Selamat sejahtera!
Pada minggu lepas, masyarakat Han (Cina) merayakan tahun baharu mengikut kalender ibunda-nya.Atas dasar kepercayaan mereka, tahun ini berkisar tentang dewa kera Wukong atau Hanuman, lagenda Melayu kuno Kelantan.Dewa ini dikatakan sangat degil sehinggakan Maharaja Jed di kayangan tidak dapat mengawalnya. Jikalau dikaitkan dengan tradisi Bible King James, ia boleh disamakan dengan malaikat penderhaka iaitu "the fallen angels."Dek terlalu taksud dengan Kung Fu, budaya Han mensabitkan dewa ini dengan keperwiraan hebat bak Ip Man pada zaman ini.Pada 1 haribulan Jun akan datang, puak-puak dayak akan menyambut hari besar Gawai. Pada hari ini cuti umum bagi negeri Sarawak. Adat istiadat pada hari ini adalah menghias rumah, melawat kuburan sanak-saudara dan menjamu para tetamu sambil mabuk dengan minuman tuak. Hari besar dayak ini juga berkisar tentang dewa-dewa di alam ghaib.Dan apabila kita mengungkit Hanuman dari kisah Melayu kuno Kelantan, kita dapati jalan cerita yang berlainan berbanding Wukong Cina namun falsafahnya sama iaitu adanya dewa tunggal yang agong.Jikalau diteliti lebih halus, tradisi Hindu ini mungkin bermula di Semenanjung Tanah Melayu atau Asia Tenggara berbanding di Sungai Ganges, India. Hal ini boleh diperbesarkan dengan tradisi Bali Hindu Dharma, mazhab yang sangat berlainan dari benua Hindustan. Mereka menyembah Sang Hyang Tunggal.Sebaliknya, tiadalah pelik orang Islam Melayu bersembahyang kerana mereka menyembah Sang Hyang Tunggal disabitkan dengan Allah yang satu. Dan itulah konsep sembahyang bagi tradisi ibunda Melayu kerana mereka menyembah tuhan tunggal sejak dahulukala.Tradisi ini telah diterima baik sejak mula bangsa ini menganut Islam. Tiada sebarang isu menggantikan istilah sembahyang dengan solat. Atau menggantikan istilah surau dengan musolla. Lagipun, asas menjadi Islam hanya perlu mengaku Allah yang tunggal dan Nabi Muhammad pesuruhNya.Maka itu adalah beberapa tradisi ibunda bangsa Melayu yang sedang giat dikikis oleh puak madrasah yang gemar mengemis wang itu. Mereka membawa ajaran aneh nan pelik.Jadi apabila melihat kaum-kaum lain girang merayakan hari kebesaran ibunda masing-masing, tertanya apakah perayaan ibunda bangsa Melayu? Dan kita sadar bahawa ternyata bangsa Melayu tiada perayaan tradisi atau terpupus sudah hari itu.Adat-istiadat Melayu masih tersisa dipertahankan oleh tradisi silat dan istana. Itu pun jikalau boleh hendak dipupuskan oleh para ustad di semenanjung ini.Hari ini, saluran TV AlHijrah telah memulakan langkah meng-standard-kan silat mengikut acuan ustad melalui Akademi Silat Pendekar Muda 2016. Niat yang murni tetapi jangan mansuhkan ajaran silam pak guru demi mengikut kata ustad.Jikalau benar jin itu sangat berkuasa, maka merekalah patut memerintah dunia. Tetapi kita tahu manusia itulah pemimpin dunia. Di dalam tradisi silat, terdapat beberapa latihan yang sangat ampuh menjadikan pendekarnya digeruni jin dan ifrit sendiri.Sebagai contoh, badan pendekar yang bergelombang kuasa memegang kerisnya dengan ibu jari menyalurkan tenaga melalui logam keris sudah cukup untuk menembak getaran kuasa yang boleh membakar apa saja.Malangnya kata ustad ilmu itu atas bantuan jin. Sedangkan jin sendiri boleh terbakar dengan kuasa ini. Akhirnya, keris dikaitkan dengan syaitan, hanya dijadikan sebagai persalinan pengantin.Jikalau kisah Harry Potter dengan kayu penunjuknya itu hanya dongengan karya Rowling, bertanyalah pada mereka yang pernah bertarung di alam ghaib apa rupanya di sana?Dek satu demi satu budaya ibundanya hilang, maka bangsa lain mula mempersoalkan perihal Melayu itu sendiri. Apakah bangsa Melayu itu wujud dari ciptaan Arab pendakwah yang menafsirkan bangsa ini sebagai Mala-u dari perkataan Arab? Bangsa ini terpinga-pinga untuk menunjukkan bukti bangsa.Malang bertimpa, segala macam bukti sudahlah lama dikuburkan oleh para ustad kamu sendiri. Dek mati kutu tiada idea, para NGO Melayu mengatakan bahawa bangsa ini adalah bangsa IMS (Ibrahim-Muhammad-Sulaiman). Demikian, mengaku sajalah anda itu dari Bani Israel.Yang paling memilukan ialah, para profesional Melayu sudah mula membongkarkan sejarah keluarga. Kata mereka, "Atok belah bapak asal Pakistan, atok belah mak asal China." Kata mereka lagi, "Saya dari keturunan Bugis, masakan kami tak berkuah sebab bangsa pelaut."Sedikit demi sedikit, mereka yang mengaku Melayu mula berpaling tadah. Mereka tidak mengaku berjanji Melayu tetapi mereka mengaku masakan berlado memang sodap. Yang tersisa Melayu hanya di utara dan pantai timur semenanjung, Brunei Melayu Islam Beraja serta Datuk Rais Yatim.Gara-gara ajaran agama yang aneh nan pelik, orang Melayu hilang puncha. Di negeri-negeri yang bekerja hari Jumaat, ceramah agama berlangsung di masjid-masjid pada malam dan hari Ahad. Seolah-olah mengikut tradisi gereja.Lagu-lagu pujian terhadap Allah didendangkan di dalam bahasa asing (Arab), tiada sepatah pun boleh dihayati. Mendengar khutbah hari Jumaat umpama kena marah tiap-tiap minggu.Selesai Jumaat, para jemaah melalui fasa stress menyambung kerja di pejabat. Jikalau anda penjawat awam atau bekerja di syarikit milik bangsa, maka akaun emel anda akan dilimpahi dengan pesanan agama supaya anda sentiasa menjadi pekerja yang patuh (bos bermaharajalela).Sekian lagi, bangsa ini terpinga-pinga dengan pelbagai general orders atau perintah am. Mana tidaknya, ustad kata, "buat sekian-sekian;" orang kampong kata, "buat yang ini dan yang itu;" bos kata, "ikut arahan!"Jadi bangsa ini terkongkong oleh arahan dari langit, arahan dari gua, arahan dari internet. Ia umpama: pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam buat home-work. Sekarang bangsa ini makin runsing bertambah pinga-pinganya. Apa tidaknya, dari harga minyak naik kos hidup makin tinggi, hingga harga minyak merudum jatuh hidup lagi susah. Apa, dunia ini main-mainkah?Ya, dunia ini memang main-main dan anda dipermainkan dengan jayanya.Apakah puncanya? Puncanya ialah ibunda kamu dimatikan oleh ajaran aneh nan pelik.-Pendita-
Langgan:
Catatan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...