Sehari demi sehari, dari dahulu hingga hari ini. Orang-orang kita tidak habis-habis "mengenang nasib diri" dengan 3 perkara:1) Miskin dan kekal miskin
2) Kurang cerdik dan tak mahu licik
3) Merempat dan tiada dapat tempat
Miskin dan kekal miskin
Miskin adalah hidup dengan suasana kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Maksudnya, hidup dengan semuanya serba sedikit. Jikalau kita berniat untuk juhud, apa salahnya. Dengan syarat kita orang berada, mana-mana yang lebih disedekahkan. Supaya orang-orang di sekeliling kita mendapat manfaat.Tetapi malang, kebanyakan kita bukan orang yang berada. Kebanyakan kita orang yang melukut di tepi gantang, ditambahi pula dengan tidak berduit. Kenapa tidak berduit? Seolah-seolah segala peluang pekerjaan tertutup rapat untuk orang kita secara protokol terancang.
Kalaupun mendapat pekerjaan, orang-orang kita dihenyak psikologinya. Hingga dia seperti bersetuju bahawa dia malas, tak pandai, lembab. Jadi hidupnya serba tak kena bagai zombi yang tiada identiti.Setiap detik tanpa letih dan lesu, orang kafir menjadikan jatuhnya orang kita sebagai sukan dan motivasi kejayaan. Jikalau kedai orang kita diseberang jalan gulung tikar, mereka berparti gembira. Yes, We did it again!Jikalau orang kita bersosial seperti golongan dajjal, mereka menyokong dengan segala dana dan kata-kata pujian. Mereka senyum girang, We welcome more of these progressive people...Mereka tahu itulah Kungfu atau Silambam terhandal untuk mempertahankan kemiskinan orang kita. Mereka berjaya lagi, oleh sebab kita kurang cerdik dan tak mahu licik.
Kurang cerdik dan tak mahu licik
Ia tiada kena mengena dengan gred pendidikan. Jikalau seorang pelajar UiTM Seri Iskandar mendapat keputusan 4-flat bagi semester 3, beliau adalah seorang yang pandai. Namun, beliau mungkin boleh dikhayalkan dengan perjuangan "tembak-menembak tak tentu fasal" itu.Di rumah ibadat agama kafir terutamanya pada hari Ahad, mereka berkumpul dan bersosial dengan tenang aman dan damai. Dari umur pencen hingga umur taska, they minggle around. Mereka mengukuhkan network pada hari cuti umum. Ya, mereka istimewa di negara umat Islam! Apa yang anda fikirkan topik-topik perbincangan mereka, jika benar mereka bersangka baik?
Apa pula aktiviti orang kita pada hari Ahad?
Network mereka yang tersimpul rapi itu adalah hasil British yang menyediakan foundation yang solid. Segala peluang-peluang strategik diagih-agihkan sesama kafir dan munafik.Seperti mengasingkan durian mengikut gred, orang kita mendapat peluang-peluang "durian longgok." Ia menambahkan lagi perit merempat dan tidak mendapat tempat.
Merempat dan tiada dapat tempat
Ia tidak bermaksud orang kita tidak mendapat peluang langsung di dalam persaingan ekonomi dan pekerjaan. Ia adalah suasana kita diberi peluang di dalam pasaran tetapi ada beberapa pasaran yang "engkau tak boleh sentuh."Seperti Lembaga Jurutera Malaysia yang menepis permohonan dengan penuh keangkuhan bagi pemohon yang tidak memenuhi syarat. Bukankah anak Melayu mendominasi bidang teknikal dan vokasional?
Siapakah yang memimpin universiti awam? Sehinggakan tergolek-golek anak kita belajar, sakit dada pensyarah-pensyarah kita mengajar di dalam bahasa asing? Organisasi yang berdaftar sebagai perkhidmatan awam dan "Menurut Perintah Yang dipertuan Agong" itu sewenang-wenangnya mengenepikan kepentingan bangsa demi menurut perintah protokol terancang kafir dengan alasan QS World University Rankings.
Perkhidmatan awam bermaksud awam dengan dasar dan amalan turun-temurun di tanah ini. Kepentingan awam tiada kena-mengena kepentingan asing lagi pendatang malah kafir.
Cuti Jumaat jika mahu kembali jantan
Pada jaman dahulu, anak Melayu dikira jantan jika dia pandai bersilat, bijak berbahasa, beragama dan boleh menjana ekonomi. Oh! Tidak semudah itu. Dia perlu menjalani latihan-latihan anak jantan dengan prinsip face your greatest fear.Jikalau bersilat, dia perlu berdepan seekor samseng Jin di kaki bukit, beradu tenaga dan menguji taktik pada waktu malam gelap. Jikalau mengaji, dia perlu menghabiskan bacaan al-Quran dengan menghadiri konvokesyen majlis khatam al-Quran. Jikalau berniaga dia perlu mengikut kapal dagang dan membantu perniagaan di pasar-pasar Melayu di merata nusantara.Itu adalah takrifan Jantan di dalam budaya orang kita.
Apa pula kaitannya dengan cuti Jumaat?Cuti pada hari Jumaat adalah aktiviti minggle around bagi umat Islam. Bermula pada Khamis senja sehingga Jumaat petang, orang kita yang masih Islam boleh berkumpul dengan penuh ketenangan, aman dan damai. Dari umur pencen hingga umur taska, kita minggle around. Kita kukuhkan network pada hari Jumaat. Ya, kita sepatutnya istimewa di negara sendiri!Jikalau kerajaan-kerajaan negeri Melaka, Selangor, Sembilan, Pahang, Perak dan Perlis malah Putrajaya tiada upaya menjadikan Jumaat cuti hujung minggu, pengusaha-pengusaha swasta milik orang kita boleh jadikan Jumaat cuti hujung minggu mereka. Mulakan budaya Jumaat cuti. Supaya para pekerja boleh menumpukan usaha memperkuatkan saf di dalam masyarakat di tempat mereka tinggal.Para-para guru silat, ustad, ustazah, dukun, bomoh, profesor, doktor, saintis, jurutera, arkitek, ahli politik boleh memilih masa untuk melangsaikan agenda mereka mengikut haluan masing-masing.Kerana pada hari itu orang kita sudah berkumpul didalam barisan keluarga atau rakan-rakan! Ekonomi siapakah yang akan runtuh jikalau cuti Jumaat?Sehari demi sehari, dari sekarang hingga nanti. Orang kita tidak habis-habis dengan "protokol terancang orang sendiri" dengan 3 perkara:1) Berada dan zuhud yang berpatutan
2) Makin cerdik lagi licik
3) Menakluk dan membina empayarSetiap detik tanpa letih dan lesu, orang kita menjadikan jatuhnya orang kafir sebagai sukan dan motivasi kejayaan. Jikalau kedai orang kafir diseberang jalan gulung tikar, kita kenduri kesyukuran. Yes, We did it again!Jikalau orang mereka bersosial seperti golongan dajjal, kita dakwah atau hanya biarkan mereka hanyut dengan dunia mereka. Kita senyum girang, We hope that you insaf...Kita tahu itulah gayong terhandal untuk mempertahankan kedudukan orang kita. Kita berjaya lagi, oleh sebab kita makin cerdik lagi licik.
Jikalau orang Melayu mahu kembali JANTAN, cuti Jumaat.
-Pendita-
Ahad, Jun 21, 2015
Sabtu, Jun 20, 2015
Secara misteri kerajaan-kerajaan berbudaya "Malayu" tumbang satu demi satu mulai kurun ke-14 dan sekarang
Apabila kita mentelaah sejarah bangsa, kita dapati kerajaan-kerajaan berbudaya Melayu seolah-seolah jatuh tertimpa tangga mulai kurun ke-14. Dan sekarang!
Contoh paling mudah paham ialah tumbangnya kota Malaka [*1].
Cikgu sejarah di sekolah yang menggunakan silibus kebangsaan mengatakan bahawa tumbangnya kota ini berpunca dari senjata kontot keris menentang senapang panjang Peringgi (orang Portugis).
Hujah ini bertambah kukuh apabila rombongan budak-budak sekolah dari Jerantut mengadakan aktiviti "lawatan sambil belajar" ke Banda hilir, Melaka [*2].
Wah! Megahnya kapal penjajah Flor de la Mar. Eh! Mananya jong Melayu?Yang ada di tepi kapal itu hanya sebuah sampan purba. Budak-budak sekolah pun berbisik,"Patutlah kalah perang, pakai sampan."
Apabila budak-budak ini membesar, mungkin salah seorang mewakili negara di dalam pasukan Harimau Muda. Jikalau mentaliti tewas tersemat padu di dalam jiwa, bolehkah berjaya pasukan bolasepak kita?Atau perjuangan para pemain seperti mendayung sampan bagai lanun desperado (desperate), gelojoroh (gelojoh) merompak kapal dagang?Atau pemimpin-pemimpin bolasepak kita berbelanja mewah, manjakan pemain bagaikan "anak bongsu bini muda", sehinggakan gawang Harimau Malaya asyik dibolosi oleh segala macam pasukan luar seperti terbukanya pintu gerbang kota Malaka?
Penceramah Biro Tatanegara pula mengatakan jatuhnya kota Malaka berpunca dari dengkhianat (dengki, khianat) orang Kalinggi iaitu Raja Mudaliar yang memegang jawatan Ketua Pelabuhan [*3].
Bak kata orang Limbongan, "Dah tahu darah puak itu khianat, ape pasal jawatan-jawatan utame perkhidmatan dan politik bagi pade puak itu jugak, bodo ke ape"?Bak kata orang Kubang Pasu pula, "Ni nak khabaq mai, apa nama...hang dah tau darah puak tu khianat, pasai pa jawatan-jawatan utama perkhidmatan ngan politik bagi kat puak tu jugak, ada akai ka"?
Tapi Tokong KOMTAR mencelah, "Lu sulah tau itu olang aa ... tikam blakang punya. Buat keputusan terbulu-bulu. Tak boleh buat pakatan. Itu jawatan-jawatan government kita mesti kulangkan. Kasi orang Cina pegang jawatan tinggi, balu boleh kautim maa...Boleh berurusan di pejabat government pakai seksi. Kita sudah roboh itu UMNO punya logo, dia olang tengok dan bising saja. Nang bo ti nang, kui bo ti kui. Ada belani ka? Haiya..."
Mulai kurun ke-14 empayar Islam di Timur-Tengah (Middle-East) [*4] kucar-kacir, pemberontakan perkara biasa.Hari ini kucar-kacir, pemberontakan adalah peristiwa-peristiwa normal di kawasan ini. IS lawan Sunnah lawan Syiah lawan Tarekat lawan Kurdis.Anehnya, kita masih menghantar anak-anak belajar agama di tempat-tempat yang bermasaalah dan mundur.Jikalau tidak kerana Rukun Islam dan Mekah itu di Arab Saudi. Tiada apa-apa di tempat-tempat berbudaya Arab ini melainkan hidangan Zurbiyan Laham atau Chicken Mandi Small yang enak. Hal yang sama di Negara Brunei Darussalam. Teda apa-apa di sana melainkan matawang bernilai tinggi.Cuba kita duduk lama di Muar, kita akan ketahui terdapat komuniti Arab Hadramaut yang menetap di sini secara tradisi sejak zaman silam. Sama ada mereka menjadi Melayu-Mutant [*5] atau tidak, mereka dianggap sebagai Bumiputera di Malaysia.
Dari lisan yang kita dengar daripada ustad-ustad di kampung, kununnya terdapat beberapa kabilah yang melarikan diri dari kekejaman khalifah-khalifah kerajaan Islam ke Hadramaut kemudian ke Nusantara. Menurut cerita, ada sebilangan mereka adalah keluarga Rasulullah SAW, alim ulama.Pada ketika itu kerajaan-kerajaan Islam tidak sama seperti sebelum kedatangan bala tentera Kublai Khan. Namun begitu, ketika tentera Monggol menakluk kerajaan-kerajaan Islam sudahpun menjauhi amalan sunah. Dengan itu, Allah hadirkan bangsa lain untuk mengambil alih segala kurniaanNya.
Andai hari ini Rohingya ingin menumpang kasih di bumi ini, dahulunya Arab Hadramaut juga menumpang kasih di sini dengan modal bahasa Arab, pengetahuan agama cara mereka serta penampilan jubah putih serban alim.
Sebelum kurun ke-14, kebanyakan kerajaan-kerajaan berbudaya Melayu masih belum Islam menurut syariat Muhammad SAW.
Mereka memang beragama, dengan pengetahuan tentang Svarga (Syurga), Naraka (Neraka), amalan Sembah-Hyang (Solat) di Surau (Musolla), puasa (shaum), mempunyai Raja (Khalifah) dan bala tentera yang kuat dengan teknologi tinggi perkapalan dan logam. Sudah tentu ada bahasa Malayu yang terunggul dan halus dengan sebab itu al-Quran mudah diterjemah.
Adakah mereka itu Hindu penyembah dewa-dewi atau pengikut agama rasul-rasul terdahulu yang membawa syariat di dalam bahasa Avestan?
Mungkin membawa konsep pencipta, Annunaki dari Nibiru. Adakah ia ada kaitan dengan gempa bumi di Sabah? Disebut-sebut sebagai sumpahan Aki Nabalu.
Misteri apakah kerajaan-kerajaan berbudaya "Malayu" tumbang satu demi satu mulai kurun ke-14 hingga kini?
Pendita pernah mendengar ustad kampong mengatakan bahasa Melayu itu tulen hanya pada 3 perkataan iaitu batu, babi, kayu. Orang-orang kampong hanya diam mengiyakannya! Tiada siapa berani membangkang. Sedikit demi sedikit bahasa Melayu terhakis. Dari Arab manakah ustad tersebut mendapat ilmu nista?
Hari ini orang kita lebih suka "iftar" berbanding "berbuka puasa".
Apakah misteri pertama kejatuhan bangsa?
Jawapan 1: Siapakah daku ini?
Siaran Klasik Nasional contohnya, pagi-pagi ceramah agama, pagi-tengahari iklan obat cantik-sehat-kuat, petang kisah sedih ADILA, senja ceramah agama. Malam sayup baharu dapat lagu-lagu nostalgia.
Sesetengah badan perniagaan milik Melayu mengamalkan budaya agama tak kira tempat dan masa. Pagi-pagi dihantar emel amalan-amalan baik dalam Islam. Mood kerja untuk jadi baik-baik saja. Diharapkan tafsiran "baik-baik" itu diterjemahkan dengan hasil kerja yang tinggi mutunya.
Apakah misteri kedua kejatuhan bangsa?
Jawapan 2: Apakah amalanku mencukupi untuk bekalan?
Bulan Ramadhan ini kita dengar orang berkata-kata tentang konsep skor bolasepak iaitu "kosong-kosong" atau 0-0 bermaksud saling bermaaf-maafan tanpa prejudis.
Oh ya, dulu budak ini memfitnah Cik Sri sampai dia tinggalkan Universiti Malaya sebab malu besar, bulan Januari lepas. Hari ini Ramadhan ke-4, budak itu pergi berjumpa Cik Sri mintak "kosong-kosong". Dari bulan Januari sampai Mei, tiadakah amalan 0-0 ini?
Apakah misteri ketiga kejatuhan bangsa?
Jawapan 3: Mengapakah aku dipermainkan dengan kemaafan?
Pendita, apakah misteri-misteri lain kejatuhan bangsa hari ini?
Jawapan Pendita: Macam-macam. Anda sekalian tentu sudah melihat senarionya.
Sekian.
-Pendita-
[*1]: Bezakan dengan Melaka-Hari-Ini.
[*2]: Sebab itu guru besar luluskan peruntukan, guru pengiring boleh membeli-belah pula.
[*3]: Syah Bandar, "bandar" di dalam bahasa Farsi bermaksud pelabuhan.
[*4]: Macam tak kena alih bahasa ini. Kerajaan-kerajaan berbudaya Arab ini terletak dari Barat kita. Seperti kita ungkapkan benua Eropah sebagai negara Barat sebab geografinya barat dari kedudukan kita.
[*5]: Apabila mengisi borang biasiswa atau kemasukan UA (universiti awam) tick Melayu. Masuk UMNO bertanding jawatan mengaku Melayu jati. Kenaikan pangkat jawatan awam berbudaya dan beramal Melayu. Apabila Melayu dicaci, kembali bangsa asal tok-nenek.

Rabu, Jun 17, 2015
Selamat berpuasa
Ya, sudah agak lama Pendita tidak berkarya. Dengan suasana negara yang tidak menentu menyebabkan Pendita malas hendak menulis. Apatah pula Harimau Malaya tersumbat dengan 6 gol tiada berbalas ketika menentang Palestin semalam, makin tiada mood hendak menulis.Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini, Pendita ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada anggota Penditas serta para pengunjung blog ini. Semoga Ramadhan 2015 ini membuka pintu rezeki, merungkai segala kekeliruan dan menguatkan peribadi kita.-Pendita-
Langgan:
Catatan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-

1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...