Rabu, Jun 13, 2012
Harimau Malaya terbaik!
Pendita ucap tahniah kepada perwira Harimau Malaya di atas perjuangan hingga ke akhir perlawanan!
Siapa kata anak muda kita lemah? Ternyata mereka mencipta benteng yang utuh malah berupaya merobek tembok musuh. Ya, inilah contoh terbaik pemuda gagah. Ayuh, kukuhkan benteng dan maruah negara.
Harimau Malaya mencukupi dengan anak tempatan.
Semangat harimau di tujuh kuala sungai...
Sekian.
Sabtu, Jun 09, 2012
Peristiwa Jalan Besar...jika masih tak percaya
Ucapan salam daripada Pendita untuk semua!
Malam tadi sungguh mengecewakan. Apabila pengadil dari Hong Kong, Ng Kai Lam atau nama timangan Alan memberi sepakan percuma kepada pasukan Singapura, lantas meruntuhkan tembok yang kukuh dibina oleh perwira bolasepak kita... Ya, semangat harimau luntur untuk beberapa minit terakhir.
Suatu ketika Pendita menuntut di luar negara, seorang duta memberi pengucapan awam menjawab soalan mengapa pelajar bumiputera lebih banyak diberi peluang berbanding yang bukan. Beliau dengan sinis menjawab, bahawa suatu ketika dahulu pelajar Melayu diketepikan untuk menduduki kelas tingkatan 6 oleh guru bangsa pendatang. Ya, kuasa menyenaraikan pelajar yang layak di tangan mereka, kalau tak tahu. Pada zaman itu, untuk diterima universiti mestilah memiliki Higher School Certificate atau HSC atau STPM. Beberapa generasi Melayu telah ketinggalan di dalam segala bidang kecuali golongan bangsawan secara senyap memantapkan kedudukan keturunan mereka. Kini tembok segala bidang orang Melayu mulai kukuh. Lihat dan percaya, siapa yang sedang merobohkannya dengan segala helah tipu muslihat.
Pendita pasti anda sendiri menyaksikan apabila kuasa di tangan mereka. Lihat wajah anak Melayu yang terkedu kecewa. Wajah itulah yang kita tidak dapat lihat pada muka nenek-moyang kita suatu ketika dahulu. Oleh sebab itu nenek-moyang kita serius tentang pendidikan. Itu juga antara agenda perjuangan politik untuk membina dan menyedia apa saja prasana pembelajaran khas untuk anak bumiputera.
Peristiwa Jalan Besar...jika masih tidak percaya. Sekian.
Jumaat, Jun 08, 2012
Malapelataka 2012
Pendita ucapkan salam kepada anggota Penditas dan pengunjung sekalian.
Berdasarkan kajian Pendita, boleh diramalkan beberapa peristiwa besar mungkin berlaku sebelum 2013. Namun, hati-hati. Ini hanya andaian. Entah iya berlaku. Harap-harap ia tidak berlaku.
Berikut adalah tarikh diramalkan berlaku peristiwa besar:
a) 21 Julai 2012 (Sabtu): suara dari langit, lintasan planet X atau Nibiru
b) 2 Ogos 2012 (Khamis): suara dari langit
c) 19 Ogos 2012 (Ahad) suara dari langit
d) 17 September 2012 (Isnin): huru-hara
e) 26 Oktober 2012 (Jumaat): jemaah haji dirompak
f) 15 November 2012 (Khamis): imam Mahdi muncul
Kita menyaksikan ekonomi dunia yang sedang tenat, seolah-olah berada "di hujung tanduk". Harga emas yang tidak menentu adalah sebuah cerita tentang ekonomi dunia semasa. Manakala, jika emas dijadikan matawang utama maka runtuhlah ekonomi Amerika Syarikat dan seterusnya dunia. Apabila ekonomi dunia runtuh, wujudlah perompak berskala dunia. Apa lagi kalau bukan hendak mengambil apa saja harta selain matawang fiat Dollar dan lain-lain. Sumber asli!
Sumber asli dari tanah yang subur, iklim yang sekata seperti air bersih, logam, minyak, tumbuhan dan binatang yang mempunyai nilai bioteknologi. Sudah tentulah di lokasi geografi yang sangat strategik di dunia. Cara mudah adalah dengan permainan politik!
Sekian.
Langgan:
Catatan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...