Jumaat, Disember 26, 2014

Surutnya banjir dahsyat di Pantai Timur, terbitnya pasukan panji hitam?

Semoga saudara kita yang terperangkap banjir segera diselamatkan dengan izin Allah yang terkuat lagi maha perkasa.
Pendita tiada daya untuk menulis panjang lebar mengenangkan nasib mereka seolah-olah menghayati peristiwa banjir besar zaman Nabi Nuh A.S. yang sangat mengerikan.
Sesuatu yang berlaku itu tentulah sebab "fenomena cuaca", tetapi di sebaliknya kita tahu sesuatu bencana itu Allah sediakan petunjuk.
Banjir kali ini bukanlah seperti biasa musim tengkujuh. Ia sangat luar biasa dan boleh dikelaskan sebagai darurat.
Pendita boleh bayangkan betapa jiwa kita insaf di atas kejadian ini. Ia sebagaimana penduduk Acheh insaf setelah peristiwa Tsunami.
Dari keinsafan ini akan muncul kekuatan hati. Ketika mengharungi arus deras di dalam kegelisahan, ketakutan, kelaparan, kehilangan dan segala macam dugaan; umat Melayu akan bangkit sejurus surutnya banjir ini.
Selepas banjir besar tahun 1970, umat Melayu mulai mendekati agama maka wanita-wanita Melayu mulai mengenakan penutup aurat. Tahun 2014 sebelum berlakunya banjir ini, wanita-wanita Melayu sibuk mengenakan penutup aurat berfesyen mahal sambil berkongsi foto di dalam talian.
Kini banjir melanda, mereka terputus bekalan makanan dan tenaga elektrik. Maka terkontang-kantinglah mereka, terpaksa memasak dengan air "teh tarik" sebagai juadah darurat. Tiada lagi aplikasi WhatsApp, Selfie sebagai pengubat sunyi.
Di saat-saat genting ini baharulah nama Allah disanjung-sanjung. Apakah komen para pemain politik yang berlandaskan agama itu?
Apakah banjir kali ini petunjuk bahawa pasukan panji hitam sedang dipersediakan?
Diriwayatkan oleh Sa'id bin Jubair berbunyi, "Tahun sebelum kedatangan Imam Mahdi akan terjadi hujan lebat selama 24 hari. Kalian akan merasakan dampak sekaligus keberkahannya."
-Pendita-

Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....

Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...