Mengikut riwayat, di sana ada tiga tempat untuk dihuni.

1) Svarga
2) Naraka
3) Tembok di antara keduanya



Pendita tidak mahu menghuni neraka. Begitu pun Pendita tak fikir layak menumpang syurga. Tembok? Ya, mungkin inilah tempat yang sesuai difikirkan dengan amalan baik yang sedikit di dunia ini.

Ramai yang meyakini mereka bakal menghuni syurga atau sekurang-kurangnya taman syurga. Namun, dengan fitnah akhir zaman ini, mampukah kita mempertahankan sekelumit amalan baik itu?

Nampaknya kita lebih mengutamakan dunia melalui amalan keagamaan seperti:-

1) sembahyang istikarah untuk mendapatkan apa-apa kehendak di hati
2) nazar untuk buat kenduri jika doa dimakbulkan
3) baca surah banyak-banyak untuk sesuatu kelebihan

Pilunya..., dengan sifat Allah yang maha penyayang itu, kita tidak mahu membuat amalan hanya kerana amalan, berbuat baik hanya kerana hendak berbuat baik. Tanpa memikirkan ganjaran apa-apa daripadaNya.

Allah memerhatikan gelagat kita ini. Amboi! Sanggup berkenduri jika doa dimakbulkan dapat masuk IPTA. Setiap masa Allah memerhatikan kita. Apa pula tindak-tanduk licik manusia yang berhajat sungguh syurga Allah ini...?

Wahai Allah, bolehkah kami menumpang namaMu sebagai tuhan kami...?
Wahai Allah, bolehkan kami tumpang mengaku nabi Muhammad itu pesuruhMu...?
Wahai Allah, izinkan kami mengaku Engkaulah tuhan kami...
Wahai Allah, bolehkah kami menumpang berteduh di sebuah kawasan di luar pintu syurga sebagai Setinggan Syurga...?

Sekian.

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...