Sabtu, September 19, 2015

Peringatan dari langit ke-7: Apabila seorang menampar imam masjid negara

Kus semangat! Imam kita ditampar oleh seorang muslim warga asing. Dahsyat!
Tiadalah sanggup Pendita menyaksikan lagi video imam besar kita ditamparkan sedemikian rupa. Terhina sangat rasanya. Lain kali orang itu lunyai dan lumat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.
Semasa dulu-dulu, ramuan beragama bagi bangsa Melayu adalah "Silat dan Solat". Bagi orang Melayu purba, alimnya orang itu pendekar jugalah dia itu. Seperti Pendita katakan yang lalu bahawa Melayu itu, secara alaminya, adalah kesatria dan spiritual.
Apabila orang Melayu itu spiritual semata-mata, jati dirinya hilang. Pakaiannya ikut-ikutan. Demikian, beliau mahir tentang hikayat Arab, budaya Arab, sedikit Farsi, banyak Hindustan. Sejarah Melayu tiadalah dia mahu tahu. Karena bagi dia cara Melayu adalah low class dan "mana ada orang alim yang mursyid kat sini." Sebab katanya lagi Melayu itu hanyalah hikayat dongengan.
Malah pusat-pusat pengajian Islam di nusantara bukan lagi tempat lahirnya seorang pendekar yang alim. Tempat-tempat ini melahirkan ustad yang baik dan mulia serta petah berceramah setelah kembali dari pengajian tinggi universitas-universitas terkemuka dunia. Pendekarnya Wali Songo tinggal sebagai kenang-kenangan cucu-cicit.
Kita sedia maklum, apabila sebuah sesuatu berlaku, ia adalah hukum fizik yang terjemah berbentuk peristiwa. Apabila Allah menghantarkan bala tentera Kublai Khan ke Baghdad suatu ketika dahulu, ia adalah sebuah hukuman dari hukum fizik yang nyata.
Pada hemat Pendita, peristiwa "imam kena tempeleng" ini adalah peringatan dari langit perihal kendalian agama Islam di negara ini. Ia adalah peringatan keras dan mungkin terakhir, jikalau kita masih belum sadar.
But unless you repent, you too will all perish.
Apakah perlu kita letakkan ciri seorang pendekar untuk dipilih sebagai imam-imam kita?
-Pendita-

Ahad, September 13, 2015

Perutusan Hari Malaysia 2015: Fenomena pemuda-pemuda Melayu bergabung dan 9/11 di Mekah

Kejadian di Mekah baru-baru ini sungguh mengejutkan! Terlihat kren-kren merah bersebelahan 2 bangunan belang kuning. Pada 9/11 (11 September 2015) tak semena-mena muncul kilat dari celah kabus pasir lantas berdentum dekat Kaabah. Tumbanglah sebuah kren, tertumpahlah darah di tanah haram.
Badai pasir yang melanda Mekah itupun sudah menggerunkan bagi sesiapa yang menyaksikannya. Ibadat haji kali ini mungkin sedikit terganggu. Kita menyangkakan musim haji kali ini akan berkesudahan dengan suasana aman sepertimana musim-musim yang lalu. Siapa sangka Masjidilharam dibedil sedemikian rupa?
Pada setiap kali musim haji, kita sentiasa berjaga-berjaga. Karena apa-apa peristiwa besar jika berlaku, ia sudah tentu berkaitan dengan nasib umat Islam sedunia. Moga-moga tiadalah bencana yang akan melanda umat Islam.
Pada saat ini badai jerebu melanda negara akibat kebakaran di Sumatera. Udara yang disedut tidak lagi segar seperti hari biasa. Perit kerongkong, jantung berdegup kuat, kepala sakit berdenyut-denyut. Semuanya akibat udara tercemar dan kandungan oksigen tidak lagi pekat. Jikalau jerebu makin tebal, mungkin kenderaan akan tersadai di jalanan dek enjin tidak boleh berfungsi dengan baik.
Tidak cukup dengan sesak nafas, nilai Ringgit yang jatuh teruk berbanding Dolar AS sudah memadai untuk membuatkan ramai sesak wang untuk meneruskan kehidupan harian. Apa tidaknya? Rantaian bekalan negara kita berkait dengan bahan yang diimport. Sedangkan bawang merah ros itu dari India, apatah lagi barangan bernilai teknologi.
Desas-desus sebilangan besar para pekerja akan ditawarkan pilihan untuk bersara awal dengan pampasan. Suasana panik sebegini membuatkan arus ekonomi menjadi perlahan. Harga minyak yang makin murah membimbangkan kita apabila difikirkan tentang nasib Petronas. Malah para jurutera pun sudah berjinak-jinak dengan kegiatan urusniaga seperti menjual mesin air alkali hebat bernama Kangen itu.
Apa-apa yang berlaku pada Petronas akan berkait dengan nasib orang-orang Melayu. Nasib bekas ribuan pekerja MAS yang diberhentikan sudah kita maklum. Apa pula nasib warga biasa yang kais-kais hidup? Mahukah pusat zakat seluruh negara mencairkan tabung mereka untuk setiap individu Islam di dalam negara jika berlaku kejatuhan ranap ekonomi?
Ketika negara terkial-kial menstabilkan ekonomi, parti-parti politik buat hal. Perhimpunan "baju kuning" yang mewakili Cina kafir sambil terselit beberapa Tamil, Singh, Iban, Negrito-Semang, Kadazan dan juga Melayu galak memarahi para pemimpin negara. Mereka mencabar pemimpin-pemimpin Melayu berundur sambil memijak gambar mereka. Prestasi hambar Harimau Malaya pula membuatkan bolasepak negara huru-hara. Kedua-dua peristiwa ini sudah cukup menyemarakkan api kemarahan semua pihak. Sukacitalah pada pihak Iblis karena api adalah tenaga dan nikmat.
Pada 16 September 2015, akan hadir pula api kemarahan dari pihak "baju merah" yang akan berhimpun di ibukota. Uniknya perhimpunan ini ialah mereka terang-terangan mewakili Melayu. Ya, pemuda-pemuda Melayu seluruh Semenanjung akan bergabung untuk menzahirkan perasaan protes terhadap kebiadapan "baju kuning". Apakah Hari Malaysia 2015 akan berlaku sebuah pertembungan yang bakal mencatat sejarah?
Bangsa Melayu adalah kesatria secara alami. Mereka bekerja hanyalah untuk meneruskan kehidupan, apa-apa yang ada sudah memadai. Kebanyakan mereka pasrah. Adalah suatu keganjilan jika Melayu itu mewah berlebih-lebihan. Bukan karena mereka malas tetapi itu adalah ciri-ciri asas yang tertanam di dalam DNA. Namun, mereka "bertikam" sesama sendiri apabila tiada pemimpin tulen.
Bak kata seorang ustaz Singapura "Semasa kahwin berkompang-kompang, lepas kahwin berlempang-lempang." Maka seorang Raja wajib bagi setiap Melayu. Itulah budaya sejati mereka. Apabila Tuanku bertitah, patik patuh dan taat. Apabila Tuanku diam membisu, patik hilang arah dan tujuan.
Pantang datok-nenek jikalau Melayu menyeleweng. Bukan karena mereka alim laksana seorang sufi tetapi itu adalah peribadi asal yang terpahat di dalam dada. Mereka berkelakuan spiritual. Meskipun kaya-raya kebanyakan mereka tetap spiritual. Maka majlis agama sentiasa meriah walaupun zaman makin menjadi-jadi dajjalnya.
Melayu Semenanjung adalah "Lok-Kaw" (69) pada istilah Parti Komunis Malaya. Apabila gendang dipalu, Melayu akan "turun" berduyun-duyun. Yang kurus-keding, perut-boroi, pendek-katik, hidung-pesek, hitam-berdaki, gagal PMR, CGPA 2.01 lupa tentang sifat fizikal dan intelektual mereka apabila terdengar paluan nun sayup-sayup.
Masalah utama Melayu ialah perangainya apabila tercabar. Mereka boleh bersabar tetapi yang merisaukan ialah apabila kesabaran itu sampai pada titik puncak. Inggeris meletakkan istilah "Amok" di dalam kamus Oxford setelah mengkaji sifat Melayu semasa jaman penjajahan. Oleh karena ramuan rahsia ada pada Melayu iaitu kesatria dan spiritual, pihak-pihak tertentu sangat berminat untuk mendapatkan khidmat mereka untuk agenda-agenda tertentu.
Hari Malaysia 2015 mengingatkan kita gabungan wilayah-wilayah yang menjadikan sebuah negara yang diberi nama "Malaysia". Terciptalah sebuah negara berdaulat yang diiktiraf dunia. Pada hari Rabu nanti kita merayakan hari ini sebagai cuti umum. Samada rakyat menghayatinya tiada siapa yang peduli. Samada pemuda-pemuda di himpunan "baju merah" dapat mengawal perasaan tiada siapa yang tahu.
Apakah himpunan 9/16 bakal tercipta sebuah resolusi Melayu bak kiasan di dalam surah al-Kahfi perihal emas (916) dan perak serta pemuda-pemuda dari gua itu?
-Pendita-

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...