Isnin, Januari 14, 2013
BOM Nephi 3:11-20
1 Nephi 3:11
11 Dan kami membuat undi-siapa yang akan ke rumah Laban. Maka undian jatuh pada Laman; dan Laman pergi ke rumah Laban, dan dia berbual dengan Laban di dalam rumahnya.
1 Nephi 3:12
12 Dan Laman menyatakan hasratnya untuk mendapatkan rekod salasilah yang tertulis pada plat loyang, juga mengandungi maklumat salasilah bapaku.
1 Nephi 3:13
13 Sesungguhnya, telah berlaku bahawa Laban meradang dan menghalau Laman dari rumahnya; dan tidak sama sekali membenarkan Laman memiliki rekod tersebut. Laban berkata,'Kamu pencuri, aku akan bunuh kamu.'
1 Nephi 3:14
14 Laman segera melarikan diri dan menceritakan kepada kami tentang apa yang telah berlaku. Dan kami sangat sedih, maka kami mula terfikir untuk kembali ke pangkuan bapa kami di pedalaman.
1 Nephi 3:15
15 Sayugia aku berkata kepada mereka bahawa: Dengan kuasa Tuhan. Selagi kita bernyawa, kita jangan sesekali kembali ke pedalaman melainkan perintah Tuhan ini diselesaikan.
1 Nephi 3:16
16 Maka kami akan patuh terhadap perintah Tuhan; maka kami kembali ke tanah tumpah darah kami, biarlah segala harta, emas dan perak yang ditinggalkan. Sesungguhnya, bapa kami lakukan semua itu demi perintah Tuhan.
1 Nephi 3:17
17 Demi, bapaku tahu bahawa Baitul Magdis akan ditimpa bala atas keingkaran manusia.
1 Nephi 3:18
18 Sesungguhnya, mereka telah membantah ajaran nabi-nabi mereka. Demi, jika bapaku juga membantah perintah Tuhan dengan tidak meninggalkan kota Baitul Magdis, maka dia juga akan ditimpa bala Tuhan. Maka bapaku mesti berhijrah.
1 Nephi 3:19
19 Sesungguhnya, dengan kebijaksanaan dari Tuhan maka rekod ini perlu diambil supaya ia dapat mempertahankan bahasa ibunda untuk diwariskan kepada anak-cucu.
1 Nephi 3:20
20 Dan juga kami dapat mewariskan kepada mereka kata-kata hikmah para-para nabi yang telah diwahyukan melalui para malaikat dengan izin Tuhan dari masa bermulanya dunia sehingga kini.
Langgan:
Catatan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...