Kisah ini diambil dari Kitab Warisan Perubatan Melayu yang dibukukan pada tarikh Sanah 1288 oleh Muhammad Salleh ibni Ahmad Penambang di Kota Raja, Kelantan. Dari kitab asal ini saudara A. Samad Ahmad telah menyiapkan versi Rumi pada tahun 1981 dan ia diterbitkan pula oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kisah ini membawa maksud bagaimana ikhtiar untuk kekal sihat. Susunannya serba sedikit Pendita ubah untuk mudah dibaca.
Disamping kita bekerja keras demi kehidupan ini janganlah dilupa kesihatan diri. Kerana tanpa tubuh badan yang sihat hidup ini kurang warna-warninya.
##########################################################
Fasal ini sekali peristiwa tatkala masa pemerintahan Raja Nasyruan Adil, maka dihimpunkan empat orang tabib yang tahu; seorang dari benua Rom, seorang dari benua Hindustan, seorang dari benua Habsyah, dan seorang dari benua Iraq. Maka titah Raja Nasyruan pada mereka itu, "Hei kamu keempat tabib, pilih oleh kamu akan daku, suatu ubat yang tiada lagi akan datang penyakit padaku."
Maka sembah tabib dari benua Iraq, "Tuanku, bahawa diminum air hangat pagi-pagi tiga teguk tatkala belum makan, tiada lagi datang penyakit pada orang itu." Maka sembah tabib dari benua Rom pula, "Tuanku, akan ubat segala penyakit, bahawa dibaham sehari sedikit pagi-pagi daripada jabar risyadah.
Kemudian berdatang sembah pula tabib Hindustan, "Dimakan tiap-tiap hari tiga biji buah kedekai (kedekik) yang hitam, tuanku."
Maka tabib benua Habsyah berdiam juga. Kemudian Raja Nasyruan pun bertitah, "Mengapa maka engkau diam?" Maka tabib benua Habsyah pun berdatang sembah, "Tuanku, sebabnya maka hambamu berdiam, kerana bersalahan sembah tabib yang tiga itu, tuanku." Maka titah Raja Nasyruan, "Hei tabib Habsyah, betapa salahnya kata tabib yang tiga itu? Syahadan betapa benarnya; katakanlah kepada aku supaya kudengar."
Maka sembah tabib Habsyah, "Ya tuanku, air hangat itu jika diminum pagi-pagi, akan menghancurkan hati dan melembutkan mi’dah (perut); Kerana sebab nan itu asalnya dan pada darah, barangkali sampai kepadanya hangat, nescaya hancur olehnya. Adapun akan jabar risyadah, jika dimakan pagi-pagi menambah penyakit bernama safrawi, ya tuanku. Adapun akan kedekai itu, jika dimakan pagi-pagi akan menambah penyakit bernama sadawi, ya tuanku."
Maka titah Raja Nasyruan, "Apa jua itu yang baik di makan?" Maka sembah tabib Habsyah, "Ya Syah Alam, segala ubat yang terlebih utama daripada sekalian ubat, tiada lagi ada penyakit sertanya, bahawa:-
a) jangan makan melainkan pada ketika lapar, barangkala makan jangan bahana kenyang;
b) dan jangan minum air melainkan pada ketika dahaga, dan jika minum jangan bahana penuh.
c) Dan jangan dihimpunkan makanan yang sama perangainya, seperti daging dan telur; kerana keduanya itu hangat.
d) Dan jangan dihimpunkan memakan ikan dan susu; kerana keduanya itu sejuk.
e) Dan jangan dihimpunkan memakan seperti buah kayu dan susu yang baru ditengger; kerana keduanya itu basah perangainya.
f) Dan jangan makan makanan yang berlendir kurang masaknya.
g) Dan jangan makan makanan yang sukar hancur atau liat, atau keras pada ketika memamah dia. Barangkala sukar pada ketika memamah, maka terlebih sukar lagi mi'dah mencernakan dia.
h) Dan jangan makan serta meminum air, biarkan dahulu supaya tetap makanan itu atas mi'dah,
i) Dan jangan watti (bersetubuh) pada ketika tiada ghalib syahwat,
j) dan jangan tidur barangkala tiada mengantuk.
Inilah ya syah alam, ubat yang tiada kepadanya penyakit." Maka sembah tabib yang tiga, "Sesungguhnya, seperti kata tabib Habsyah itu benar, ya syah alam."
######################################################
Rabu, September 29, 2010
Selasa, September 07, 2010
Syawal yang mulia
Assalamualaikum!
Selang beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut 1 Syawal yang mulia. Bagi kanak-kanak inilah hari riang-ria sambil menayangkan kasut baru masing-masing. Bagi remaja inilah masanya mengirim ucapan-ucapan manis untuk si-Dia.
Bagi yang bujang, ikut nasib kerana zaman mereka betul-betul diuji dengan qada' dan qadar masing-masing. Ada yang berjaya. Ada yang terkial-kial mencari kehidupan. Dan 1 Syawal ini bakal mengundang pelbagai peristiwa. Bagi yang mempunyai pasangan dan pekerjaan, Aidilfitri adalah sempurna. Namun, bagi yang menganggur, Aidilfitri adalah penduga.
Bagi orang-orang dewasa, Aidilfitri hanyalah perasaan bangga dengan Dewata Mulia Raya. Berjaya melepasi Ramadan. Membeli-belah sekadar mengambil hati anak-anak dan juga isteri. Bagi Tok Wan, Aidilfitri peluang untuk berkumpul beramai-ramai melepaskan rindu sambil bermaaf-maafan. Inilah suasana Melayu semenanjung moden ini.
Ingatkah tuan-tuan dan puan-puan artikel saya yang lalu: Ramadan yang mulia?
Artikel tersebut diantaranya membincangkan soal siapakah teman sebenar kita ketika beribadah puasa dan bersuka di bulan Syawal. Jika tuan-tuan dan puan-puan diam sejenak mungkin teman-teman ini sudah dikenalpasti.
Perkara yang sama juga akan dialami beberapa hari lagi nanti. Ini perkara fokus peribadi. Bagi sesetengah orang ini isu remeh kerana mereka hanya bergantung pada Dewata Mulia Raya dan beramal dengan falsafah 'diriku mencukupi' atau self-sufficient.
Isu orang-orang Indonesia membakar bendera Malaysia. Isu Ayuthia itu Islam atau kafir adalah petunjuk siapakah puak-puak ini yang menegakkan pendapat masing-masing dengan niat nista. Kerana mereka tidak bergantung harap pada Allah dan diri mereka tidak mencukupi itu maka muncul sebuah puak yang bersatu pada prinsip yang tertentu.
Apa gunanya men'ganyang' Malaysia? Silap haribulan orang Malaysia meng'gayong'kan orang Indonesia pula. Jangan fikir orang Malaysia tidak berani meng'gayong'kan orang Indonesia. Namun begitu, perlukah kita berganyang-gayong? Jadi jangan pentingkan diri sendiri. Sempena Syawal yang mulia dengan titah Raja Mandalika ketika meletakkan Islam di nusantara ini marilah kita saling bermaaf-maafan.
Apa gunanya serang-menyerang soal Ayuthia itu Islam atau kafir? Silap haribulan memang benar Bangkok itu daerah Melayu. Kerana nenek-moyang Melayu bergerak melalui Himalaya. Jangan fikir dari bacaan di internet serta catatan diari lama boleh menbuktikan sesuatu itu dengan sempurna. Di akhir zaman ini satu-persatu rahsia bakal terbongkar.
Dahulu kita tidak pernah ambil kisah tentang Ayuthia kerana di dalam teks sejarah sekolah sudah menerangkannya untuk peperiksaan. Kita juga tidak pernah terfikir apakah benar Banda Hilir di Melaka itu terletaknya istana Raja Melaka. Sebab adat-istiadat raja-raja Melayu istananya di hulu sungai.
Dan tiba-tiba kita mendapat tahu gereja yang sempurna di Melaka hanya wujud pada tahun 1710. Hampir dua ratus tahun sejak 1511 baru ada gereja yang sempurna. Dan kenapa pula beria-ia Belanda menyerang daerah Kristian Portugis? Sedangkan kita tahu Portugis diberi mandat oleh Vatican untuk menjaga Melaka. Jadi sempena Syawal yang mulia ini marilah kita saling bermaaf-maafan soal Ayuthia itu.
Kita saling bertukar maklumat tentang perkara ini sampai tiba 2012 di waktu pemuda Bani Jawi berjumlah 313 keluar melaungkan semula kalimah Dewata Mulia Raya sejak Raja Mandalika meletakkan batu keramat di Kuala Berang, Terengganu pada 1326.
Apabila Surah al-Kahfi pengubat fitnah dajal menerangkan tentang pemuda-pemuda mulia, tentang raja Iskandar bapa kepada raja-raja Melayu. Dan apabila sejak kebelakangan ini orang-orang Melayu semenanjung kerap terjumpa khazanah purba dari perut bumi. Batu hitam di Kuala Berang dan raja-raja Melayu serta kesatrianya...Suatu peristiwa besar akhir zaman yang sudah mendekat.
Salam Aidilfitri untuk rakan-taulan di seluruh dunia!

Langgan:
Catatan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-

1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...