PENDITAS - Pendita Suvarnabhumi
Rabu, Julai 05, 2017
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa!Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. Isunya ialah Kementerian Kesihatan Malaysia berkira-kira mengorbankan syarat Bahasa Melayu untuk para graduan perubatan "entah siapa-siapa" yang tidak pernah ambil peduli tentang bahasa ini. Iyalah, kununnya untuk jawatan kontrak sahaja.Tentang bahasa kebangsaan ini sungguh memilukan apabila ia diserang bertubi-tubi sejak kedatangan para imigran dari merata dunia, yang kafir mahupun Islam.Orang Islam yang berbudaya Arab atau dari benua Hindi menyerang bahasa ini dengan mem-pasembur-kan (campuk aduk sesuka tok nenek dia) dan dijadikan rasmi melalui ceramah keagamaan dan penulisan kitab. Kata meraka bahasa ini menceduk macam menyenduk kuah kacang pasembuq Penang.Orang Melayu kampongan (dari banjar, minang, java, mendailing, kerinchi, bugis main kasar, dan lain-lain puak campuran) yang mendapat biasiswa dari usaha Dasar Ekonomi Baharu pula sudah tidak lagi pandai berkata-kata Melayu.Sejak kembali dari United Kingdom dengan ijazah kedoktoran dan kini orang kaya di universiti awam dengan gred JUSA A, mereka tidak bisa lagi berkias di dalam bahasa Melayu tetapi fasih menyindir di dalam bahasa Inggeris. Pun begitu, mereka tidak pula menerapkan nilai-nilai murni Inggeris di dalam pentadbiran tetapi memimpin secara tradisional seperti di pedalaman Felda.Orang kafir yang kuat minum todi, makan babi salai pula sememangnya tidak pernah menyukai apa sahaja berkaitan Melayu. Jadi usahlah dipujuk rayu atau menaruh harapan untung-untung mereka menjadi rakyat Malaysia sejati. Jadi berhujah tentang mereka seperti menghidangkan mee besen kepada katak.Kaki sebenar yang mengorbankan Bahasa Melayu dengan kekuatan datang dari orang kita sendiri. Jikalau tuan-tuan sangsi silakan bertandang ke universiti awam terutamanya di jabatan-jabatan kejuruteraan. Tuan-tuan dari NGO Melayu boleh membuat bancian secara pemerhatian lenggok para pensyarah yang teguh dengan bahasa Inggeris yang tidak seberapa itu.Dari percakapan hingga ke persuratan emel juga di dalam bahasa Inggeris. Sudah tentulah kuliah dijalankan di dalam bahasa itu. Apa tidaknya, orang kaya universiti menyatakan keteguran rasmi supaya kuliah mestilah di dalam bahasa itu.Bukankah "melonjak tinggi" (soaring) sudah memadai?Di dalam sibuk-sibuk menyerang menteri dari kalangan parti politik Barisan Nasional, NGO-NGO Melayu jangan pula terlepas pandang golongan bangsawan universiti yang selama ini mencampakkan bahasa ibunda kita ke tahap yang sangat hina!-Pendita-
Sabtu, April 29, 2017
Akibat terlalu bergantung pada Ostad
Assalamualaikum!Agak lama Pendita mendiamkan diri dari berkata-kata. Sebabnya agak seni, iyalah...cerita fitnah dan kelakuan masyarakat membuatkan Pendita selalu mual dan jelik. Namun, apa boleh buat, inilah takdir akhir jaman yang telah termaktub di Lauh Mahfuz.Semasa Pendita anak-anak atau muda-muda, selalu juga dibawa ke ceramah-ceramah agama. Jadi, apa yang diceramahkan itu, itulah menjadi panduan hidup tanpa tapisan usul-periksa. Juga, apa yang diceramahkan itu menjadi usul untuk dibuat tafsiran sendirian.Dewasa ini, kegiatan ceramah bertambah hebat. Pada minggu lepas, merata-rata syarahan tentang Israk dan Mikraj. Ya, tentang pengembaraan Nabi Muhammad SAW ke angkasaraya itu. Ia adalah kesah Nabi tawar-menawar dengan Allah tentang sembahyang.Bagi yang hidup sosial pula, minggu-minggu yang lepas teruja dengan kesah "laju dan geram" (Fast & Furious) sampai bertepuk tangan di dalam panggung wayang. Maklumlah, terkesima dengan cerita yang kununnya tentang ikatan kekeluargaan (..atau punggung pompuan yang tersembul itu?).Tuan guru bagi masyarakat kita adalah para agamawan. Untuk rujukan selain nya, mereka hanyalah sekadar profesor, profesor madya, pensyarah, cikgu, guru silat, tok bomoh, dukun, bidan, tukang urut.Maka, radio-radio berbahasa Melayu di seluruh Malaya pastinya menyediakan slot untuk para Tuan Guru mendoktrinkan para pendengar. Persatuan politik juga menyediakan jawatan berbayar kepada mereka. Universiti pula menyediakan pusat khas dengan peruntukan wang yang besar.Setiap hujung minggu tempahan ceramah saking banyaknya di merata ceruk kampung dan perumahan.Tidak hanya yang itu, jadual khusus tersedia untuk para pesara dari pagi hingga ke malam, sepanjang minggu. Jadi, jika di panggil atok ajis (pencen kerajaan negeri) pada satu-satu masa mungkin anda diberitahunya sibuk dengan jadual kuliah ugama.Untuk urusan-urusan sedemikian, para penceramah bukanlah memberi khidmat masyarakat secara percuma. Siapa kata belajar hingga ke Suriah tidak boleh cari makan mewah?Pada minggu lepas, mungkin anda hadir syarahan Israk dan Mikraj. Pastinya anda kagum dengan isi kuliah dengan cerita yang mengkagumkan. Jadi anda yakin Nabi Muhammad SAW panjat menaiki tangga dari langit ke langit sambil bersua para nabi-nabi lain? Ya, sudah tentu kita yakin lagi beriman. Hari ini, coba anda ulas semula jalan cerita Israk dan Mikraj sambil merujuk fakta saintifik moden. Apa itu lapisan langit? Kok bisa kok gitu...Menjadi masalah besaq la ni ialah para agamawan agak fanatik dengan fakta sains yang ditawarkan oleh para pengikut Dajjal. Segala macam fakta planet dari NASA, ROSCOSMOS, ESA serta para astronomi moden, kita telan bulat-bulat termasuklah Tuan-Tuan Guru.Jikalau minggu lepas kita beriman dengan Israk-Mikraj, minggu ini kita mungkin sangsi dek model planet moden yang mengatakan di angkasaraya ada banyaknya galaksi. Mungkin kita tidak sendirian di alam ini. Ada alien UFO yang akan mendarat di bumi pada suatu hari nanti...Bukankah Allah berfirman tidak mungkin Jin dan Manusia dapat menembusi langit melainkan dengan kekuatan?Jika anda kembali bertanya kepada Ostad perihal ini, mungkin jawapannya ialah, "...langit itu hanya dalam pengetahuan Allah, wallahu'alam bissawab (hanya Allah yang tahu, saya tidak bisa jawab)."Ek! Apasal pendek benau jawapan Ostad? Apakah Ostad terkedu dengan fakta sains sajian para pengikut Dajjal sebab Ostad tidak pernah membuat penyelidikan tulen tentang kejadian bumi yang Allah hamparkan itu?Nabi Muhammad berpesan kepada kita bahawa di akhir jaman mengamalkan agama seolah-olah menggenggam bara api. Apakah sukarnya mengamalkan agama itu sebab suasana masyarakat ataupun ajaran mahupun fatwa moden itu keterlaluan hingga membebankan penganutnya?Jadi, bukanlah aneh jika Nabi khabarkan bahawa apabila munculnya Dajjal nanti, pengikutnya juga dari para ulamak.Oleh kerana segala macam fatwa dan ajaran dirujuk dengan fakta sains, ekonomi, sosial; apakah Islam-hari-ini sangat compatible atau cocok dengan acuan Dajjal? Inilah fitnah yang sangat menggerunkan!Masyarakat kita memang terkenal dengan taksubnya dia dengan Tuan Guru. Jika diminta kreditkan semua gajinya kepada akaun bank Ostad, kemungkinan besar dia akan lakukan demi janji ganjaran syurga yang digambarkan. Para wanita juga sudi menjadi suri ke-3 Ostad kerana janji agung payung emas di akhirat nanti.Para ibu-bapa sanggup menghantar anak untuk dididik menjadi Ostad demi sebuah doa dari anak yang alim, kununnya. Sedangkan ibubapa sendiri menjawat tugas sekular.Akibat terlalu bergantung pada Ostad, pada suatu masa tahun 1980an, para sunti mahasiswi universiti awam menjadi isteri madu para-para Ostad jemaah ugama yang berjubah serban adalah perkara normal. Lagipun, bukanlah salah sebab mengikut syariat juga.Apakah Islam lemah kerana umat Islam memang lembik atau ajaran yang dibawa itu yang salah? Mengapa setiap negara umat Islam sunnah wal jaamah tiada satu pun terselamat daripada watak "Ahok" itu?Mengapa budak Kim Jung-un kafir mampu menggerunkan musuhnya Trump? Sedangkan Syria dan Afghanistan dibedil sambil lewa sahaja oleh si Ahok USA?Si budak Kim itu belajar daripada para bijaksana Korea Utara, China dan Russia. Dia tiada keperluan pada Tuan Guru dari mana-mana kumpulan agama. Dia beroperasi atas dasar manusia itu sendiri yang memang berasal dari syurga dan semulajadinya cerdik dan bijak.Bedanya, dia mungkin kejam pada pandangan orang luar yang membuat tanggapan tersebut berasaskan media sajian para pengikut Dajjal. Pada dasarnya, Kim tidak tunduk pada pemerintahan Dajjal. Jikalau Kim mengucap dua kalimah syahadah, beliau mungkin membawa salah satu dari panji-panji di bawah kepimpinan al-Mahdi.Di tanahair, para Ostad kita suka berhujah di dalam media dan di khalayak ramai. Bercakap lagi bercakap hingga kawasan sendiri penguasanya Ahok. Udah kena baru perasan tetapi insafnya hanya sementara. Kekuatan umat Islam di seluruh dunia pun tidak dapat menandingi keupayaan Korea Utara menangani pemerintah Dajjal. Sungguh ku malu!Akibat terlalu bergantung pada Ostad...-Sekian-Pada tajuk Pendita sebutkan "ostad". Mereka ini Pendita golongkan sebagai bukan alim yang kepingin bangat hendak menjadi ustaz.
Ahad, Julai 10, 2016
Rumah terbuka Aidil Fitri: Jikalau setakat mee kari dan kuih kering...
Selamat Hari Raya!Mulai hari Isnin, berita-berita jemputan rumah terbuka akan mulai tersebar di kantor-kantor. Iyalah, masing-masing sudah masuk bekerja.Cara yang paling mudah, berkesan serta menjimatkan adalah "membawa bekal" atau dikenali sebagai potluck. Ini budaya orang-orang di Lembah Klang, kununnya.Selama Pendita perhatikan sejak tahun-tahun kebelakangan ini, jelas nampak betapa pemalasnya orang kita memasak untuk para tetamu. Mereka hendak orang menjengah ke rumah tetapi hidangan menyakitkan hati. Habis, semua rumah hidangkan rendang, ketupat, lemang. Sampai kembung perut hendak muntah makan benda yang sama. Orang nak makan nasik, tahu ke tidak?Semasa awal Hari Raya, para tetamu berlonggok di ruang tamu dengan hidangan kuih kering dan air gas berais. Selang beberapa minit, bersurailah mereka. Bab bersalam-salaman, bermaaf-maafan, wajib hadir selesai. Samada anggota rumah tak sempat melayan atau tetamu yang hendak cepat-cepat ke rumah lain pula, tak tahu. Entah saudara belah mana atau siapa yang datang?Pendita lihat ada rumah jemput orang kafir pada pagi 1-Syawal. Ada akai ka?Esok, lusa dapatlah pesanan elektronik jemputan ke rumah terbuka. Bagi yang berduit, mereka menempah khemah dan pelayan dengan jamuan buffet. Jadi, kita yang dijemput ini datang makan-makan macamlah kemaruk sangat.Iyalah, kita datang semata-mata disuruh makan, makanan yang kita mampu beli. Tuan-tuan fahamkah maksud saya? Tujuan berkumpul adalah untuk santai sambil berbual dengan anggota rumah, seperti reunion alumnus setahun sekali. Jikalau setakat makan ia bermaksud kenduri. Rumah terbuka hanya untuk kenalan rapat dan saudara-mara.Bab makanan, di dalam budaya kita, memang sensitif. Ia adalah pembawakan sejak jaman doeloe-doeloe (zaman dulu-dulu gaya Belanda-Java). Nenek-nenek kita dulunya miskin, kais pagi makan pagi. Tambah lagi pada era Kominis Malaya yang kejam lagi anti-Islam, kini berdaftar sebagai parti politik yang disanjung anak-anak Melayu bengap sejarah.Hari ini, bab makanan sensitifnya terletak pada tahap kesedapannya. Bukan lagi setakat apa yang dhidangkan. Orang lebih sanggup membayar KFC dari pergi ke rumah Mak Busu atau restoran tomyam yang masak cincai-cincai itu.Jadi, sesiapa yang berkira-kira membuka rumah untuk jamuan Aidil Fitri, fikir-fikirkan. Jikalau tiada peruntukan besar, potluck cara terbaik. Jikalau mengada-ngada hendak buat rumah terbuka juga, agak-agaklah jamuannya. Sebab para tetamu korbankan masa, wang, tenaga dengan harapan berbunga-bunga. Jikalau setakat mee kari dan kuih kering...-Pendita-Takrifan:
Kenduri Hari Raya: Tetamu boleh jadi entah siapa.
Rumah terbuka Hari Raya: Tetamu dari kalangan rakan rapat dan saudara-mara.
Kenduri Hari Raya: Tetamu boleh jadi entah siapa.
Rumah terbuka Hari Raya: Tetamu dari kalangan rakan rapat dan saudara-mara.
Sabtu, Julai 02, 2016
Perutusan Hari Raya Puasa 1437H: Apakah kesudahan isu vaksin?
Selamat sejahtera! (bahasa Arab: Assalamualaikum)Pertama sekali Pendita mohon segala maaf kerana lama sudah tidak bercerita atau berkhabar. Puncanya, Pendita lelah dengan suasana dalam negara dan sikap bangsa kita yang serba tidak kena.Apa tidaknya? Bermacam hal silih berganti seolah-olah tiada hujung dan pangkal. Kenapa manusia sekarang sangat tidak kreatif dan tertutup hijab bijaksananya?Hari ini dan hari-hari sebelumnya kita teruja dengan isu vaksin. Di samping itu, kita juga turut memantau peristiwa Brexit. Di satu perkara tentang kesihatan. Di satu perkara lain tentang ekonomi Eropah yang tempiasnya bukan boleh dibuat main.Ekonomi dan kesihatan adalah dua kad yang sedang bersuka-suka di dalam isu semasa. Permainan kad ini tiada bedanya dengan perjudian yang terkait dengan kehidupan seharian dan apa jadinya di masa hadapan.Kad-kad ini sangat penting di dalam mengolah emosi masyarakat sepertimana Tok Jali, seorang pencen penjawat awam, menabur beras kepada ayam-ayam kampung. Ayam-ayam ini akan segera mematuk butiran beras tadi dengan falsafah siapa yang cepat dia yang dapat. Ditabur lagi di tempat lain, ayam-ayam ini akan serbu lagi bak berebut tiket perlawanan JDT vs XXX.Di negara kita sangat ramai lulusan sains dan teknologi. Universiti awam kita di antara yang tersenarai di kalangan universiti terbaik dunia. Pun begitu, industri asas teknologi bersusah-payah mengorek rahsia pembinaan benda-benda kompleks. Contoh, industri kereta boleh dibanggakan. Tetapi isu pembinaan enjin dan bloknya masih menjadi misteri. Apa tidaknya? Misteri ini tiada di dalam kitab akademik dan tiada juga ilmu itu oleh para profesor kita.Kita mempunyai ramai mekanik yang boleh mengubahsuai enjin hingga berbunyi gah apabila enjin-modified ini diteran ketika suasana hening di Kampung Parit Tengah. Begitu juga halnya dengan teknologi mercun. Ramai pakar kanak-kanak kita tersadai di hospital gara-gara tidak mengikut metodologi ujikaji yang betul. Inilah kesudahannya apabila misteri tak terungkai di buat cuba-cuba dan fatwa.Demi mengelak sepotong besi berkarat dan reput terus, para saintis bahan memandai-mandai adun beberapa bahan lain ke dalam besi itu. Lahir besi-modified iaitu keluli tahan karat. Dek kalis karat, ia menjadi bahan alien kepada alam. Organisma atau unsur lain tidak berupaya mereputkan bahan asing ini. Ya, ia bahan asing secara alami.Hal serupa pada plastik. Sehinggakan anda terpaksa mengangkut barangan tanpa plastik jika membeli-belah di Melaka. Apa tidaknya? Plastik yang kalis reput akan merosakkan alam sekitar negeri ini!Fahamlah kita, setiap di bumi ini mesti melalui proses pereputan supaya boleh diulang pakai zatnya. Itulah kelestarian.Gara-gara fahaman taksub perkara maslahat, saintis makanan mengambil kesempatan dengan memperkenalkan padi ubahsuai-genetik yang kalis serangga dan penyakit. Supaya populasi dunia mempunyai lebihan makanan.Apa tidaknya? Hasil padi berganda dan tiada lagi manusia yang kelaparan. Maka lahirlah konsep GMO (genetically modified organism). Apakah nasi yang dimakan itu beraksi seperti keluli tahan karat atau plastik di dalam usus manusia? Maklum kanser usus menjadi-jadi sekarang ini.Serangga dan organisma pemangsa bak kanak-kanak tak berdosa itu, bergantung harap rezeki pada pokok padi mendapati ia dijamu dengan racun terorganik. Ayuhai malangnya makhluk-makhluk ini. Hanya manusia hidup senang lenang demi maslahat. Makhluk lain terkial-kial mencari makanan alami.Pupusnya makhluk-makhluk ini runtuhlah rantaian kehidupan. Siapalah akan menanggung beban dosa tak tersengaja menutup rezeki makhluk halus ini? Petua (fatwa) maslahat?Bukankah harus membunuh makhluk perosak?Apa hukum memperkenalkan makhluk asing yang tak pernah wujud ke dalam rantaian kehidupan ini?Nampaknya, golongan bangsawan dunia (The Elitist) cukup licik bermain-main dengan 2 kad tadi. Kad ekonomi dan kad kesihatan diulang kocok. Hari ini sakit besok ada obatnya. Hari ini ekonomi merudum lusa akan pulih jika ambil pakejnya. Apa susah? Bukankah manusia sekarang bagai ayam-ayam kampung yang berebut beras itu?Pendita, apa itu vaksin?Vaksin berbentuk cecair yang lazimnya kita faham ia sejenis ubat seperti ubat batuk. Umumnya, ia diambil melalui suntikan. Kandungan vaksin ada beberapa bahan kimia yang membentuk resepi misteri milik pengilang farmaseutikal.Cecair kimia ini membawa satu jenis atau beberapa jenis makhluk halus (mikro organisma) yang dilalikan atau yang telah dibunuh. Setelah melalui prosedur ketat pembuatannya dan melalui ujian klinikal mengikut metodologi yang padu, obat ini dipasarkan ke seluruh dunia.Kata pakar-pakar perubatan seluruh dunia, vaksin sangat efektif mengekang penyakit-penyakit kental yang sukar diubati. Mereka merujuk pada hasil kajian evidence based medicine iaitu perubatan bersandarkan bukti. Kajian dilakukan melalui instrumen bancian secara kuantitatif dan kualitatif. Setelah proses olahan statistik selesai maka terhasil beberapa carta yang dihias cantik dengan dapatan yang menarik!Dapatan ini dilaporkan ke kitab-kitab akademik berbentuk jurnal. Dan bab-bab di dalam jurnal ini dijadikan sandaran sahih bagi pakar perubatan di seluruh dunia. Lebih-lebih lagi ianya dikarang oleh saintis terkenal yang berkarya di universitas terkemuka dunia.Sebagai menghormati umat Islam, wakil-wakil pengilang farmaseutikal ini akan memberikan penerangan tentang vaksin bersandarkan kitab-kitab akademik yang kununnya sahih sanad kepada wakil-wakil ustad yang bertugas di kantor-kantor atau majelis-majelis agama Islam.Dipancarkan beberapa slaid PowerPoint atau Prezi ke layar putih, pembentangan itu mungkin sangat meyakinkan sehingga kata orang Amerika drop their jaw to the floor. Iaitu para ustad mungkin tercengang hingga terbuka luas mulutnya melihatkan dan mendengarkan fakta itu.Hasilnya, petua tentang vaksin diwartakan. Maka berbondong-bondong bayi umat Islam mendapatkan suntikan vaksin demi maslahat kesihatan. Samalah juga apabila hendak menunaikan haji. Begitu tiada siapa mempersoalkan kesahihan kitab perubatan akademik sepertimana keras-keras membantah hadis-hadis palsu dan fahaman Syiah.Apa nabi ajarkan kita berubat menggunakan mikro organisma berbahaya yang dipaksakan ke dalam saluran darah? Tambah-tambah di tika bayi baharu mendarat ke dunia ini? Detik organ-organ sedang menciptakan sistem dalaman, bahan asing telah diperkenalkan lebih awal ke dalam darah seorang bayi. Maka terlahirlah GMO berbentuk manusia yang kalis penyakit tertentu. Genetically modified human species (GMHS). Seperti padi kalis penyakit atau keluli tahan karat atau plastik yang tidak mereput. Kita tidak tahu apa kesannya terhadap otak bagi jangka waktu yang panjang. Secara luaran kita lihat semua orang waras-waras belaka. Apa tidaknya? Aku dan engkau sama, kita serupa. Sebab kita sama-sama kena injit. Tidakku nampak bukti kesan buruk terhadap emosi serta tingkah-laku...Tentera adalah golongan yang paling banyak kali disuntik vaksin dari pelbagai jenis.Yang pastinya kita dapat melihat serta meramal pola pemikiran masyarakat dewasa ini. Kita sudah kehilangan bijaksana. Kita tidak lagi mampu melihat di balik tabir serta menafsir. Sudah tentu kita dengan mudahnya dipermain-main dengan 2 kad tadi. Orang-orang lama di kampung-kampung mungkin berasa pelik dengan masyarakat moden. Akhirnya berlaku suasana tak boleh masuk di dalam pergaulan.Lama-kelamaan masyarakat dunia menjadi zombie yang waras kecuali para bangsawan dunia serta kaum keluarganya. Tidaklah hairan apabila beberapa filem akhir zaman terbitan Hollywood sentiasa mengiklankan vaksin sebagai obat yang paling mustajab ketika berlakunya bencana penyakit di seluruh dunia. Vaksin jadi obat gerenti untung bagi pengilang farmaseutikal milik bangsawan dunia yang tidak menjanjikan 100% keberkesanannya.Nampaknya, nenek Tun Siti Hasmah dukacita terhadap sebilangan ibu-bapa yang memilih untuk menolak vaksin. Begitu juga beberapa para pengamal politik dan perubatan komersial. Kini, sebuah peruntukan undang-undang dan petua sedang diperhalusi untuk mewajibkan pengambilan vaksin.Jikalau undang-undang wajib dilaksanakan dan petua, apakah ia bakal DIJAMIN OLEH KERAJAAN?Jadi, apa kesudahannya isu vaksin?Isunya seperti Brexit. Pola pendapat berbelah-bahagi. Masing-masing dengan fakta-fakta yang kukuh. Ia bakal menjanjikan isu yang tiada kesudahan kerana tiada pihak yang mampu memberi jaminan. Pertelagahan ini sama seperti pertelagahan politik. Tetapi memaksa masyarakat dengan peruntukan undang-undang atau petua adalah sangat tidak adil. Jikalaupun statistik difteria memuncakkan kebelakangan ini, menggunakan data ini sebagai justifikasi juga tidak adil. Data statistik bukanlah sahih mutlak.Pendita, apa yang perlu saya buat?Semak asal-usul vaksin sehalus-halusnya sehingga terungkai misteri seperti misteri teknologi pembuatan enjin kereta Toyota. Apabila dapat jawapannya, bolehlah dibuat keputusan. Jikalau ragu-ragu...jangan ikut orang. Dunia ini penuh fitnah. Fitnah ini bermula sejak Iblis berkelahi dengan Allah.Iblis: Jikalau tidak boleh menyesatkan manusia melalui hasutan, akan daku sesatkan kalian melalui sains perubatan.Selamat Hari Raya Puasa 1437H. Semoga hari raya kali ini kita lebih berwaspada serta bijaksana. Hati-hati dengan segala apa yang dimasukkan ke dalam badan biologi lumrah. Maaf zahir dan batin.-Pendita-
Ahad, Februari 14, 2016
Gara-gara ajaran aneh nan pelik bangsa ini hilang ibunda-nya
Selamat sejahtera!
Pada minggu lepas, masyarakat Han (Cina) merayakan tahun baharu mengikut kalender ibunda-nya.Atas dasar kepercayaan mereka, tahun ini berkisar tentang dewa kera Wukong atau Hanuman, lagenda Melayu kuno Kelantan.Dewa ini dikatakan sangat degil sehinggakan Maharaja Jed di kayangan tidak dapat mengawalnya. Jikalau dikaitkan dengan tradisi Bible King James, ia boleh disamakan dengan malaikat penderhaka iaitu "the fallen angels."Dek terlalu taksud dengan Kung Fu, budaya Han mensabitkan dewa ini dengan keperwiraan hebat bak Ip Man pada zaman ini.Pada 1 haribulan Jun akan datang, puak-puak dayak akan menyambut hari besar Gawai. Pada hari ini cuti umum bagi negeri Sarawak. Adat istiadat pada hari ini adalah menghias rumah, melawat kuburan sanak-saudara dan menjamu para tetamu sambil mabuk dengan minuman tuak. Hari besar dayak ini juga berkisar tentang dewa-dewa di alam ghaib.Dan apabila kita mengungkit Hanuman dari kisah Melayu kuno Kelantan, kita dapati jalan cerita yang berlainan berbanding Wukong Cina namun falsafahnya sama iaitu adanya dewa tunggal yang agong.Jikalau diteliti lebih halus, tradisi Hindu ini mungkin bermula di Semenanjung Tanah Melayu atau Asia Tenggara berbanding di Sungai Ganges, India. Hal ini boleh diperbesarkan dengan tradisi Bali Hindu Dharma, mazhab yang sangat berlainan dari benua Hindustan. Mereka menyembah Sang Hyang Tunggal.Sebaliknya, tiadalah pelik orang Islam Melayu bersembahyang kerana mereka menyembah Sang Hyang Tunggal disabitkan dengan Allah yang satu. Dan itulah konsep sembahyang bagi tradisi ibunda Melayu kerana mereka menyembah tuhan tunggal sejak dahulukala.Tradisi ini telah diterima baik sejak mula bangsa ini menganut Islam. Tiada sebarang isu menggantikan istilah sembahyang dengan solat. Atau menggantikan istilah surau dengan musolla. Lagipun, asas menjadi Islam hanya perlu mengaku Allah yang tunggal dan Nabi Muhammad pesuruhNya.Maka itu adalah beberapa tradisi ibunda bangsa Melayu yang sedang giat dikikis oleh puak madrasah yang gemar mengemis wang itu. Mereka membawa ajaran aneh nan pelik.Jadi apabila melihat kaum-kaum lain girang merayakan hari kebesaran ibunda masing-masing, tertanya apakah perayaan ibunda bangsa Melayu? Dan kita sadar bahawa ternyata bangsa Melayu tiada perayaan tradisi atau terpupus sudah hari itu.Adat-istiadat Melayu masih tersisa dipertahankan oleh tradisi silat dan istana. Itu pun jikalau boleh hendak dipupuskan oleh para ustad di semenanjung ini.Hari ini, saluran TV AlHijrah telah memulakan langkah meng-standard-kan silat mengikut acuan ustad melalui Akademi Silat Pendekar Muda 2016. Niat yang murni tetapi jangan mansuhkan ajaran silam pak guru demi mengikut kata ustad.Jikalau benar jin itu sangat berkuasa, maka merekalah patut memerintah dunia. Tetapi kita tahu manusia itulah pemimpin dunia. Di dalam tradisi silat, terdapat beberapa latihan yang sangat ampuh menjadikan pendekarnya digeruni jin dan ifrit sendiri.Sebagai contoh, badan pendekar yang bergelombang kuasa memegang kerisnya dengan ibu jari menyalurkan tenaga melalui logam keris sudah cukup untuk menembak getaran kuasa yang boleh membakar apa saja.Malangnya kata ustad ilmu itu atas bantuan jin. Sedangkan jin sendiri boleh terbakar dengan kuasa ini. Akhirnya, keris dikaitkan dengan syaitan, hanya dijadikan sebagai persalinan pengantin.Jikalau kisah Harry Potter dengan kayu penunjuknya itu hanya dongengan karya Rowling, bertanyalah pada mereka yang pernah bertarung di alam ghaib apa rupanya di sana?Dek satu demi satu budaya ibundanya hilang, maka bangsa lain mula mempersoalkan perihal Melayu itu sendiri. Apakah bangsa Melayu itu wujud dari ciptaan Arab pendakwah yang menafsirkan bangsa ini sebagai Mala-u dari perkataan Arab? Bangsa ini terpinga-pinga untuk menunjukkan bukti bangsa.Malang bertimpa, segala macam bukti sudahlah lama dikuburkan oleh para ustad kamu sendiri. Dek mati kutu tiada idea, para NGO Melayu mengatakan bahawa bangsa ini adalah bangsa IMS (Ibrahim-Muhammad-Sulaiman). Demikian, mengaku sajalah anda itu dari Bani Israel.Yang paling memilukan ialah, para profesional Melayu sudah mula membongkarkan sejarah keluarga. Kata mereka, "Atok belah bapak asal Pakistan, atok belah mak asal China." Kata mereka lagi, "Saya dari keturunan Bugis, masakan kami tak berkuah sebab bangsa pelaut."Sedikit demi sedikit, mereka yang mengaku Melayu mula berpaling tadah. Mereka tidak mengaku berjanji Melayu tetapi mereka mengaku masakan berlado memang sodap. Yang tersisa Melayu hanya di utara dan pantai timur semenanjung, Brunei Melayu Islam Beraja serta Datuk Rais Yatim.Gara-gara ajaran agama yang aneh nan pelik, orang Melayu hilang puncha. Di negeri-negeri yang bekerja hari Jumaat, ceramah agama berlangsung di masjid-masjid pada malam dan hari Ahad. Seolah-olah mengikut tradisi gereja.Lagu-lagu pujian terhadap Allah didendangkan di dalam bahasa asing (Arab), tiada sepatah pun boleh dihayati. Mendengar khutbah hari Jumaat umpama kena marah tiap-tiap minggu.Selesai Jumaat, para jemaah melalui fasa stress menyambung kerja di pejabat. Jikalau anda penjawat awam atau bekerja di syarikit milik bangsa, maka akaun emel anda akan dilimpahi dengan pesanan agama supaya anda sentiasa menjadi pekerja yang patuh (bos bermaharajalela).Sekian lagi, bangsa ini terpinga-pinga dengan pelbagai general orders atau perintah am. Mana tidaknya, ustad kata, "buat sekian-sekian;" orang kampong kata, "buat yang ini dan yang itu;" bos kata, "ikut arahan!"Jadi bangsa ini terkongkong oleh arahan dari langit, arahan dari gua, arahan dari internet. Ia umpama: pagi sekolah kebangsaan, petang sekolah agama, malam buat home-work. Sekarang bangsa ini makin runsing bertambah pinga-pinganya. Apa tidaknya, dari harga minyak naik kos hidup makin tinggi, hingga harga minyak merudum jatuh hidup lagi susah. Apa, dunia ini main-mainkah?Ya, dunia ini memang main-main dan anda dipermainkan dengan jayanya.Apakah puncanya? Puncanya ialah ibunda kamu dimatikan oleh ajaran aneh nan pelik.-Pendita-

Sabtu, November 14, 2015
Farah tak faham...Farah tak faham! Anak Farah takkan dapat 90 ke bawah...
Sekarang musim anak-anak di sekolah kebangsaan diagih-agih kelas mengikut pencapaian peperiksaan tahunan. Ibu-ibu sebok dengan kedudukan kelas anak masing-masing. Rata-rata para ibu mahu anaknya duduk di kelas terpandai.Ada ibu yang meraung anaknya diletakkan di kelas kedua disebabkan oleh dua matapelajaran mendapat gred B. Ada pula ibu yang tak puas hati anaknya mendapat tempat kedua keseluruhan sekolah. Puan Farah tidak faham kenapa 90 markah itu bukan milik anaknya. Maka, itulah corak hidup dan budaya ibu-ibu di Malaysia.Soalan: Dari mana masyarakat kita mendapat didikan awal tentang corak hidup dan budaya ini?Dan ketika anak-anak remaja menduduki SPM, ada ibu yang sudah menangis belumpon kertas soalan pada hari pertama diedarkan.Betapa sistem pendidikan sekular begitu menangkap jiwa masyarakat. Hingga kini ramai anak-anak muda menanggung hutang pelajaran disebabkan sebuah degree yang mereka tak pernah minat. Kebanyakan mereka telah bekerja dengan pendapatan setara lulusan SPM semata.Pada graduan yang mendapat CPGA agak baik, mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi atas sebab minat atau mungkin survival. Mereka dibiayai dibawah skim bantuan dengan gaji yang boleh hidup. Apa tidaknya, dari menjadi pembantu jualan di Parkson, lebih baik duduk di makmal sementara menanti peluang pekerjaan yang berbaloi.Manusia di seluruh dunia telah terjebak dengan sistem pendidikan yang tiada siapa tahu asal-muassalnya. Sistem ini sangat sistematik bermula dari pra-sekolah. Awal-awal lagi murid-murid akan terpandang bebola bumi yang diletakkan di merata sekolah. Apa benar bumi itu bebola?Dari kecil lagi minda anak-anak diberitahu tentang profesion dan jawatan di masa hadapan. Mereka diberitahu laluan hidup yang standard. Bagi kita orang-orang tua, perkara ini sudah cukup masak.Karena kita tahu turutannya: Makan, Kerja, Mati. Hamba sahaya sepanjang hayat. Kita tahu perkara yang sangat nyata ini tetapi kita tidak mahu anak-anak tahu perkara sebenarnya sebab kita bimbang.Soalan: Apa perkara yang dibimbangkan itu?Mungkin Puan Farah akan menjawab, "Anak saya nak makan apa jika pencapaian pelajarannya buruk?"Kita boleh jawab, "Anak Puan Farah boleh saja makan apa-apa yang halal jika anak Puan Farah kreatif dan imaginatif."Oleh sebab manusia itu kreatif dan imaginatif, maka sang Harimau yang garang itu boleh menjadi bahan tontonan di dalam Zoo Taiping.Peperiksaan bukan kaedah yang memacu corak pemikiran yang kreatif dan imaginatif. Gred A atau CGPA 4.00 cuma penentutara bahawa pelajar itu menguasai sejumlah maklumat pilihan. Maka, gred begini selalunya sesuai bagi profesion guru di institut pendidikan beracuan sistem sekular semata.Jikalau wang dan harta menjadi pengukur, hanya sekelumit jawatan yang boleh dikatakan mewah. Selebihnya, profesion gaji bulanan. Jika bersih tanpa rasuah atau penipuan, gaji bulanan itu cukup-cukup untuk hidup selesa sahaja.Kita tahu Pelawak handalan mendapat sejumlah pendapatan yang memang mewah dek kreatif dan imaginatif. Jadi, kita tidak perlu kecoh seperti Puan Farah didalam mencorak masa hadapan anak kita. Biarkan mereka kreatif dan imaginatif.-Pendita-
Sabtu, September 19, 2015
Peringatan dari langit ke-7: Apabila seorang menampar imam masjid negara
Kus semangat! Imam kita ditampar oleh seorang muslim warga asing. Dahsyat!Tiadalah sanggup Pendita menyaksikan lagi video imam besar kita ditamparkan sedemikian rupa. Terhina sangat rasanya. Lain kali orang itu lunyai dan lumat sebelum diserahkan kepada pihak berkuasa.Semasa dulu-dulu, ramuan beragama bagi bangsa Melayu adalah "Silat dan Solat". Bagi orang Melayu purba, alimnya orang itu pendekar jugalah dia itu. Seperti Pendita katakan yang lalu bahawa Melayu itu, secara alaminya, adalah kesatria dan spiritual.Apabila orang Melayu itu spiritual semata-mata, jati dirinya hilang. Pakaiannya ikut-ikutan. Demikian, beliau mahir tentang hikayat Arab, budaya Arab, sedikit Farsi, banyak Hindustan. Sejarah Melayu tiadalah dia mahu tahu. Karena bagi dia cara Melayu adalah low class dan "mana ada orang alim yang mursyid kat sini." Sebab katanya lagi Melayu itu hanyalah hikayat dongengan.Malah pusat-pusat pengajian Islam di nusantara bukan lagi tempat lahirnya seorang pendekar yang alim. Tempat-tempat ini melahirkan ustad yang baik dan mulia serta petah berceramah setelah kembali dari pengajian tinggi universitas-universitas terkemuka dunia. Pendekarnya Wali Songo tinggal sebagai kenang-kenangan cucu-cicit.Kita sedia maklum, apabila sebuah sesuatu berlaku, ia adalah hukum fizik yang terjemah berbentuk peristiwa. Apabila Allah menghantarkan bala tentera Kublai Khan ke Baghdad suatu ketika dahulu, ia adalah sebuah hukuman dari hukum fizik yang nyata.Pada hemat Pendita, peristiwa "imam kena tempeleng" ini adalah peringatan dari langit perihal kendalian agama Islam di negara ini. Ia adalah peringatan keras dan mungkin terakhir, jikalau kita masih belum sadar.But unless you repent, you too will all perish.Apakah perlu kita letakkan ciri seorang pendekar untuk dipilih sebagai imam-imam kita?-Pendita-
Langgan:
Catatan (Atom)
Korban Bahasa Melayu: Kejuruteraan juga serupa....
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
Assalamualaikum dan Selamat Hari Raya Puasa! Sekarang dalam-dalam sibuk berhari raya walaupun sudah masuk kerja, isu besar melanda negara. I...
-
1 Nephi 2:11 11 Dan bapaku telah menyampaikan kata-katanya; semua ini adalah sebab kedegilan si Laman dan si Lemuel; memang mereka membebel...
-
1 Nephi 2:21 21 Sesungguhnya kaum keluargamu tidak akan mendapat rahmat Tuhan selagi mereka membantahmu. 1 Nephi 2:22 22 Dan sesungguhnya...